Saya sukakan pantai,
bila entah boleh gi ke pantai,
Selamat bersantai :P
dah lama tak bagi makan blog ni sebab membusykan diri dengan benda lain...
bila tengok famili masing datang jemput untuk pulang minggu lepas, hati saya sangat jeles...tapi tetap bersyukur kakak saya datang menemani di kala saat2 itu...thanks my beloved sister (^_^)
kat atas tu intro je...malam ni nak luahkan pasal netbook yang kerajaan bagi free kat pelajar luar bandar. apakah pendapat anda??? adakah ia memberi banyak faedah???
tujuan PM kita bagi netbook free tu supaya pelajar luar bandar celik komputer....pandai guna komputer kan..
tapi bagi pendapat saya, sebenarnya ia banyak memberi impak yang negetif.
penggunaan netbook di kalangan pelajar adalah tanpa kawalan kerana ia boleh digunakan di mana2 sahaja, termasuklah dalam tandas.
kat kawasan perumahan saya sendiri boleh lihat, pelajar2 bawak ke hulu ke ke hilir netbook tu....sebab ape? sebab mereka ketagih dengan game, nak tengok video dengan kawan2...yang paling teruk tengok video porno.
dan yang paling teruk giler2, ada pelajar jual netbook tu... bodohnya orang yang beli netbook tu. mereka tak berhak jual netbook tu tau. tapi disebabkan dia tak reti nak guna komputer, dia jual kat kawan dia. baginya duit lagi pentig daripada netbook tu.
mesti banyak kan modal yang kerajaan keluarkan untuk bagi netbook tu. sedih tak bila sesuatu pemberian kita tu disalahgunakan? betapa ruginya modal yang dikeluarkan tu...kenapakah duit itu tidak digunakan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat? masih ada lagi yang tengah sakit, daif...yang memerlukan duit untuk tanggung hidup.
dan kenapa tak bagi netbook free bagi pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke tahap tinggi? mereka semua lebih memerlukan daripada pelajar2 sekolah.
contohnya, seorang pengurus mengadakan latihan pekerja di luar kerja. apabila masuk kerja, pekerja tersebut tidak mengamalkan apa yang dia dapat masa latihan. ini dianggap usaha pengurus itu sia2 dan merugikan.
samalah juga dengan pemberian netbook ni...satu kerugian bila pelajar salahgunakan nikmat itu. adakah kita mahu melihat generasi akan datang rosak pemikirannya???
bagi saya, kalau untuk tujuan pelajar celik komputer, apa guna lab komputer di setiap sekolah? tak cukup ke? untuk hiasan je ke? bukankah lab komputer tu dah cukup untuk pelajar2 kenal komputer....???
haish! entah lah dunia, ape la akan jadi di masa hadapan...saya hanya seorang pelajar yang lemah. tak mampu nak komen lebih2. diri sendiri pun kurang maju lagi..mata pun kurang jelas apa yang sedang berlaku.
kadag2 rasa dunia ni dah nak hancur....hancur disebabkan tindakan mausia itu sendiri....
1 comment:
Kerajaan banyak duit, maklum le.. minyak makin naik, cukai pun naik, subsidi kepada rakyat nak ditarik balik dan institusi saman menyaman makin efisyen.
Post a Comment