Pages

Thanks my follower (^_^)


Thursday, May 26, 2011

::Matlamat Asmaq::

shopping baju di hari-hari,
selamat tengah hari.

semalam terasa bertuah sangat dapat jumpa jutawan malaysia. asmaq pun tak tau la ramai ke tak yang kenal dia. tapi asmaq macam pernah dengar nama dia ni, Habin Faisal. semalam dia bagi motivasi secara percuma kepada kami. motivasi ringkas, tapi amat bermakna...bukan senang orang malaysia ni nak kongsi ilmu free2. sebelum ni asmaq join motivasi yang dihadiri ramai orang. tapi semalam tak sangka la pulak dia buat motivasi secara berkumpulan, sikit je orang. bangga sangat dapat jumpa dia. kalau setakat jumpa dalam dewan besar dengan peserta yang ramai, memang tak de la perasaan bangga ni. macam kita tengok artis dalam tv je la kan.

kalau nak cakap pasal perniagaan memang la kami ni lambat lagi kan nak gi ke arah tu. dia cuma mahu kongsi ilmu je supaya minda kami ni celik sikit. kalau nak berjaya tak semestinya jadi kaya raya kan. berjaya di sini adalah berjaya mencapai matlamat. setiap orang mesti ada matlamat...mesti ye...nak dapat dekan pun, itu dah dikira matlamat.

matlamat asmaq adalah nak bukak restoran yang unik, yang tak de lagi kat malaysia ni. restoran bertemakan zoo. asmaq akan capai jugak matlamat tu nanti...eh, silap! asmaq mesti bukak jugak restoran tu. nak bukak bisnes ni bukan senang....kena ada modal. asmaq dah memang ada perancangan untuk semua ni. lepas habis je belajar tahun depan, asmaq akan terus kerja. tak kira la kerja ape pun asalkan dapat jugak kumpul duit daripada tak de langsung.

ustaz habin kata, kalau nak berjaya kita mesti ada keyakinan dalam diri. mulut adalah aset utama. T+F+A=R (talk+feeling+Action=result). untuk mencpai matlamat kita mesti bercakap dengan orang, lepas tu kita akan rasa tindak balas daripada orang dan kemudian kita mula la bertindak untuk capai tujuan kita. itu la yang asmaq faham...entah la orang lain faham ke tak yang asmaq nak sampai kan.

urmmm....itu je kot nak cite pasal matlamat asmaq. tapi tak tau la asmaq akan berkecimpung dalam kerjaya ape esok lusa. ustaz habin tu orang yang ke 99 cakap asmaq jadi cikgu. dari sekolah menengah lagi orang cakap asmaq akan jadi cikgu. asmaq tak minat menjadi cikgu....tak minat dengan budak2, tapi minat mengajar. ustaz habin kata, apa yang kita tak minat tu la kita akan jadi. tak kisah la kalau jadi cikgu pun, asmaq tetap boleh bina restoran tu kan. heheee...

2 comments:

abglan said...

Jadi cikgu pun bleh bukak restoran.. :). Jadi cikgu jutawan...

Asmaa Qasamah said...

kan? cikgu jutawan lg bagus....

tabung untuk belajar ---->