sebab dia mencurahkan ilmu kepada anak muridnya
ramai yang memilih untuk menjadi guru sebab tiada pilihan lain
adakah kita pun bercita-cita untuk menjadi guru???
hari ni saya ingin ulang balik kata2 pensyarah teori saya
dia tidak benarkan kami jadi guru melainkan jika kami betul2 minat
jika kami jadi guru jugak, dia sendiri akan suruh kami berhenti
dia jugak tak mau tujuh keturunannya diajar oleh kami, jika dia tahu yang keturunannya tu diajar oleh kami....dia akan suruh kami berhenti jugak....hahaaa
kenapa macam tu???
sebabnya dia tak mau kami rosakkan anak bangsa....
kenapa? cuba tengok guru yang tak berapa nak minat jadi guru
kita semua tahu tugas guru adalah mendidik, bukan sahaja mengajar
setiap sekolah akan ada guru yang tak minat jadi guru
mereka jadi guru tu pun may be terpaksa atau banyak cuti
lelaki pun kalau boleh nak cari isteri yang kerja sebagai guru
banyak ke cuti???
dulu memang......tapi zaman sekarang tak sama dah
mereka perlu pergi sekolah awal pagi lagi dan balik sama macam waktu pejabat walaupun proses P&P tamat awal petang....
cuti sekolah pulak, memang guru ni cuti, tapi dia akan ada kursus @ atau kena tanda kertas exam atau kerja2 sekolah yang bertimbun-timbun.....mengajar bukan satu kelas
ini terjadi sendiri dekat makcik saya, kalau balik kampung mesti bawak kertas exam bebudak untuk ditanda
kadang2 kena pergi kursus sana, kursus sini....anak tinggal kat mak dia atau suami
sama je kan dengan kerja pejabat????
guru lah kerja yang paling tension.....nak kena layan kerenah pelajar2, nak kena pastikan markah mereka ni tinggi untuk jaga nama sekolah....kalau marah sikit pelajar tu, nasiblah kalau kena mengadap parents mereka
paham2 lah macam mana kerenah kita dulu2....semua pernah menjadi pelajar sekolah kan.
balik rumah pulak kena layan suami/isteri dan anak2....stress lagi kalau mereka ni nakal.
teringat dekat kakak saya sorang yang pernah jadi guru dulu, sekarang dah kerja kat pejabat.
dia...balik sekolah je menangis...balik je menangis.....mana taknya, budak nakal, tak mau dengar cakap lak tu.
kalau guru tu tak endah langsung ape yang pelajar dia buat, ponteng ke, tak buat kerja ke.....ni lah guru yang tak minat jadi guru....dia tahu mengajar je
mengajar memang senang, tapi bukan senang untuk mendidik.
jadilah guru yang profesional yang dapat menjadikan pelajarnya seorang manusia dan berjaya....
kalau tak minat, jangan jadi guru.....saya tengok budak2 sekarang dah semakin berani lawan cikgu...haish!
Terima kasih guru2 yang telah mengajar saya dulu
kerana mereka, saya ada di tempat sekarang
kerana mereka juga impian saya untuk menjejakkan kaki ke universiti tercapai
THANKS A LOT!!!!!
No comments:
Post a Comment