Pages

Thanks my follower (^_^)


Friday, March 11, 2011

::beTapa teRukNya diRiku::

10 mac 2011, khamis...

hari khamis merupakan hari yang penuh dengan kelas....selepas kakiku melangkah kelas kedua dan ingin berkejar-kejar ke kelas seterusnya (HR)...
asmaq menagjak nad ke kelas sama2 "jom kelas nad"
nad jawab "eh, dah siap report gaji? dah lepas kan present HR?"
dengan slamber nya asmaq jawab "belum..tak stat ape2 lagi."
muka nad terkejut, "orang tak gi kelas ni, nak siapkan report, lambat jugak la nak siapkan benda ni, satu malam je baru satu page"
asmaq "hah? huhuu...nak ponteng jugak la..." mula cuak, padan muka ko asmaq
nad mula menghasut "tak payah gi...lagipun grup asmaq dah present. siapkan report la, esok nak anta dah. sempat ke"
asmaq jawab sambil kaki ikut rentak nad, yang menuju ke kolej bukan ke fakulti "urmmm...huhuu..takutnya"
dalam hati (insyaallah sempat siap)
nad gelak "hahaa...berjaya mengahsut asmaq untuk ponteng"

********
smapai je bilik, laptop dibuka tapi utamakan solat dulu dan makan kebab yang dibeli (hampir hari2 makan kebab sebab tak de selera nak makan nasi)
malam menjelma, saya dapat siapkan pengenalan je.....kemudian terus bersiap untuk postmoterm dinner pulak. kata sekejap je, tapi ambik masa hampir 2 jam jugak...pastu uruskan pasal borang stay kolej (kena settlekan awal2 sebab esok nak balik)...pastu singgah kafe nak beli burger, tapi xde..terpaksa la beli nasi jugak sebab perutku meminta-minta, tu pun makan separuh je.
sampai bilik terus gelabah buat report sambil minum pearl kafe...tak tido buat benda tu....

11 mac 2011, jmaat

argghhhhhhh! ada berapa jam je lagi untuk hantar report...tenang asmaq, tenaang...lepas subuh badanku mula penat...sekali lagi buat air pearl kafe (kononnya nak tambahkan tenaga)...memang bertenaga lepas minum pearl kafe....
8a.m.....kelas gaji...!!!!!! report 80% siap. then, tangan ini laju menaip mesej kepada kak kum "faz tau tak last anta esaimen pkl brape?"
kak kum jawab "tak tau la" 
tanganku menaip lagi "kalau lecturr ada bagi tau last pukul berapa, bagi tau ye...saya tak gi kelas ni"
kak kum jawab kemudiannya "kami dapat 10%..yang tak anta hari ni dapat 5%"
arghhhhh.....sabar2...ada masa lagi untuk hantar sebelum kelas habis....
tengah syok menaip, tiba2...tup!...laptop ku mati
http://www.cute-smiley.com tak sempat nak save...tapi separuh je yang tak save...itu lah last minit buat koje. padan muka. laptop saya ni bukan boleh guna 24 jam tanpa henti, mati la dia.....uwaaaaaa!
akhirya saya memutuskan untuk hantar minggu depan sebab nak taip balik banyak jugak...
disebabkan hari ni nak balik, baru teringat nak beli tiket....
tangan ini menekan butang telefon "salam..abg denan ada no transnasional tak? nak booking tiket ni, takut tak sempat jah"  (abg denan ni jiranku yang paling banyak membantu)
abang denan  balas "nak bila...boleh tolong beli...malam ni dah habis"
asmaq balas balik..."petang ni? pkl3..."
abang denan "dah habis jugak la dik...cuti skoloh ni"
haaa??? cuti skolah, tak tau pun..padan muka sekali lagi sebab tak ambik tau pasal dunia luar UKM.
jariku masih menaip mesej "xpe2...nanti asmaq try tengok ketapi plak"
cepat2 saya mesej kat ita untuk dapatkan no KTMB pulak...lepas call, orang tu cakap tak boleh booking, ada kerusi tambahan, cik terus ke kaunter ye!
apa lagi....cepat siap2 untuk beli tiket, tapi bila tengok dalam purse, ada 20 hengget je....terpaksa la pegi pusan cucuk duit dan beli pendrive for my lil bro...pastu terus tunggu rapid...dalam rapid, fikira ku berlegar-legar....nak pegi ktm kajang dulu @ nak gi hentian kajang? ah! alang2 naik rapid, gi hentian dulu la, tengok tiket kota bharu ke....

************
sampai je semua tiket dah habis, semua jenis bas dah tanya...huhuuu
tunggu rapid lagi untuk ke ktm pulak.....punya la takut nak gi ktm kajang tu, dah la sorang2....ada kelompok mamat india pulak kat lorong nak ke ktm, dah la ujan...teragak-agak lak nak teruskan ke @ nak patah balik? ah! tiket punya pasal redah aje (dalam hati takut jugak kalau kena culik)....tapi alhamdulillah, selamat!
sampai je kat kaunter "bang, tiket ke gua musang malam ni ada?"
abang tiket jawab "dah habis. awak ni boleh dikatakan orang yang terlambat. pkl9 td lagi dah habis"
asmaq balas "tape la, bagi tiket ke UKM" (dalam hati: disebabkan tak mo digelarkan sebagai orang yang terlambat, beli je tiket ke UKM)http://www.cute-smiley.com
then terus anta mesej lagi kat abg denan, saya balik sebab dia yang suruh untuk sambut birthday anak dia. as a maker of cake, i very important when they want to celebrate birthday...hehehee (perasan).
tengah tunggu komuter, kepala ku mula pusing...jam menunjukkan hampir 12p.m.....semalaman tak tido dan brekfast dengan air je. nasib baik tak lama tunggu komuter...sampai je stesen UKM, terus gi beli donut singgit. nasib baik ada bas UKM, kalau tak pengsan aku nak tunggu rapid jauh2.....
samapi je bilik terus isi perut dengan donut dan mula masak nasi dan call my bonda, tapi my sis yang angkat sebab my bonda duk masak..terdengar lak kat belakang tu suara anak buah ku duk bising2...rindunya mereka.

*********** 
tak sempat nak tunggu nasi masak, mataku terus tertutup sambil perut berbunyi-bunyi.....nasib baik tido sejam je sebab tak solat zohor lagi. solat zohor dengan badan yang tak bermaya...kompem la tak khusyuk. then, terus masak nasi goreng sambil tangan terketar-ketar...lepas makan tido lagi...hadoiiihttp://www.cute-smiley.com
malam tu pulak saya mula berfoya-foya tengok youtube video budak2...terhibur hati ni bila tengok telatah budak kecikhttp://www.cute-smiley.com

12 mac 2011, sabtu

lepas solat subuh, terus merebahkan balik badan ni ke katil..perasaan malas menyelubungi...tengah berfikir-fikir untuk plan cuti hujung minggu...rasa nak gi jalan2 tapi semalam baru je dapat arahan untuk ke pej imegresen untuk buat appoinment....disebabkan grup saya tu dah banyak buat keje calling2 orang ni, so dia paskan la kat saya kononnya saya ni tak pernah buat kerja calling2 (ayat perli)...padahal sem ni la paling teruk saya guna kredit. tengah2 tido... my bonda pulak call..risau dia sebab dia ingat UKM pun cuti juga...pastu tanya ada kawan2  yang tak balik ke...huhuu...memang la ramai tak balik kalau bukan cuti panjang....malu ransanya sebab suara macam duk tido...saya sangat jarang tido lepas subuh....
lepas letak panggilan tu, terus sambung tido sebab malas...malas....beberapa minit pulak kawan saya pulak yang call...tanya tak balik ke? tak gi pwtc...? skang ada pameran pendidikan..heeehhee...saya tak tau ape2 la pasal event2 kat sini...teruk kan...rasa nak pegi, tapi kena pi hentian kajang la....malas pulak nak gi jauh2 ni....
so sekarang masih malas lagi nak bergerak...pegi lepas zohor je la ye!

moral of the story: janganlah buat keje last minit....walaupun sesibuk mana kita pun, cuba gagahkan diri untuk siapkan esaimen. jangan jadi macam asmaq, kan dah rugi markah....
satu lagi ambil la tahu ape yang berlaku kat luar UKM tu...termasuk la cuti sekolah. kan dah padan muka tiket habis.
sekian sahaja cerita yang panjang ini....wassalam~

No comments:

tabung untuk belajar ---->