Pages

Thanks my follower (^_^)


Tuesday, April 17, 2012

::Kerja *cerita 4*::

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillah...hopefully dapat post entry ni....huhuhuuu...dah banyak kali dah menulis tapi simpan kat draft je...sebabnya tak sempat nak habiskan tulisan gara-gara ada gangguan secara dalaman dan secara luaran....ececee~ 

sekarang saya dah hampir tiga bulan menjalani latihan industri kat sini....kat mane? itu kene senyap2 sebab blog ni tak private kan. tapi tak de la nak cakap buruk2 kat sini. yang negatif tu kita simpan dalam hati...yang positif kita luahkan di sini untuk memberi pandangan yang positif  kepada pembaca...tak gitu???

alhamdulillah....saya bersyukur sangat dapat menabur khidmat di pejabat ni. banyak benda yang saya belajar. staff kat sini semua tak kedekut ilmu. dan lama-lama saya boleh terima perangai masing2...biasalah manusia kan, lain orang lain ragamnya. dalam perjalanan hidup kita, kita akan dapat lihat dan hadapi pelbagai kerenah manusia mengikut tahap kehidupan masing2. kat sekolah kita akan temui orang yang tak matang. kat universiti pula kita akan temui orang yang suka mengarah. kat pejabat kita akan temui orang yang paling cerewet....itu semua saya bagi contoh je...hehehee....tapi dengan menghadapi kerenah orang-orang ni, otak kita akan matang dan berfikir/berkembang. am I right?

satu benda yang selalu saya setkan dalam minda waktu nak buat kerja adalah "buat kerja untuk manfaat diri sendiri, bukan buat untuk boss atau untuk pejabat"....itu kata2 my boss (^_~)Y
tapi kita kena ingat belajar dan bekerja itu satu ibadat. so, kita buat kerja kerana Allah s.w.t. barulah kita tak rasa stress kan....

memang betullah orang cakap, alam pelajar lagi best dari alam pekerjaan. kalau belajar kita fikir pasal belajar je...stress pun stress pasal pelajaran je. tapi kalau alam pekerjaan, kita kena fikir pasal kerja lagi, duit lagi, pasal jodoh la....opss! terlebih sudaaa...pokoknya memang stress kot. saya yang kerja free ni pun tahap stress giler2 bila fikir pasal duit. yuran pun tak bayor lagi...macam mane ni? tanggunganku skang lagi tinggi berbanding tanggungan waktu belajar dulu...ini gara-gara pakai benda bergerak untuk ulang alik ke pejabat la ni. tapi bersyukurlah....ada jugak kemudahan untuk bergerak ke sana ke mari. by the way, I tak sabar nak kerja yang ada gaji...banyak benda nak kena bayor. nak pi melancong lagi....kuang kuang kuang!

setakat ini sahaja coretan saya....kita sambung balik di lain hari dan masa yang tak sama...moh sambung koje! AYUH, SEMANGAT!!!!

No comments:

tabung untuk belajar ---->