assalamualaikum..
sebenarnya saya tak tau nak cerita ape...terlalu banyak benda nak cerita kat sini...tapi tak reti nak buat ayat...saya bukannya pandai bab2 mengarang ni. tapi tangan ni gatai jugak nak memetik papan kekunci laptop ni.
ermmmm...saya ada satu cerita sedih? sedih ke? cerita pasal krisis air yang melanda kawasan kami minggu lepas. air oh air....hampir seminggu lebih kami bergelumang dengan krisis air, exam lagi...memang susah la nak fokus study. dalam kepala otak duk fikir pasal air je. rutin harian kami pun terganggu sebab air. pergi exam pun tak mandi. saya dapat info bahawa loji kawasan kami kering berkemungkinan sebab kemarau. betapa terseksanya kami waktu itu, tapi ahamdulillah SYABAS ada jugak datang memberi bantuan sedikit sebanyak. Syabas!!! (walaupun kami tak tau ada yg membantu sebab tak dapat apa2 info pun)
dalam keadaan terdesak tu macam2 la kita akan rasa. kan setiap kejadian pasti ada hikmahnya. waktu tu apa yang saya fikir, macam mana lah orang yang duduk kat gurun. mereka lagi la susah nak dapat air. kita??? satu hari tak de air pun dah merungut. dan saya takut dapat penyakit kalau krisis tu berlarutan sebab kami terpaksa tahan untuk buang air besar mahupun air kecil. air simpanan cukup2 utuk wudhu' je. kadang2 memang rasa nak menangis tapi bila fikir balik itu adalah ujian kecil je baru Allah berikan. kalau tak kerana exam, saya akan lari balik rumah. situasi tu betul2 menguji kesabaran. alhamdulillah sepanjang krisis tu saya berjaya jugak menghadapi tiga peperiksaan tanpa masalah cuma badan je yang tak selesa. waktu krisis tu juga saya belajar menghargai nikmat Allah SWT. setitik air itu sangat berharga. dan rasa tak sanggup nak membazirkan air walaupun telah digunakan.
hargailah nikmat menggunakan air
walaupun semua tu berlaku, saya bersyukur sangat sebab sedar akan nikmat yang kita rasai adalah daripada Allah SWT. itulah pertama kali saya berhadapan dengan krisis air yang lebih dari sehari. jadi, kalau berlaku kemarau atau hujan tak berhenti-henti, janganlah merungut. jika kita merungut, bermakna kita merungut terhadap kuasa Allah kan. subhanallah...mintak dijauhkan. sabarlah dengan setiap ujian yang diberikan dan sentiasalah minta pertolongan dengan Nya. Allah pasti akan menolong orang2 yang sabar dan orang2 yang sabar pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan ingatlah jika kita susah, masih ada lagi yang lebih susah dari kita.
p/s: saya baru je genap 22 tahun...nak kawin!!! (kawan I cakap, I ni gatai, calon tak dak nak kawin)
peduli hape aku...hahahaa
No comments:
Post a Comment