Assalamualaikum....!
today I want to sharing my activity last week.
aktiviti kami ni untuk selesaikan tugasan bagi subjek Pendidikan Bersepadu.
asmaq pilih la tajuk Isu2 anak yatim....tugasnya....kami perlu pergi mana2 rumah anak yatim untuk temubual pengurus dan sekali gus menyelami perasaan anak yatim.
asmaq cuba cari contact melalui internet, tapi tak de contact rumah anak yatim yang dekat dengan UKM.
so, asmaq putuskan untuk naik teksi dan suruh pak cik teksi tunjuk rumah anak yatim. dari situlah kami buat appointmet terus. kami tak boleh interview terus sebab tak bawak surat, lagi pun kami pergi tangan kosong je.
bila tiba tarikh interview, kami gerak lah ke tempat rumah anak yatim tu balik. asmaq pergi berempat, kumpulan projek. tapi hampanya, pengurus tu pegi kerja...dia ingat kami nak interview penghuni je.
terpaksalah call balik teksi dan suruh pak cik tu bawak ke tempat lain. rumah anak yatim seterusnya jauh sikit dan tambang teksi pun agak2 mahal. nasib baik pak cik tu baik, tak cekik darah sangat siap bagi diskaun lagi. pak cik tu kaum india, rumah anak yatim yang dia tunjuk tu pun india punya. tapi itu tak jadi masalah bagi kami, nasib baik ada sorang group asmaq kaum india. senang la sikit nak berinteraksi. pengurusnya pun ramah, terima kami dengan hati yang terbuka walaupun kami pergi dengan mengejut.
Asmaq and Nisha
waktu kami sampai tu, anak2 kat situ tengah buat aktiviti macam sukaneka. seronok tengok mereka main...wajah ceria2 je semua.
kami tak join mereka main sebab misi kami untuk temubual pegurus je.
bila dah temu bual tu baru asmaq tau mereka bukan dari golongan anak2 yatim, tapi majoritinya dari golongan ibu bapa yang bermasalah seperti bercerai serta mereka diabaikan. dalam kaum india, mereka boleh tinggal paling lama tiga hari je rumah saudara mara. tapi kalau saudara mara yang rapat lain lah pulak.
berbeza dengan muslim, kita tak de had hari untuk tinggal di rumah saudara mara. dah memang tanggungjawab saudara mara untuk jaga anak saudara jika parents tak boleh jaga kan. tapi hati manusia ni macam2 perangai, tak kira lah kaum ape pun.
gelagat penghuni rumah anak yatim lelaki
pengurus rumah anak yatim ni sebenarnya bukak lima rumah yang diasingkan lelaki dan perempuan serta orang2 tua. sangat teratur pengurusannya.
yang bestnya, mereka akan adakan aktiviti lawatan dan macam2 lah untuk gembirakan hati anak2 yatim ni. semuanya memang gembira sangat duk situ. apa taknya, dapat gi lawatan bagai. aku sendiri pun susah tau nak bercuti dengan famili. itulah kan, mereka diberi kegembiraan bersama kawan2. kita pulak diberi kegembiraan bersama famili. bersyukurlah kerana kita masih lagi mempunyai ibu bapa yang penyayang dan sentiasa mengambil berat hal kita.
Dayah and Shima
pengurus ni sangat menitikkan hal moral...memang nampak lah mereka ni sangat berdisiplin dan pandai sambut tetamu serta layan tetamu. bila kami kata nak ambik gambar, terus mereka berbaris ikut susunan ketiggian, tak payah susah2 nak kami aturkan. mereka dah selalu bergambar kot. tetamu yang datang bagi sumbangan pun tak putus2, tak kira kaum yang datang. itulah dinamakan satu malaysia kan.
secara keseluruhan aktiviti kami last week, sangat2 memberi kesan dan pengajaran untuk kami. terima kasih kepada yang mebantu dalam menjayakan temubual kami tu.
tak boleh tunjuk gambar pengurusnya sebab gambar tu duk dengan kawan asmaq.
p/s: aktiviti minggu ni adalah temubual bersama Haji Samuri. nanti asmaq update bila dah dapat gambar (^_^)
5 comments:
erm,,,hepy2 dapat g sini...thanks to all
nur zatil hidayah bt md salleh..
(^_^)
thanks to u too (^_^)
sama2 la kita...:)
kena siapkan laporan plak kan,,he3
nur zatil hidayah bt md salleh..
(^_^)
Hi asmaa. ..tq for being there with them... surely they will be extremely happy... I seeking for that place near ukm area also.. can u give me the name of the organisation. Or num...
So that I can reach the... please reply the name n the num please
This place is Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Nahligai. No 24, Jalan 6, Taman Maju 2, 43000 Kajang, selangor. Sorry, I've no their number... Good Luck!
Post a Comment