Pages

Thanks my follower (^_^)


Friday, April 22, 2011

::Kenapa berblog? tak de koje?::

bangun..bangun....tak baik tidur lepas subuh..rezeki laghi kang...
SELAMAT PAGI semua !!!!!


Jika dulu, fesbuk jadi keutamaan asmaq, tapi sekarang dah beralih kepada blog.
ada jugak yang perasan asmaq ni duk post hari-hari kat blog ni, macam tak dok koje lak kan...dah la musim2 exam...
you know why??? kenapa ramai yang berblog??? masing2 ada alasan tersendiri kan...
dah setahun lebih asmaq berkecimpung dalam bidang ni...tapi baru2 ni baru asmaq betul2 serius...
dulu, blog ni sekadar tempat luahan perasan, bila marah je terus post, bila sedih pun tersu post....sekarang asmaq dah cuba buat entri yang lebih kepada cerita...secara keseluruhannya pasal diri asmaq.

antara sebab berblog:-

(1) asmaq duk bilik single, sangat kesunyian. tambah lagi asmaq ni tak suka bergayut kat fon. cakap dengan family pun berapa minit je. dan asmaq tak pandai nak bersosial dengan orang. masuk kelas tanpa ucap 'hi' @ bagi salam, terus duduk...habis kelas terus keluar tanpa pedulikan orang (sombong kan)...dan asmaq tak de tempat untuk bercerita. nak buat buku cerita kanak2 pun belum tentu bebudak nak baca. untuk luahkan perasaan, asmaq akan chat dengan kakak & kawan rapat asmaq. tapi nak bercerita, rasa macam tak de orang nak dengar je. so, asmaq jadikan lah blog ni tempat bercerita...citer pasal rusa dan buaya....

(2) masing2 ada hobi kan?? hobi ni kita jalankan tyme kita free atau tempat lepaskan tension. jika dulu, hobi asmaq melukis. tyme boring asmaq akan melukis, tyme stress pun asmaq akan melukis. itu dulu, sekarang dah tak reti nak melukis. blog ni dah jadi macam hobi asmaq. ada waktu lapang je asmaq lepak2 kat sini, bercerita kat sini, layan blues pun kat sini. tempat syok sendiri pun kat sini jugak...

(3) disebabkan asmaq ni kurang bersosial, komunikasi pun kurang. dalam seminggu tu boleh kira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut ni...saya seorang pendiam, tapi kalau dengan orang yang sebati jiwa dengan saya, macam 'bertih jagung' je mulut ni (bertih jagung tu ape maksud dia??? hentam je la labi). bila nak bercakap dengan kawan kan, terasa berbelit-belit lidah ni sebab jarang komunikasi. so, asmaq buat alternatif untuk selalu berkomunikasi dengan blog. bukan tulis dengan tangan je, mulut pun duk pot pet sekali.

(4) menulis kat blog ni juga dapat approve our writing & tambahkan pengetahuan...bab2 nak tulis esei ni, ayat asmaq mesti tunggang langgang. pensyarah pun susah nak faham.dan dengan menulis blog ni, terasa minda ni terbuka sikit...ececee..sebab kalau ada perkataan atau fakta yang kurang pasti, asmaq akan search google je. kecuali yang pasal peribahasa & simpulan bahasa tu, asmaq hentam je...heheeeee

(5) akhir sekali, abaout nuffnang. tau tak ape benda nuff ni? sebagai seorang student sepenuh masa, mesti susah nak buat part time job kan. kita dah la perlukan duit banyak untuk tampung pelajaran. nak harapkan pinjaman/biasiswa, tak cukup kalau orang macam asmaq ni (bukan boros, tapi tak tau melayang ke mana duit tu...ahakksss). nak harap kan duit parents? kena temuduga dula la jawabnya baru masyuukkk... ape yang saya tengok dah ramai student berblog untuk dapatkan pendapatan. saya pun nak jugak rasa macam mana perasaan orang yang dah dapat earning dari nuff tu....rasa tak sia2 kan berblog ni. tapi agak susah jugak sebenarnya nak dapat earning ni kalau tak de peminat kan. tak pe asmaq, nuff bagi sikit2 tu pun dah jadi. saya tak kejar sangat peminat dan follower. u follow i, i follow u. tapi asmaq sangat menyampah kalau orang suruh follow dia, tapi dia tak follow pun kita. asmaq akan sukarela follow orang jika dia menulis pasal pengalaman atau yang berilmiah. kalau baca oarng yang tengah citer pengalaman dia ni kan, terasa macam kita pun tengah merasai pengalaman itu jugak.

akhir kata, jangan abaikan pelajaran. ingat asmaq ni 24 jam ke ngadap benda alah ni? 24 jam ke kita baca buku? mesti ada waktu nak restkan minda kejap kan....daripada main game, baik den layan blog.


setakat ini sahaja citer rusa dan buaya asmaq hari ni. tak kesah la korang nak cakap ape pun. yang penting asmaq tak gila duk sorang2 ni. saya tak mau tinggal kat tanjung rambutan. kalau makan rambutan best la jugak...


TERIMA KASIH SUDI BERSAMAhttp://www.cute-smiley.com

3 comments:

ladida said...

ajar saya buat nuffnag bleh?? nak income jugak

Asmaa Qasamah said...

untuk kamu, apa sahaja pun boleh. tapi kalau mintak durian sebakul, tak bleh la...hahaa

Asmaa Qasamah said...

eh, apsal xleh bukak blog faz ye? faz pegi sini, http://www.nuffnang.com.my/..then, sign up...kalau tak paham, kita borak kat ym, sentiasa on je ym tu

tabung untuk belajar ---->