Pages

Thanks my follower (^_^)


Thursday, October 28, 2010

::waHai keHidupan::

Kehidupan ini penuh berliku....semakin lama kita hidup semakin mencabar...pelbagai jenis manusia akan kita temui...kehidupan ini seperti satu permainan...kita perlu bijak memikirkan strategi dan langkah yang betul dalam memulakan permainan...kita bermula dengan level yang senang, kemudian sederhana, dan akhir sekali level yang paling sukar...jika kita kalah, kita boleh main sekali lagi untuk mencapai level seterusnya...jika kita putus asa untuk bermain, level itu tidak akan meningkat dengan sendirinya dan mungkin kita akan ketinggalan jauh oleh pihak lawan kita....betul ke asma cakap ni???
#KEHIDUPAN KANAK2#
kehidupan yang paling asma tak suka adalah semasa zaman sekolah. jika ramai yang kata zaman kanak2 lah yang paling best, dan kalau boleh nak je zaman itu kembali. tapi bagi asma, asma tak suka zaman kanak2. asma tak ramai kawan, seorang pendiam, pendiam sangat2. banyak kenangan pahit di sekolah. asma adalah pelajar bodoh walaupun duk di kelas depan sekali. cikgu sendiri yang cakap asma ni bodoh. semasa asma darjah satu, asma kena marah teruk dengan cikgu disebabkan kesalahan orang lain. semasa asma darjah empat pula, ada seorang cikgu tu pernah cakap asma ni hodoh. waktu tu dia nak marah kat asma sebab tercegat depan pintu semasa waktu belajar, padahal tak de cikgu pun tyme tu. memang asma tak boleh nak berfikir dengan bijak lagi waktu. tapi memori itu kekal di ingatan ini selagi akal ini masih waras. asma tak boleh lupakan cikgu2 yang marah, pukul tanpa sebab dan menghina diri  ini.
#KEHIDUPAN REMAJA#
Di alam sekolah menengah...sebab result UPSR tak brape bagus, asma kena duk kelas yang level sederhana. asma masih lagi pendiam, dapat kawan baru, tapi tak berapa nak rapat. tapi asma suka dekat cikgu2 di situ. dia yang memberi semangat untuk asma bangkit. masuk F2, asma dinaikkan kelas dan jumpa kembali kawan2 sekolah rendah dulu. masuk F3, asma mula rapat dengan kawan2 sekolah rendah dulu. macam tak sangka kan kita akan berkawan rapat.

 atas dorongan cikgu2, asma terpilih untuk jadi pelajar sains tulen untuk F4 & F5. waktu tu asma bercita-cita untuk jadi pakar optometrik. dan di situlah asma mula berasa seronok dengan kehidupan asma. asma mula aktif dalam aktiviti sekolah terutama Kelab Kesihatan.
   

 asma mula seronok dapat berkawan dengan mereka2. disebabkan asma rase diri ini mampu, asma tambah subjek akaun. dan di dsitulah bermulanya kesilapan asma. bukan gagal, tetapi asma silap pilih kos semasa isi borang matrik. asma yang tak reti nak buat pilihan ketika itu, asma ikut je cakap cikgu. cikgu kata ambik kos berdasarkan result terbaru. tyme tu result sains asma tak ok. akaun asma boleh buat sikit walaupun asma tak belajar sangat (asma kena belajar sendiri subjek akaun tu). tapi result sains asma lagi ok berbanding result akaun bila tengok result sebenar. dan asma dapat tawaran matrik dalam bidang akaun.

#KEHIDUPAN MATRIK#
asma sangat menyesal sebab pilih bidang perakaunan. berkali-kali asma merayu untuk tukar kepada sains. tapi pensyarah tak boleh nak tolong. pensyarah tu banyak mendorong asma semasa disana. dia suruh asma cuba bidang ini dulu. katanya, minat boleh dipupuk. asma sangat takut waktu itu. takut jatuh tersungkur dan takut tak dapat bina minat itu. memang asma tak boleh bina minat itu sampai sekarang. tapi atas dorongan kuat pensyarah itu. asma berjaya tamatkan pelajaran di matrik. kawan2 juga banyak membantu asma, terutama k.ezah yang sentiasa disisi ketika senang dan susah. tak lupa juga kepada zurshafika. asma lemah dalam bab bace membaca ni. zurshafika lah banyak bantu asma, dia tolong bacakan untuk asma, asma pulak tukang dengar je... 
 

orang kata, kehidupan matrik paling susah. tak cukup tido...asyik study je keje. memang tak cukup tido...dan memang kami sentiasa dengan buku. tapi jika kita buat kerja secara berkumpulan, ia akan menjadi senang. asma sentiasa mencari orang unutk study sama2. walaupun k.ezah bidang hayat, kami tetap study same2. asma memang join group budak sains semasa study (sebab k.ezah yang ajak)....hehee...suka menyibuk. asma juga pernah dapat tawaran untuk temuduga Medical Assistant(MA). asma nak sangat pegi temuduga tu. tapi waktu itu asma tengah exam. pensyarah cakap, awak nak kejar yang belum tentu dan tinggalkan kejayaan yang pasti ini? jika asma pegi jugak temuduga tu, asma akan gagal dalam exam sebab terpaksa ponteng. asma terpaksa kuburkan hasrat itu. walaupun kehidupan di matrik macam penjara...tak sempat nak berjalan-jalan tengok negeri orang, tapi asma seronok....seronok sangat2. dan kehidupan ini lah yang asma mahukan. kalau boleh asma mahu kembali kepada kehidupan matrik. dulu asma seorang yang rajin...kuat...tabah....tapi sekarang????
#KEHIDUPAN UNIVERSITI#
atas sokongan famili, pensyarah2 dan kawan2, akhirnya asma dapat jugak capai impian asma untuk menjejakkan kaki di universiti. kadang-kadang tu macam tak caye je. terima kasih kepada yang membantu. semasa pilih bidang ni, asma main hentam je...minat masih tak dapat dipupuk. alhamdulillah...ukm menerima asma dengan pilihan pertama dalam bidang pentadbiran perniagaan. terasa takut membuak-buak dalam diri ini...adakah asma boleh bawak bidang ini tanpa minat? cita-cita asma sudah hilang. ape yang asma fikir, study untuk dapatkan kejayaan dan ijazah je. dan asma tak sangka jugak dapat bertemu dengan shazny, kawan matrik dulu. asma rasa ok lagi tahun satu. ada kawan untuk study same2. masak sama2...pegi mane2 pun same2....sentiasa mengambil berat....asma rindukan itu semua....dan tahun satu jugalah asma jatuh tersungkur....asma berada pada zaman kejatuhan yang paling teruk dalam kehidupan ini. kehidupan asma bertambah sukar. 

asma rasa diri asma banyak berubah. dimanakah kerajinan asma dulu? dimanakah kekuatan asma dulu? asma yang dulu tidak sama dengan asma sekarang. jauh berbeza.... mungkin ini disebabkan persekitaran....dan mungkin juga asma mengalami kejutan budaya.... mungkin juga tiada orang yang dapat mendorong asma.

 sekarang asma di tahun dua, terasa amat sukar. kadang2 datang perasaan putus asa...asma tiada kawan untuk study sama2 lagi...kami berpecah disebabkan kos yang sudah berlainan dan kedudukan bilik masing2. masing2 buat hal masing2. dan asma buat hal asma. nak keluar sama2 pun susah, masing2 sibuk. baru sekarang asma tahu, asma tak boleh belajar bersendirian. tapi alhamdulillah, baru2 ni asma sering belajar sama2 dengan wahidah...walaupun kami berlainan kos, dia sudi untuk belajar dengan asma. tapi bukan selalu, kadang2 je..dia pun sibuk juga seperti pelajar akaun yang lain. 
nurul juga rajin ajak asma keluar. nurul tau, betapa seronoknya bila dapat keluar dengan kamu. kamu berdua sangat mengambil berat tentang asma sekarang. asma dengan kawan kptm tu pun dah jarang keluar bersama sebab waktu yang menghalang kami. 
 

asma tak tahu ape nasib asma akan datang. asma semakin tidak suka dengan bidang ini. sampai sekarang asma tak boleh memupuk minat itu. kehidupan sekarang amat sukar untuk ditempuhi. semakin sukar kehidupan ini, semakin banyak pengalaman dan banyak benda baru yang asma dapat belajar.

WAHAI KEHIDUPAN, JANGANLAH KAMU MENGHANYUTKAN DIRI INI DI LEMBAH KEMAKSIATAN. ITULAH YANG PALING ASMA TAKUT!!!!

3 comments:

Sab Imtiyaz said...

salam ziarah asma!
entri asma ni lebih kurang jugak dengan perjalanan hidup sab.
selalu rasa nak patah balik ke masa dulu.nak tukar pilihan2 yang pernah sab buat.tapi lepas tu sab akan teringat balik kata2 seorang guru sab.kalau manusia itu dapat undur semula ke masa sebelum dia membuat sesuatu pilihan itu dan memilih pilihan yang satu lagi adakah dia pasti segalanya akan jadi lebih baik?segalanya telah tersurat.kita hanya merancang.Allah menentukan.setiap perkara tu ada hikmah di sebaliknya.ilmu itu luas.semakin kita teroka semakin banyak kita tak tahu.
maaf di atas komen ini.sekadar pandangan dari sab. ceria2 selalu. =)

Asmaa Qasamah said...

thanks Sab...komen yg padat & bermakna....
semoga kita sama2 dpt menghadapi kehidupan yg lebih baik di masa hadapan

Sab Imtiyaz said...

amiin.. =)

tabung untuk belajar ---->