Pages

Thanks my follower (^_^)


Tuesday, September 7, 2010

bersyukurlah....

tinggal beberapa jam lagi asma akan meninggal UKM....huhu...hari ini kafe bohan dah tutup. asma punya la malas nak gi kafe lain (takut tutup gak)....nampak gayanya makan biskut kering je la hari ni....tapi alhamdulillah badan asma boleh bertahan dengan makan biskut je. dan alhamdulillah juga asma ada makanan yang halal dan bersih untuk di makan. tadi asma ada baca satu berita....hampir mengalir air mata ini bila bace berita tu...dua warga emas hanya bersahur dan berbuka dengan dedak jagung je. kadang2 mereka makan sisa makanan yang mereka jumpa dalam timbunan sampah. mereka ada anak sebenarnya, tapi anak mereka tak nak mengaku ibu...masyarakat sekeliling juga mencaci hamun warga emas tu kerana mereka membela seorang anak mereka yang sakit mental dan mengalami kurap badan. mereka dianggap keluarga sampah oleh masyarakat.  lebih menyedihkan saudara seislam sendiri yang mencaci itu....
ya Allah....apa lah nasib warga emas ini. orang lain semua sibuk membuat persiapan hari raya. tapi mereka tetap menjalani hidup seperti biasa. makan dedak dan selongkar sampah sarap. sungguh besar ujian itu bagi mereka. ya Allah limpahkanlah rezeki keatas warga emas dan masyarakat2 yang senasib dengannya. asma bersyukur sangat dengan nikmat yang asma ada sekarang. jika diuji seperti warga emas itu kelak....asma tak pasti boleh menghadapinya atau tidak. semoga asma dikutkan iman dalam menempuhi dugaan2 mu ya Allah.

malam ni asma akan naik bas untuk pulang ke negeri cik siti wan kembang....hati berbunga riang!!!  semoga perjalan kami selamat sehingga ke destinasi.....

No comments:

tabung untuk belajar ---->