Pages

Thanks my follower (^_^)


Saturday, August 21, 2010

# 11 ramadhan #

hari ni bersamaan 11 ramadhan....tadi pegi beli makanan sorang2 lagi...huhu..terpaksa gi burhan je sebab malas nak gi kolej sebelah....semalam pun jalan sorang2 pegi merantau kolej sebelah mencari makanan untuk berbuka...pada saat ini asma rindu dengan famili.....rindu dengan kawan2 matrik dulu. pengalaman kat matrik la paling manis bagiku. kami sentiasa bersama...berkongsi makan...segala2nya kami buat bersama-sama. kehidupan di UKM sangat jauh berbeza dengan kehidupan di matrik. kte perlu pandai membawa diri dan berani menghadapi apa jua dugaan...dan asma perlu tabahkan hati untuk hidup keseorangan. sekarang asma tau kenapa abang asma selalu ajar kami berdikari untuk hidup sorang2. waktu tu abang suruh kami ingatkan kat Tuhan je. manusia tiada di sekeliling kte. abang.....sekarang semua itu sudah menjadi realiti. terima kasih atas tunjuk ajar abang.sekarang asma perlu belajar untuk kuatkan hati ini. asma tak nak menjadi wanita yang lemah.....walaupun asma keseorangan...tetapi asma terasa ada benda yang sentiasa menemani asma sepanjang bulan ini. urmmmm.....asma tau ada makhluk lain lagi yang diciptakan Allah didunia ini termasuklah malaikat yang sentiasa mencatat markah untuk kte ^_^

ya Allah...2 minggu lagi kami akan meninggalkan bulan yang mulia ini. semoga amalan yang asma lakukan di bulan ini akan diterima oleh Allah s.w.t......semalam asma terkejut bace status seseorang tu kat fb....statusnya b'bunyi "dah 10 hari kita berpuase,,,erm,,xterase pon...xsabar nak tggu raye plak..." 
tak terase pon???? adakah dia ikhlas? atau dia berpuasa kerana adat bukan kerana ibadat??? tak sabar nak tunggu raye??? wahai manusia hargailah bulan ini sebaik2nya. bulan ramadhan ini hanya datang sekali dalam setahun. adakah kte pasti kte akan bertemu lagi bulan ramadhan ni pada tahun akan datang. ajal maut di tangan Tuhan. ramai manusia berebut-rebut utk mendapatkan pahala di bulan ini yang sudah pastinya pahala yang berganda-ganda. marilah kte sama2 menghidupkan bulan ramadhan ini dengan membaca al-Quran, solat tarawikh dan banyak lagi benda yang kte boleh buat untuk kte mengabdikan diri kepada-Nya. 
Ikhlaskan diri dalam melakukan ibadat !!!!

2 comments:

ladida said...

belum 21 lagi le asmaq

Asmaa Qasamah said...

haha...silap lg...malu2!
slalu je ingat same ngan tarikh barat ni

tabung untuk belajar ---->