Pages

Thanks my follower (^_^)


Tuesday, March 24, 2015

::Pemanis Stevia Pengganti Gula::

Salam Mahabbah kepada pembaca....

Hari ni nak berkongsi sikit berkenaan Pemanis Stevia. Sape tak kenal daun stevia? Daun dia macam daun pudina gitu. 

PEMANIS STEVIA

Haaaa...kan...Nak promote actually. Benda baik haruslah dikongsi. Saya pengguna stevia ni beberapa bulan yang lepas. Sebab utama menggunakannya adalah saya tertarik dengan manfaatnya yang boleh mengawal peredaran darah. Sebelum ni saya mempunyai masalah senggugut dan masalah darah istihadah. Dah bermacam pil dan ubat dah telan, tarak guna jugak la.
Tapi sejak amalkan pemanis ni, saya takde masalah senggugut dan darah istihadah pun dah takde. Alhamdulillah sangat2.....
Sebab itu la saya perkenalkan kepada pembaca pasal pemanis stevia ni. Memang bagus untuk kesihatan. Yang penting gantikan gula dengan pemanis ni samada dalam masakan atau minuman. Kalau pi kedai pun, order air tanpa gula tau, then titik stevia kita.
Sedap wooo~
SEdap yang sihat, bukan sedap yang memudaratkan (^_^)Y

Berminat nak tau lebih lanjut, kita boleh story mory kat whatsapp/sms je, 011-29318274

Moh kita sihat sambil meniaga!


Friday, March 20, 2015

:: Permulaan 2015 ::

Dan ini sambungan kisah hidupku....

Last entry, saya bekerja sebagai guru tuisyen pada tahun 2013. Selepas itu saya ditawarkan menjadi guru ganti. Saya telah menjadi guru ganti untuk 3 buah sekolah berlainan. Tapi guru ganti ni maximum 3 bulan sahaj. So, banyak masa senggang saya antara penghujung tahun 2013 sehingga penghujung tahun 2014. Dalam menghadapi masa senggang itu, macam saya buat... Tak rasa sangat yang kita ni menganggur. Mengasuh anak saudara, ganti pekerja di klinik swasta dan paling best ambil tempahan biskut untuk hari raya.

Siap buat iklan gitu....

Tahun 2014 adalah tahun kuda, tahun saya lahir. Tahun 2014 jugalah ujian besar melanda. Alhamdulillah, semua ujian itu sudah berlalu dengan meninggalkan kesan pengajaran buat diri ini. Saya sudah merasai nikmat kesabaran yang lepas. 

Kini saya sudah berada di tahun 2015. Usia semakin berganjak naik. Permulaan 2015 saya dihidangkan dengan offer kerja sudah. Bukan tukang ganti dah. Niat sebelum menerima offer ni, biarlah gaji kecil asalkan saya selesa dengan suasana kerja dan title saya bukan 'tukang ganti' (^_~)

Sekarang, dua tiga orang sahabat pula melalui pengalaman hidup saya yg lepas. Sukar kan mencari kerja wahai sahabat-sahabat saya. Benda yang penting dalam hidup kita adalah jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. 
"Kau hidup senang... ada orang bantu... duit sentiasa masuk walaupun tak kerja... bla bla dan bla."
Setiap kesenangan yang Allah berikan, akan ada kesusahan Allah sertakan.
Sentiasa berfikir positif dan ceriakan hidup anda dengan senyuman (^____^)

Kepada sahabat2 saya yang baru habis belajar dang sedang mencari pendapatan, saya doakan awak2 dipermudahkan rezeki. Bersabarlah sahabat, jangan give up!
InsyaaAllah, akan ada rezeki bagi sesiapa yang berusaha. Yang penting bersyukur sentiasa supaya kita dapat merasai ketenangan hidup.

#SELAMAT KEMBALI#

Salam Sabtu...

Hari ni terpanggil untuk menulis kembali blog yang sudah lama ditinggalkan.
Bila masuk tadi, rupanya banyak komen yang saya tak terbalas tahun lepas. Minta maaf banyak2 kepada pembaca blog saya.
Bagi yang bertanya pasal Job Dirumah tu, saya dah balas melalui emel anda. Hanya komen 2015 je yang saya balas. Minta maaf kepada yang sy tak balas. Bukan saja mengabaikan ye... Kekakngan masa melanda!

Pasal Job Dirumah tu ramai yang tanya boleh dipercayai ke idok. Setakat ni alhamdulillah, income masih berjalan walaupun sedikit, sebab kurang aktif sudah. Saya cuma jadi ejen JDR sahaja. Boleh la wat makan. Dah hampir dua tahun rupanya saya join Job Dirumah.

Terima Kasih kerana Menjaga kepercayaan saya warga kerja JDR ter (^___^)

tabung untuk belajar ---->