Pages

Thanks my follower (^_^)


Wednesday, January 18, 2012

::Hobi Saya Kumpul Mengumpul::

Selamat Petang!!!
Masaa al Khair!!!

tengah2 mengemas barang tadi, asmaq tersenyum lebar tengok sesuatu...sesuatu...sesuatu...sesuatu yang asmaq kumpul. tak sangka ia menjadi banyak. nak buang sayang sebab itu salah satu hobi asmaq...mengumpul tiket. macam2 jenis tiket asmaq kumpul, tiket bas, rapid, komuter, kereta api dan tiket kapal terbang. tiket teksi dengan tiket feri je yang tak de. tak pelik kan hobi ni. saya sukaaaa (^_^)

tiket komuter

tiket bas transnasional
kenderaan yang asmaq guna untuk pulang ke kampung halaman

tiket kereta api
asmaq jarang balik rumah naik train sebab dia ambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi kita.

tiket rapid
asmaq guna rapid dari kajang ke ukm dan ukm ke kajang.
kalau nak beli arang, kajang lah tempat asmaq membeli sebab tambangnya yang murah dan senang nak bergerak...heheee


tiket bas mini
bas mini adalah kenderaan alternatif untuk ke kajang jika rapid lambat sampai. tapi kena tunggu kat luar gate lah untuk dapat bas mini.....leceh sikit.

tiket kapal terbang
tiket MAS dan Egypt Air

haaa...ini tiket yang paaaaling asmaq sayang.
cuba teka tiket apa ni.
tarikh kat tiket tu yang penting, tarikh asmaq di'kidnap'.
macam teruk lak bunyi perkataan 'kidnap'....sebenarnya asmaq yang rela hati ikut orang yang asmaq tak kenal semata-mata nak gi jalan2. waktu ni asmaq berpegang kepada kata2 abang asmaq "kalau nak hidup, kena berani".
tiket tu adalah tiket kereta api kat mesir....lawa kan??

ini tiket roti....ops!

ahaaaa...itu lah hasil tabiat kumpul mengumpul. kau ada?
itu tabiat baru je timbul beberapa tahun yang lepas. tabiat yang lama dan masih kekal sampai sekarang adalah mengumpul key chain dan penanda buku.

Tuesday, January 17, 2012

::Mengimbau Memori Sebagai Pelajar Uni::

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

memandangkan beberapa jam je lagi asmaq akan meninggalkan bumi bangi, dan meninggalkan segala-galanya yang ada di sini, asmaq ingin memberi kata-kata terakhir sebagai tanda perpisahan untuk kawan2 asmaq....kata2 terakhir ke? urmmm...ucapan pengakhiran lah kot yang sesuai. 
asmaq akan meninggalkan semua benda di bumi bangi tapi asmaq tak boleh tinggalkan memori2 yang berlaku sepanjang sesi pembelajaran asmaq di sini. sebelum asmaq melangkah ke alam pekerjaan, asmaq ingin mengimbau kembali memori2 sepanjang asmaq bergelar PELAJAR.

dinner kolej waktu tahun satu

eh, boleh tuju lagu tak? nak tuju lagu dulu lah....hayatilah dan bayangkanlah. lagu dari Edcoustic lagi. semalam asmaq duk layan lagu ni berulang kali sambil tengok gambar2 kenangan di ukm ni. hampir mengalir mutiara dari mataku, sebak rasanya. moh ler kite layan perasaan dulu~

SEBIRU HARI INI 
by Edcoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Tahun satu....kawan satu fakulti

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

team pesta konvo

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

program anak angkat di Batu Pahat...tak boleh lupa part ni (^_^)

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

team futsal untuk kolej...Tahun dua

team dinner kolej Tahun dua

ni kat pulau Sibu...I like this moment

pertama kali dapat memancing...program anak angkat di sg. Tengi

adik beradik angkat di Semenyih

pensyarah kami sentiasa ceria...kami pun ceria

hah! banyak sangat la gambar kalau nak masukkan semua. gambar2 tu semua tahun satu dan tahun dua. tahun tiga kebanyakannya asmaq pergi temu ramah organisasi dan kebanyakan kenangan di sem ni dah di update sebelum ni. jadi, tak perlu lah nak upload lagi.

dua tahun lebih asmaq berada di bumi bangi untuk menimba ilmu. banyak pengalaman manis, pahit, masam dan masin yang asmaq dapat rasakan. pengalaman mengajar kita erti berdikari kan. dan pengalaman di waktu  kita bergelar seorang pelajar adalah pengalaman yang paling manis.

pengalaman itu juga lah yang membuat asmaq berubah dari segi tingkah laku. tak percaya? boleh tanya kawan2 yang pernah kenal asmaq... sebab ada seseorang makhluk tu cakap asmaq tak seperti dulu. mungkin asmaq tak boleh seimbangkan emosi dengan situasi. tapi asmaq bukan berubah ke arah keburukan kan?

okay! akhir kata, asmaq mohon maaf kepada semua yang pernah kenal asmaq, semua yang pernah bersama asmaq dan semua2 lah. terima kasih sudi menjadi separuh daripada hidup asmaq sepanjang asmaq berada di ukm. terima kasih kerana meninggalkan memori2 yang indah. terima kasih kerana memberi pengalaman2 manis dan pahit. terima kasih sudi menjadi kawan asmaq. terima kasih atas segala-galanya. semoga kita akan bertemu kembali di lain masa. dan teruskan perjuangan masing2. berakhirnya pembelajaran kita di sini tak bermakna berakhirnya pembelajaran kita buat selama-lamanya. learning have no ending. pembelajaran tetap perlu diteruskan sehingga akhir hayat kita.

semoga kita semua berjaya menjadi manusia yang soleh/solehah dan manusia yang cemerlang!

nah! Love for my friends. 
I love them and I like them!

Monday, January 16, 2012

::Meraikan Kejayaan dan Perpisahan::

Assalamualaikum...
hari ni adalah mungkin hari terakhir asmaq berkumpul bersama-sama kawan2 di ukm...mungkin...
setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.
asmaq akan merindui segalanya yang berlaku sepanjang berada di ukm ni.

hari ni kami pergi makan2 di restoran Kajang Haji Samuri.

Sate Kajang

sebenarnya dah lama kami rancang nak makan sate selepas selesai temubual pemilik restoran ni pada suatu ketika dahulu (macam dah lama je pergi bunyinya), tapi tak berkesempatan sebab kesuntukan masa.
kami dapat markah penuh untuk pembentangan pasal sate kajang dalam kelas. jadi semakin membuak-buak perasaan nak makan sate, tanda penghargaan kami untuk pemiliknya yang banyak membantu masa proses temubual hari tu. kagum dengan Haji Samuri, beliau tak lokek ilmu dan tidak juga membangga diri atas kejayaannya sekarang.

yummy~ lapar punya pasal...habis licin!

akhirnya hari ni kami dapat keluar sama2 pegi makan sate walaupun separuh daripada kami tak dapat join. asmaq rasa sepanjang asmaq belajar di sini, inilah group yang paling happening. walaupun dah selesai projek sate ni, kami tetap berhubung. mungkin sebab kami satu majoring. dan perpisahan kami tadi pun tak terasa sangat kehilangannya.sebab kami merancang akan bertemu balik selepas selesai menjalani Latihan Industri. kononnya nak pergi bercuti di Singapura. harap2 menjadi lah rancangan ni. dan kami bersepakat untuk bertemu balik waktu konvo. jika masing2 dah sepakat nak bertemu balik, insyaAllah kita akan bertemu balik.

zati, nisa, thirah, emma, asmaq, tati

terima kasih semua yang terlibat hari ni. seronok tengok telatah korang semua, sorang tu sibuk duk cari barang untuk persediaan LI dan sorang lagi sibuk ushar2 pasal pakej perkahwinan. seronok dapat kenal dengan kamu2 semua. harap2 kita akan bertemu kembali dan hubungan ini akan kekal buat selama-lamanya.

nak pegi UKM, kena pusing sebelah kanan ye...

semoga kawan2ku semua berjaya dalam kerjaya akan datang. dan kepada yang akan kawin, semoga perkahwinan kamu diberkati oleh Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

bye2x...nak balik dah~

Monday, January 9, 2012

::pengalaman pertama bergelumang dengan krisis air::

assalamualaikum..

sebenarnya saya tak tau nak cerita ape...terlalu banyak benda nak cerita kat sini...tapi tak reti nak buat ayat...saya bukannya pandai bab2 mengarang ni. tapi tangan ni gatai jugak nak memetik papan kekunci laptop ni.

ermmmm...saya ada satu cerita sedih? sedih ke? cerita pasal krisis air yang melanda kawasan kami minggu lepas. air oh air....hampir seminggu lebih kami bergelumang dengan krisis air, exam lagi...memang susah la nak fokus study. dalam kepala otak duk fikir pasal air je. rutin harian kami pun terganggu sebab air. pergi exam pun tak mandi. saya dapat info bahawa loji kawasan kami kering berkemungkinan sebab kemarau. betapa terseksanya kami waktu itu, tapi ahamdulillah SYABAS ada jugak datang memberi bantuan sedikit sebanyak. Syabas!!! (walaupun kami tak tau ada yg membantu sebab tak dapat apa2 info pun)
dalam keadaan terdesak tu macam2 la kita akan rasa. kan setiap kejadian pasti ada hikmahnya. waktu tu apa yang saya fikir, macam mana lah orang yang duduk kat gurun. mereka lagi la susah nak dapat air. kita??? satu hari tak de air pun dah merungut. dan saya takut dapat penyakit kalau krisis tu berlarutan sebab kami terpaksa tahan untuk buang air besar mahupun air kecil. air simpanan cukup2 utuk wudhu' je. kadang2 memang rasa nak menangis tapi bila fikir balik itu adalah ujian kecil je baru Allah berikan. kalau tak kerana exam, saya akan lari balik rumah. situasi tu betul2 menguji kesabaran. alhamdulillah sepanjang krisis tu saya berjaya jugak menghadapi tiga peperiksaan tanpa masalah cuma badan je yang tak selesa. waktu krisis tu juga saya belajar menghargai nikmat Allah SWT. setitik air itu sangat berharga. dan rasa tak sanggup nak membazirkan air walaupun telah digunakan.

hargailah nikmat menggunakan air

walaupun semua tu berlaku, saya bersyukur sangat sebab sedar akan nikmat yang kita rasai adalah daripada Allah SWT. itulah pertama kali saya berhadapan dengan krisis air yang lebih dari sehari. jadi, kalau berlaku kemarau atau hujan tak berhenti-henti, janganlah merungut. jika kita merungut, bermakna kita merungut terhadap kuasa Allah kan. subhanallah...mintak dijauhkan. sabarlah dengan setiap ujian yang diberikan dan sentiasalah minta pertolongan dengan Nya. Allah pasti akan menolong orang2 yang sabar dan orang2 yang sabar pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan ingatlah jika kita susah, masih ada lagi yang lebih susah dari kita.



p/s: saya baru je genap 22 tahun...nak kawin!!! (kawan I cakap, I ni gatai, calon tak dak nak kawin)
peduli hape aku...hahahaa

Thursday, January 5, 2012

::Muhasabah Diri...Sendiri Menyepi::

Assalamualaikum...
anda sedang keseorangan dan dalam kesepian?
meh kita sama2 muhasabah diri kejap...jangan duk termenung atau berangan macam Mat Jenin je..kang jatuh buah kelapa atas kepala tu....
muhasabah diri dengan lagu SENDIRI MENYEPI by Edcoudtic.
lagunya slow je tapi I like liriknya....layannnnn~


SENDIRI MENYEPI
Edcoustic


Sendiri Menyepi..

Tenggelam dalam renungan

Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari, mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi

ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa

mungkin ada salah mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..

sendiri menyepi…

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……

seeeeendiri….aku merasa sendiri..

sampai kapan begini

resah tiada bertepi…Ooohh..

Kuingin cahyaMu

benderang di hidupku.



akhir kata dari saya, isilah masa anda dengan perkara berfaedah dan sentiasa mengingati Allah SWT dalam melakukan rutin harian.
hapuskan perkataan "boring" dan "tak tau nak buat apa" dalam kamus hidup anda. bacalah Quran...bacalah Quran...jadikan ia sebagai rutin harian anda juga.
semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat...insyaAllah...

Monday, January 2, 2012

::Peperiksaan bukan bermakna berakhirnya pembelajaran::

Masaa al khair!!!
Alhamdulillah...berakhir sudah paper pertama saya, Bahasa Arab..
Alhamdulillah juga sebab asmaaq diberi ketenangan masa menjawab exam tadi.

berakhirnya peperiksaan bahasa arab hari ni, tak bermakna berakhirnya pembelajaran asmaq.
teringat masa awal2 kelas dulu, ustaz tanya kelas sebab apa ambik subjek ni. majoriti cakap senang nak skor A sebab majoriti dah ada basic bahasa arab. 
memang tak dinafikan, asmaq ambik subjek ni untuk jaga result. tapi tujuan asal asmaq adalah memang asmaq nak sangat2 belajar.
keinginan ni timbul masa sekolah menengah lagi, tapi tak berapa berminat sebab takut tak boleh bawak. Bila lepas SPM, selama tiga bulan asmaq duduk dalam suasana orang2nya bercakap bahasa arab. di situlah timbul rasa cemburu dan rendah diri sebab tak tau ape yang mereka cakap. sebab itulah asmaq nak sangat2 belajar bahasa arab sebab bila asmaq degar mereka bercakap, asmaq terasa kagum dengan mereka. mereka dapat kuasai bahasa al-Quran.

akhirnya sekarang tercapai juga impian asmaq untuk belajar bahasa arab. alhamdulillah dapat memahami sikit2 baha al-Quran. ustaz asmaq cakap bahasa ni sangat unik, tengok tulisan dia pun dah unik. mula2 belajar memang rasa susah, tak dinafikan asmaq siap menangis nak memahami bahasa ni. tambah lagi asmaq tak kenal sape2 dalam kelas tu, walaupun bilangan student sikit je. asmaq masuk kelas tanpa menegur dan keluar kelas tanpa memandang sape2. masa kelas terakhir baru kami berbual-bual, tu pun tak tau nama masing2. teruk kan asmaq ni...jangan tiru perangai ni ye. tapi lama2 ok lah kan belajar bahasa arab ni. dan asmaq telah pun berjaya ambik exam. harap2 asmaq dapat result yang cemerlang untuk bahasa ni.
asmaq tak akan berhenti belajar bahasa arab, asmaq akan belajar sampai betul2 faham....insyaAllah!!!

asmaq ingin menyeru kepada semua muslim belajar bahasa arab. tak rugi ye....banyak kelebihannya. 
Al-Quran itu panduan hidup manusia dan bahasa arab adalah bahasa al-Quran!

SELAMAT MAJU JAYA!

tabung untuk belajar ---->