Pages

Thanks my follower (^_^)

Saturday, December 31, 2011

::CoretanKu, Penutup taHun 2011::

assalamualaikum dan salam tahun baru baru!!!!

malam ni semua duk wat countdown untuk menyambut tahun baru.
ada yang duk ready dengan bunga api tu...ada yang duk ready dengan suara la...semuanya gembira menyambut tahun baru. tahun 2012 akan bermula...ada yang sedih dan ada yang gembira.
ada tak yang duk mengira-ngira dosa2 yang dilakukan???

moh kita pandang belakang balik...muhasabah diri sekejap apa yang telah kita lakukan...mesti pandang belakang! kot2 ada makhluk pelik kat belakang anda. 

eh, pandang belakang nampak kamera pulak dah!

ok, pandang depan balik....urmmm...apa yang bermain di fikiran anda bila tengok angka 2012???
apa yang asmaq rasa sekarang adalah rasa takut...takut untuk mati sebab amalan asmaq masih tidak cukup dan asmaq sering alpa.
dah dapat tangkap kan apa yang asmaq nak cakap? ya! hari kiamat.
dah tengok filem 2012? ramalan pun mengatakan tahun 2012 bumi akan hancur.
dan 1 ramadan 2011 jatuh hari jumaat kan..???
anda percaya??? bagi asmaq itu hanya ramalan...tapi asmaq tetap percaya yang hari kiamat itu akan berlaku bila2 masa sahaja mungkin 2012, mugkin 2015, dan mungkin 2020. 
dan mati itu pasti.

tak mustahil kalau kiamat berlaku dalam masa terdekat kerana tanda2 kecil kita dah dapat lihat....macam2 berlaku dah atas dunia ni. jadi, apa tunggu lagi....?? tak perlu nak tunggu2. mati itu akan berlaku bila2 masa, bukan pada hari kiamat je. mungkin kita mati sewaktu tidur, mungkin kita mati dalam kemalangan, mugkin kita mati waktu sedang makan...wallahua'lam...hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.
tugas kita adalah beribadat kepada-Nya dan menjadi hamba abdi-Nya dan tugas malaikat Izrail adalah mencabut nyawa kita....bersyukurlah kerana dilahirkan dibumi ini untuk merasa nikmat dunia.

Welcome 2012

welcome 2012....masa berganti masa, hari berganti hari...begitu laju masa berlalu..jet Apollo pun tak boleh tandingi kelajuan masa...
marilah kita sama2 membuat perubahan ke atas diri kita. berubah menjadi insan yang beriman dan betaqwa... buatlah perubahan setiap hari, sedikit demi sedikit. iman seseorang takkan kekal, kadang2 naik, kadang2 turun. jadi jagalah meter keimanan kita agar ia tidak turun.
jangan cakap nak tunggu dapat hidayah baru berubah...kita yang perlu berusaha untuk mendapat hidayah daripada Allah SWT....dan jangan cakap nak tunggu hati ikhlas baru nak berubah kerana kita tak tahu bila akan datang keikhlasan itu.
cuba cukupkan solat...cuba jaga aurat...cuba jaga pergaulan...cuba hadirkan diri di majlis ilmu...jangan duk cuba benda yang bukan2 dan jangan cuba benda yang dilarang dalam Islam.
(peringatan untukku jua)

tahun 2012 juga asmaq akan menggenggam segulung ijazah. doakan asmaq cemerlang ya! asmaq harap asmaq dapat genggam ijazah tahun depan dengan sempurna dan berharap sangat dapat kerja terus. tak minat lah nak menanam anggur ni.

my Mr. Po0h dah grad okay...dia berjaya genggam honey tu (~_^)

sebagai penutup 2011 asmaq mau tujukan lagu MENJADI DIRIKU oleh Edcoustic untuk pembaca semua. (cari sendiri lagu ni...saya suka liriknya)
marilah kita muhasabah diri balik.

"YA ALLAH, LINDUNGILAH AKHLAK KAMI...TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS. AMPUNLAH DOSA2 UMAT ISLAM"

Friday, December 30, 2011

::Minggu Study @ Minggu Bercuti::

assalamualaikum!!!
wahhh! lama tak menyusun kata-kata kat blog.
kekurangan idea untuk menulis la..lagipun charger kamera tak ambil lagi dengan uncle asmaq. tak best menulis tanpa gambar kan...

sekarang adalah study week bagi student degree di uni asmaq and uni yang seangkatan dengannya.
study week ye...diulang minggu study bukan cuti!!!
baguslah kalau sape2 yang dah study tu.
asmaq? heheee..
asmaq dah rasa macam cuti pulak....
mula2 balik rumah sebab berkumpul satu famili, bukan senang nak berkumpul satu famili macam hari tu. tambahan lagi ma asmaq cakap nak bawak gi jumpa doktor pakar kulit. tapi macam tak de je dalam jadulnya.
so, asmaq lari balik selangor kononnya nak study. tapi asmaq pergi rumah famili angkat kat semenyih dua malam. sekarang baru balik.....itu bermakna asmaq tak study lagi.

petang tadi asmaq pegi pusat kesihatan dalam uni ni untuk periksa kaki lagi sekali. sekali dia tukar doktor lelaki daaa...sangat malu nak tunjuk kakiku. next week kena jumpa doc tu lagi...owh malu!

kepada kawan2ku selamat mengulangkaji semua. jangan malas2 ok. study juga adalah satu jihad sebab kita menahan dari hasutan syaitan.
asmaq bila nak study? relax sudahhh...exam asmaq tahun depan, lambat lagi tu kan....hahaaa

Saturday, December 17, 2011

::Luahan Perasaan...Nothing::

jangan baca...jangan baca...jangan baca...bacalah...
entri ni saja nak luahkan perasaan sikit...sikit je.

semalam asmaq terasa sakit kepala sangat2....tak boleh buat keje langsung.
itulah...kite kena selalu beringat, sihat sebelum sakit!

hari ni sakit kepala tu tak hilang2...tapi alhamdulillah tak seteruk semalam. cuma terasa nak muntah je.
urmmmm....
tu je nak cakap kot....hahahahaa

sebenaunya perasaan sekarang bercampur baur macam nasi kerabu.
nak nangis pun ada...radio IKIM jugak yang memahami perasaan ni.
putar lagu macam nak memujuk je kan...terima kasih lah yep!

gambar sekadar hiasan

asmaq dah berjanji pada diri asmaq sebelum ni yang asmaq takkan mengadu dekat sesapa mahupun di laman sosial sekalipun...
sebagai seorang muslim, kita sepatutnya sedar.. jika ada masalah mengadulah kepada Allah SWT...dan mengadulah kepada orang2 yang boleh dipercayai...
ingat! jangan sesekali luahkan apa2 masalah anda di laman sosial....masalah kecil, kemungkinan boleh menjadikan ia sebesar-besar masalah. dan kemungkinan besar akan melukai hati seseorang. sangat sukar untuk mengubati luka dalaman berbanding luka luaran.
fikir sebelum bermain dengan kata-kata ye!

Semoga Sabar menghadapi liku2 Hidup ni!
Salam Sayang untuk Semua! 

Sunday, December 11, 2011

::Kami Gagasan Pelajar Sumber Manusia::

assalamualaikum...
tetiba je tangan ni gedix nak menaip kat sini..padahal mata dah kuyu..
tapi tetap gagahkan diri untuk meluangkan masa di sini...memang gedix.

berdasarkan tajuk, gagasan pelajar sumber manusia tu ada sorang kawan asmaq buat group ni kat FB. 
bagus jugak nama yang dia letak ni. 
minggu lepas kami berkumpul untuk photoshoot mengikut majoring sempena tahun akhir dan sem akhir kami berada di UKM....sebagai tanda kenangan lah konon..
berkenal-kenal lah kami waktu tu sebab ada yang tak sempat satu kelas walaupun kami satu majoring.
seronok sangat bila semua berkumpul...macam2 kerenah lah depa ni...

Kami Pelajar Sumber Manusia

mengumpat atau berdiskusi ni??

kaum lelaki disisihkan sementara waktu ni

bila tengok gambar2 di atas, asmaq rasa muka asmaq gelap lah...
semoga kita semua akan berjaya dalam kerjaya dan semoga akan bertemu kembali di masa hadapan.
asmaq akan merindui segala kenangan indah bersama gagasan ini.
okay, jom tidur....kena tidur awal baru senang nak bangun subuh
"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati"

Saturday, December 10, 2011

::Teh Susu punya pasal::

hahahahahaaaaa...
nak gelak dulu sebelum citer.
gelak sebab malu...

al-kisah....tersebut lah cerita di kafe kolej asmaq...
pada suatu hari asmaq nak beli makanan untuk juadah berbuka puasa la kan kan ka..
mulut ni tetiba nak minum air teh, air yang asmaq tak suka dan tak pernah beli kat kedai..
dialog di hari kejadian bersama kak kafe dan abang kafe:-

asmaq: kak, nak air teh susu bungkus ya!
kak kafe: hahahaaaaaaa
abang kafe: hahahaaaa...nak teh susu ye
asmaq: ha'a...kenapa gelak? (dengan perasan blur)
abang kafe: ada jugak teh susu ye.... (sambil geleng kepala)
asmaq: ??????

lepas selesai membeli, asmaq terus belah dengan perasaan yang masih tertanya-tanya...pelik ke sebut teh susu? nak sebut ape? teh tambah susu?

********

hari seterusnya kebetulan dalam kelas bahasa arab kami ada belajar perkataan makanan dan minuman...
dan ada lah sebutan untuk kopi susu...
ustaz asmaq pun bukak la cerita...katanya, orang arab pelik sikit. kalau dia nak kopi yang ditamabh susu, dia akan cakap "kopi susu". 
berbeza dengan orang Malaysia, kalau pergi warung mintak teh, automatik orang akan bagi teh tambah susu. mintak kopi, automatik orang bagi kopi susu.
tapi kalau nenek moyang kita dulu2 akan panggil sebut teh susu sebab diorang jarang makan kat warung.

dari penerangan ustaz tu baru asmaq tahu kenapa orang2 kafe duk gelak sakan kat asmaq..
asmaq orang kelantan, bila nak beli teh susu tiba2 jadi blur...tak tau orang luau panggil ape. selalu beli milo dan nescafe je....dan asmaq tak pernah nak sebut susu sebab dah memang dia akan letak susu.

berbeza dengan sebutan kelantan....kami akan ada sebutan tambahan. tak de lah sebut teh je. teh susu akan dipanggil teh beng dan teh O akan dipanggil teh O beng. segala yang nak ditambah dengan susu akan guna perkataan 'beng' seperti milo beng, kopi beng, nescafe beng.....beng tu bukan maksud susu ye. asmaq pun tak tau kenapa ada beng....kalau sebut teh je...mungkin orang akan bagi kita teh O...

itulah perbezaan bahasa kita dalam malaysia ni.
hahahahahhahaaa...kalau ustaz tak bagi tau hari tu, asmaq akan stil guna perkataan 'teh susu'


p/s: terima kasih kepada yang support blog ni (^_^) 

Tuesday, December 6, 2011

::Akhirnya...dapat tempat LI::

Assalamualaikum
tahniah kepada yang berjaya menyempurnakan ibadah puasa sunat semalam dan hari ni
semoga semua ibadah kita diberkati oleh Allah SWT

today i want to tell the world that i got place for my indutrial training.
gembira tak terkira...melompat-lompat bagaikan nak capai awan...menjerit-jerit nak bagi tau kat satu dunia.
tipu je semua tu...
my reaction is cool...bak kata kawan asmaq "asmaq ni jenis serius lah"...bak kata cikgu asmaq "asmaq macam tak de perasaan"...
itulah kot perangai asmaq...hanya orang yang dapat menilai diri kita kan...

alhamdulillah...setelah berhabiskan banyak duit untuk hantar resume bagai...akhirnya asmaq dapat tempat untuk LI sem depan...walaupun  dapat bawah kerajaan dan tak de elaun, asmaq tetap bersyukur...yang penting asmaq dapat pengalaman yang sama macam syarikat swasta bagi...hopefully!

asmaq akan buat yang terbaik semasa latihan tu tahun depan..pengalaman sangat berharga berbanding duit...rugi kalau kita tidak memanfaatkan pengalaman yang ada, apatah lagi tidak merasai pengalaman.

kawan asmaq ada tanya "ape perasaan bila dah nak abis belajar ni?"
perasaan asmaq bercampur aduk cam pasemboq sekarang ye...happy sebab akan duk dekat dengan famili...nervous untuk menghadapi alam pekerjaan...sedih kena tinggalkan kawan2 dan famili2 di sini....tak sabar nak berambus dari sini...

tapi...asmaq akan rindukan kenangan2 yang dilalui di sini...asmaq akan rindukan kehidupan seorang pelajar...asmaq akan rindukan suasana bangi...dan asmaq akan rindukan segala-galanya...

doa asmaq untuk kawan2 yang masih belum habis "semoga sentiasa berjaya dalam pelajaran dan semoga sentiasa sabar dalam menghadapi kehidupan universiti ini"
jadilah pelajar yang betul2 pelajar!!!

tabung untuk belajar ---->