Pages

Thanks my follower (^_^)

Friday, October 28, 2011

::Sikap segelintir Pelajar IPT::

AWAL SEMESTER

kita enjoy! 

nak gi sana...nak gi situ....nak beli itu...nak beli ini...layan facebook, twitter, blog, movie....
assignment??? lex luuu...lambat lagi tarikh ngantornya.

PERTENGAHAN SEMESTER

focus for mid exam

alaaa... sibuk ngan mid exam la. sabar ye assignment, nanti den buat. due date lambat lagi...
lepas exam nak pi tengok wayang dan jalan-jalan lah...nak hilangkan stress 

AKHIR SEMESTER
Stress tahap gaban

omakkk...banyak nye keje...!!!! kejamnya! final exam lagi. mana sempat nak siapkan semua. apa la pensyarah ni bagi keje banyak2....tak tido la nampak gayanya, terpaksa jadi zombie universiti...
makan pun ala kadar je, duit kering sudahhh....

WAKTU TERIMA RESULT EXAM

so sad

nyesalnya tak study awal-awal...
ok, next sem aku akan study sungguh-sungguh...tak mao enjoy-enjoy lagi

Tuesday, October 25, 2011

::Masak Lagiiii::

sekarang asmaq nak share masakan asmaq.
datang mood memasak lak semalam.

Dinner semalam
nasi + sup tolur simple

dinner semalam asmaq masak nasi berlaukkan sup telur simple.
asmaq main hentam je masaknya, takde amik dari mane2 resepi pun....buat ala2 sup telur.
caranya, didihkan air, masukkan carrot dan kentang serta pati ayam kiub...
bila benda2 tu dah empuk, masukkan sosej dan tolur goreng...finish!
senang kan? semua sukatannya main hentam je.
goreng tolur pun dalam rice cooker. caya tak?

Lunch today
kentang salut mayonis

haaaaa.....kentang salut mayonis ni asmaq amik resepi dari M. Zul dalam MHI semalam.
simple sangat...asmaq tak tau nama resepi dia ape, asmaq letak la "kentang salut mayonis".
M.Zul letak perahan lemon dalam mayonis, tapi asmaq letak sos cili...lemon tarak la.
kentang tu kena rebus dulu, taruk garam sikit waktu rebus.
dan asmaq tambah sosej...sedap...sedap!

mayonis + kentang + sosej

alang2 amik contact lens semalam, pi la beli bahan2 ni sekali.
mula2 tak terlintas pulak nak wat benda tu.
tapi dah ternampak kentang, terus teringat resepi M.Zul.
senang dan mudah dan sedap dan kenyang.
yummy...yummy
Selamat Mencuba!

::My Contect Lens Sampai::

Selamat Pagi Flora dan Fauna (^_^)
Happy Deepavali to all yang sedang menyambut perayaan deepavali hari ni.
semua cuti hari ni....syoknyaaaa!

semalam i take my contact lens.
dah tiga minggu order, baru siap...jarang kot orang guna contact lens ni.
asmaq order yang toric punya. colourless je, khas untuk silau yang tinggi.
kalau yang berwarna takde lah yang jenis toric ni.
daripada dulu lagi duk cari contact lens yang ada silau. 
akhirnya dapat jugak....

My Contact Lens

asmaq beli dua kotak sekali gus sebab power mata kiri kanan asmaq jauh beza.
terpaksa lah beli dua, boleh lah tahan enam bulan tu.
ada tiga pasang satu kotak.
heheee
beli sekotak solution je dulu.
solution beli yang mahal, so kena test dulu lah.
sebelum ni guna yang complete punya.

Monday, October 24, 2011

::My Freinds Konvo::

Bersua kembali kita dalam rancangan.....rancangan...Pelayaran Kehidupan.
haish! sejak dua menjak ni malash betul lah nak hupdate belog.
hari ni just nak share gambor...blink2!!!
gambar kenangan kawan2 asmaq yang dah konvo dan bakal konvo.

16 oktober 2011, cik ejah konvo...
tapi kami tak sempat nak jumpa dia walaupun dah berjaya menjejaki UPM...
terasa macam rusa masuk kampung je...terpinga-pinga sebab first time masuk UPM.
never mind, walaopon tak berjaya jumpa dan bergambar dengan cik ejah, kami bergambar lah kami2 je.
tak boleh tunggu cik ejah kuar waktu tu sebab nak kejar ke shah alam pulak...

Cik Asmaq & Cik Ita @ UPM
(kebetulan pulak jumpa fakulti kita kan cik ta)

25 oktober 2011 iaitu esok, cik ita pulak yang kovo.
sorry frend, I have class tomorrow. tak dapat nak tengok you berkonvo.
tapi asmaq dah tengok cik ta amik jubah kan, kira sama lah tu ye.
tahniah fren! semoga kamu berjaya dalam menggenggam ijazah kelak.

Ni hadiah untuk cik ta...orang nak bagi hadiah betul tak mo

with my old frend (kalau di trancelat akan jadi kawan tua saya).
Cik asmaq, Cik ita, Cik miey

kebetulan pulak kami balik bercuti di hujung minggu...tu yang dapat bergambar sama2.
kalau tak, tak merasa la nak bergambar dengan jubah UITM...hik3
tasik GM jugak yang menjadi lokasi untuk shooting.
nak pergi banyak2 tempat dah tak sempat sebab pekena ais krim setinggi gua sorang2 kan...

next, tunggu giliran cik miey berkonvo pulak...then asmaq.
hooo yeah!!

Tuesday, October 18, 2011

::Sentiasa di uji::

I don't know what to say sekarang ni...
terasa macam ibu kehilangan anaknya...tapi asmaq masih waras lagi.
zaman teknologi ni sangat mencabar...semua perlu guna teknologi.
nak berhubung pun perlu guna teknologi...susah kan kalau tak de kemudahan teknologi.
macam keadaan asmaq la sekarang ni...terkapai-kapai...banyak termenung (fikir ape pu tak tau).
hanya Tuhan je tau perasaan asmaq sekarang, dan perasaan asmaq di waktu kejadian, dan perasaan asmaq petang tadi, dan perasaan asmaq semalam....
terasa macam kena hempap dengan batu seberat 6 tan je...ujian datang bagaikan ribut taufan.

di sebalik ujian yang Allah s.w.t berikan, mesti ada hikmahnya kan...cuma kita tak tau bila hikmahnya akan dapat. mungkin hikmahnya adalah asmaq selalu mengingati Allah s.w.t... ye la kan, tyme susah baru kita nak teringat kat Tuhan kita. tyme senang lupa diri.

Alhamdulillah...petang tadi asmaq pergi block no lama, dan masih menggunakan nombor yang sama. tapi masih tak leh contact sape2 sebab tak ingat nombor dan asmaq perlu jimatkan bateri fon yang kawan asmaq bagi pinjam ni sebabnya tak de charger. dan alhamdulillah juga...asmaq sempat beli tiket bas. plannnya nak balik naik train, tapi tiket habis dah... harap2 fon ni dapat bertahan hingga asmaq balik rumah minggu ni....

akhir kata dari asmaq, jangan sesekali leka dengan dunia dan jangan sesekali cuai. kepada kaum2 wanita, jaga diri dan maruah dan juga pergaulan. hati manusia kita tak boleh baca samada baik atau jahat....so, jagalah diri dan yang penting sentiasa ingat Allah s.w.t.
kita sentiasa di uji utuk melihat samada kita ni betul2 beriman atau tidak....
wallah hu a'lam~

Monday, October 17, 2011

::Test::

Entri ini untuk percubaan!!! nak test boleh post ke idok....
soalnya FB asmaq macam tak berfungsi...yang herannya, benda lain boleh bukak and boleh nak post.
nak kata tenet lembab, emel asmaq boleh anta.
tak faham la FB ni...nak post x bleh, komen tak boleh, like tak boleh, nak approve kawan pun tak boleh...

tersangat-sangat tension....handphone asmaq hilang. semua guna FB untuk berhubung...tak cek langsung emel yang asmaq anta..... nak bagi tahu suruh cek emel pun dah memang tak boleh.
sekarang hanya emel je yang boleh asmaq guna untuk berhubung.
sooooooo sad....

Sunday, October 9, 2011

::Anda bangga Menjadi seorang Muslim?::

Today I want to share story from someone.
someone yang telah berubah dari free hair kepada menutup aurat sepenuhnya.
dia cakap, dulu masa dia free hair, semasa bertugas di luar negara, ada muslim di sana pernah tanya dia satu soalan.

muslim: kamu tidak bangga menjadi seorang muslim?
someone: of course I'm proud to be muslim....
muslim: so, why you not wear a hijab? ia tidak menggambarkan ciri2 seorang muslim. kita terpaksa pakai hijab sebab kita orang muslim.
someone: ????

*lebih kurang macam tu la dialog yang dia cakap....kepada orang yang berkenaan, sorry, i take your story for sharing with all muslim.

so, renung2 kan....kalaulah kita ditempat someone tu, apa perasaan kita waktu ketika itu.
selalu je kita dengar orang yang free hair cakap "aku tak nak la jadi hipokrit pakai tudung, walhal aku free hair".
jadi dia juga hipokrit dalam beragama Islam. tidak menutup aurat, walhal dia seorang muslim. am I right?
dalam dialog di atas, muslim tu cakap kita TERPAKSA pakai tudung....daripada terpaksa akan menjadi biasa. kalau nak tunggu hati ni betul2 ikhlas dan terbuka untuk pakai tudung, memang kita tak tahu bila. mungkin sampai mati kita rasa tak ikhlas pakai tudung kan.
Ingatlah! jangan tunggu sampai hati kita ikhlas, paksakan diri sebab kita adalah seorang muslim....tuntutan agama menyuruh kita menutup aurat, jika kita ingkar akan ada azabnya kelak.

selamatkanlah saudara kita...sentiasalah nasihat menasihati kerana manusia ada sifat LUPA.
ya Allah, selamatkanlah akidahku dan akidah keluarga ku serta akidah umat Islam supaya tidak terpesong.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. I'm proud it...


From  My Heart: semua itu peringatan untuk diri sendiri juga!
hati manusia mudah tergoda dengan pujukan syaitan jika iman kita tidak kuat.

Friday, October 7, 2011

::Ikutlah sunnah yang Betul::

kita selalu menggunakan bahasa inggeris (nak bagi kellass gitu) untuk menyapa orang, ucap selamat tinggal dan macam-macam lah....tapi lebih baik kita menggunakan bahasa arab untuk ucapan2 semua tu kerana di sebalik maksudnya adalah kita mendoakan orang yang kita sapa atau yang kita jumpa.


#today I'm soooooo dipressed!!!! so, i could say Astaghfirullahal 'azim....

Wednesday, October 5, 2011

::Hukum Mengukir Tangan dengan Inai::

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..



sumebr:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1637872031578&set=a.1470190479644.2071029.1380080408&type=1&theater

Tuesday, October 4, 2011

::Asmaq dan Kitar Semula::

Kitar Semula merupakan proses menukarkan bahan lama kepada bahan baru.
tetiba je kan bagi konsep kitar semula....sebenaunya asmaq duk buat proposal pasal kitar semula. subjek pilihan bebas....I love environment, that's why I take this subject as my PB.

kalau diperhatikan sekarang, UKM sedang rancak menjalankan kempen kitar semula. di setiap sudut fakulti pasti ada tong kitar semula. di kafe kolej asmaq sendiri pun dah tak guna polistrin, tapi guna kertas yang keras untuk tapau makanan dan kena bayar 20 sen ya kalau nak tapau....
tapi adakah ia berkesan? adakah warga UKM memberi kerjasama? that is my issue...tengok tong macam hiasan je.

kalau merujuk statistik malaysia, kitar semula kat sini 15% je berjalan. tapak longgokan sampah pulak semakin bertambah. cuba bayangkan jika malaysia ni dah tak de tempat nak longgok sampah. terpaksa longgok sampah berdekatan dengan rumah kita....sape yang susah? kita jugakkkk.....euuuwww...mesti bau busuk.

so, moh ler kita menjaga alam sekitar dengan mengamalkan 3R (reduce, reuse, recycle). tak susah pun....cuma asingkan bahan buangan yang kita nak buang tu...kalau rajin dapatlah habuannya dengan menjual bahan2 kitar semula ni.

dan asmaq juga sedang berusaha memberi kerjasama dalam mengitar semula..
tapau nasi pun dah jarang sebab beli lauk dan masak nasi sendiri (shhhh...ini rahsia)... masak waktu2 kelas tak padat la....kalau kelas padat, makan terus kat kafe...tak perlu nak tapau2
caye tak...caye tak...

bahan yang nak buang asmaq kumpulkan dulu dalam bilik sebab tak tau nak buang kat mana

setiap kolej di sini sekarang tengah compete pasal recycle dan asmaq ditugaskan untuk menyediakan tempat untuk buang bahan2 recycle dalam blok asmaq ni.
I have no idea how to do it. takkan nak beli kotak, then letak kat ruang tamu tu...kalau kumpul duit tak pe jugak...but not easy to collect money from people in this 'house'.
I don't know who is my neighbour.....so sad!

If I already start for recycle...how about you all?
Ayuh!! selamatkan bumi kita dengan mengamalkan 3R

Sunday, October 2, 2011

::Kerana Diriku Sangat Berharga::

Alhamdulillah....hari ni asmaq rasa sangat sangat sangat sangat sangat bertuah kerana dapat menyertai program Fit & Fabulous Carnival yang diadakan di pusanika UKM hari ni.
dari 8.30 hingga 5.30 lebih asmaq dapat setiakan dengar talk2 dan forum dalam program ni tanpa ada rasa ngantuk....bangga rasa diri ni sebab tak ngantuk dengar talk.

kalau mengikut perkiraan, rasanya ni la pertama kali asmaq dengar forum sepanjang duduk di UKM. teruk kan?
tapi alhamdulillah tergerak hati asmaq kali ni nak dengar forum dan secara tak langsung terbaca poster di bus stop depan PTSL. kalau tak kerana menunggu bas lama sangat, takkan baca kot poster besar2 A4 ni.
dan asmaq tak tau pun pengisian dia ape sebenarnya...yang tertarik adalah tajuk forum " kerana dirimu begitu berharga". ahli panelnya pun menarik dan tertarik iaitu dr. Syarifah, ustazah Syarhah (penulis novel) dan Farra Adeeba (selebriti) serta moderatornya pun menawan, tak ingat namanya. semua panel2 ni nampak jernih je muka, yang mendengar pun terasa sejuk je dan terus menusuk ke kalbu segala perkataan yang dituturkan.

moderator dan doktor cute, dr. syarifah

tudung hijau adalah ustazah syarhah (kabur je gambo, kalu tak boleh tengok keanggunan depa)

sape tak kenal Farra Adeeba ni? kalau tak kenal memang nak kena bagi minum kopi O dan nasi lemak sebungkus

Bukan itu saja, kami juga disajikan dengan talk pasal kanser payudara dari dr. Izza dan talk kanser serviks, kanser rahim, fibroid dan adik beradiknya lah, yang disampaikan oleh en. Adzman.
segala persoalan asmaq telah terjawab dalam program ni...THANKS TO ALL!!!
dan sedikit sebanyak dapat membantu masalah asmaq alami sekarang.
 dan dan dan asmaq ada mintak untuk LI di situ...di mana?
Bak kata artis, biarlah rahsia....nanti betul2 dapat tawaran tu baru asmaq kongsi di sini.
kalau asmaq dapat LI di situ, insyaAllah asmaq akan diserap terus...insyaAllah.

secara keseluruhannya, memang puas hati sangat dapat join tadi, free pulak tu walaupun rasa segan sebab tengok ramai yang bertudung labuh je. tapi niat kita nak mencari ilmu, buat ape nak segan, bukannya kita telanjang kan....
alhamdulillah asmaq dapat semangat dari forum tadi untuk berubah. sebelum ni tak de kekuatan sebab tak de pendorong, rupanya pendorong kita adalah di majlis2 ilmu macam ni.
orang yang dari seksi boleh berubah menjadi muslimah sejati, why not me? hanya sedikit je perubahan luaran yang perlu asmaq lakukan iaitu menjaga batas2 aurat antara sepupu2 lelaki dan abang2 ipar....kalu perubahan dalaman tu banyak lagi yang asmaq perlu belajar, asmaq masih jahil lagi tetang agama sendiri.
harapan asmaq agar asmaq betul2 menjadi mawar yang harum dan sentiasa segar.

untuk menjadi mawar yang segar atau istilah senang adalah sihat, asmaq pi beli satu minuman ni kan....mahal beb...tapi apa salahnya kan kalau kita berkorban duit untuk menjaga tubuh badan. badan kita bukan hak milik kita, so jaga lah hak milik yang diberi pinjam ni betul2....kalau boleh beli gadget mahal2, pakaian banyak2, pi enjoy sana sini...takkan nak beli makanan kesihatan yang ciput ni pun tak boleh kot...

Green Fit produk Avail beauty...untuk menurunkan berat badan dan mengatasi masalah sembelit (ececee...promote produk orang lagi)

sambil berblog, sambil minum benda alah ni...warna hijau
segalanya warna ijau lah....I like it

kalau tengok bahan2 minuman tu memang takut nak minum sebab dia campur macam2 buah...tapi baunya sedap sangat dan rasanya ada rasa epal.
asmaq minum untuk atasi sembelit je bukan untuk kurus cam papan playwood tu.
sebelum ni rasa seronok tau sebab 'melabur' seminggu sekali, tapi ropenye dia akan memberi kesan teruk kepada usus kita...yang normalnya 'melabur' sehari sekali...sehari sekali ye.

panjang bebenor asmaq tulis naa..ada gaya penceramah motivasi idok?
akhir kata dari asmaq,  jagalah maruah kita, agama kita, dan carilah ilmu...carilah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.
hanya diri kita sendiri yang mampu untuk melakukan perubahan.
sama2lah kita berubah untuk mencari redha Allah s.w.t.
Asmaq ingin berubah kerana asmaq baru rasa yang diri asmaq sangat sangat sangat sangat berharga.
INGAT!!! hidup kita di dunia ini sementara sahaja.

tabung untuk belajar ---->