Pages

Thanks my follower (^_^)

Thursday, September 29, 2011

::Kematian tiDak menGenal Usia::

hari ni suasana sepi menyelubungi dipelusuk lobi Kolej asmaq.
ingatkan ada majlis ape2...raya ke...tapi muka masing2 tiada senyuman dan terpancar kesedihan.
rupa-rupanya kolej kami kehilangan seorang penghuni yang merupakan harapan kolej.

orang yang asmaq kenal dan merupakan ajk asmaq waktu dinner sem lepas.
dia seorang yang sangat ringan tulang dan menghormati seniornya.
sekarang terbayang-bayang senyumannya....macam tak percaya semua ni menimpanya.
bukan setakat kolej terasa kehilangannya, malah fakulti juga turut merasa sebab dia seorang student yang cemerlang...tiap-tiap sem dia dapat dekan.

tapi Allah s.w.t lebih menyayangi nya.....dia pergi dalam usia muda, lebih kurang 20 tahun umurnya akibat kemalangan pagi tadi.
kita hanya meminjam nyawa....kematian itu pasti dan tidak kira usia.
yang hidup perlu meneruskan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.

"Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman"
Al-Fatihah

Tuesday, September 27, 2011

::di Hari k0nv0keSyen::

euuuuwww...selamat sudah menjalani majlis konvokesyen semalam dengan menyarung jubah ungu.
hari yang hot, hari yang paling bahagia, hari yang penuh makna.....
ops...ops...semalam bukan asmaq yang konvo, anak saudara kepada tok saudara asmaq yang konvo (tak reti nak mention hubungan persaudaraan kami)....senangnya sedara je lah.

suasana semalam agak tegang sebab dia ada sedikit tekanan. masalah tak diduga datang tanpa diundang.
kesian tengok dia. kalau asmaq tempat dia semalam kompem2 menangis. ape tak nya, dah la penat...ramai orang lagi...masalah pulak datang gedebuk....pusing2!
tapi k.naida sangat sabar juga orangnya, masih mampu tersenyum untuk orang2 di sekelilingnya.
dan tak habis mintak maaf kat asmaq semalam sebab kami tak sempat nak borak lama2. asmaq tak rasa ape2 pun, cuma kesian je. dan asmaq faham situasi k.naida semalam. asmaq datang cuma untuk menyibuk dan mengambil sedikit kegembiraan orang2 konvo ni...heheee

with k.naida dan k.husna...next year asmaq dan k.husna pulak yang akan konvo

diapit oleh k.naida dan k.hyeda (mataku terpejam pulak...silau) .....k.hyeda baru lepas konvo sehari sebelum ni.

itulah graduan penghuni borhan. dah tak de dah senior asmaq di burhan....
semoga mereka akan berjaya dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
yang k.naida kompem2 jadi cikgu sebab dia dapat biasiswa cikgu....semoga akak tabah dan tenang dalam menempuhi hari2 akan datang.
congratulations!!!!!

Saturday, September 24, 2011

::Niat Kita Bertudung::

Happy Sunday!
tajuk hari ni "Niat kita Bertudung".
Dalam era kemodenan ini (macam nak wat karangan la pulak), dapat kita lihat golongan perempuan di Malaysia sudah ramai memakai tudung.
jika dulu tudung bawal sangat popular di kalangan gadis, tapi sekarang shawl pula menjadi kegilaa.
adakah kita bertudung untuk menutup aurat atau mengikut fesyen semata-mata?

kalau nak kata kita tutup aurat sebenarnya aurat kita tak sempurna lagi kerana ada yang memakai tudung tapi berbaju lengan pendek, ada yang pakai tudung tapi berskirt belah tepi, dan yang paling ramai adalah bertudung tapi tudung tidak melepasi bahagian dada....itu dikira tidak menutup aurat dan boleh menaikkan syahwat lelaki.

bagi asmaq, nak bertudung ikut fesyen tak salah asalkan kita menutup aurat dengan betul dan tidak berlebih-lebihan dalam bergaya....kerana berlebih lebihan itu akan menimbulkan rasa bangga, riak dan seangkatan dengannya.
asmaq sendiri sedang perlahan-lahan beralih kepada shawl atau tudung express. sebab utama adalah tudung bawal jarang kainnya, tapi ada jugak tudung lain yang tak jarang....tapi sebab terikut fesyen, asmaq pilih dua tudung ini asalkan dapat tutup aurat dengan sempurna dan tidak berlebih-lebihan bergaya. harap2 asmaq dijauhkan daripada sifat2 syaitan....
tambahkan pengetahuan di sini ----> Bertudung atau Berfesyen?

sekian sahaja tazkirah pagi dari asmaq....mungkin diri asmaq juga tidak sempurna tapi nak bagi nasihat kat orang pulak kan....selagi kita bergelar umat Islam, kita harus (harus ke wajib? not sure) menyampaikan dakwah dan saling menasihati sesama insan. dan nasihat yang diberikan bukan untuk orang lain sahaja, malah untuk diri sendiri yang sering lupa....kalau ada yang asmaq salah cakap, tolong perbetulkan!
"Allah s.w.t. tidak akan merubah seseorang manusia kecuali manusia sendiri yang merubah dirinya sendiri"
Buatlah perubahan demi mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t.....
Salam sayang dari asmaq,...Wassalam~

Pinjam gambar sat cik Heliza Helmi...
saya suka rekaan tudung dia. boleh buat telekung sekali...senang kan..
tapi sebagai pelajar, tak mampu lagi nak beli...hehee
RM100 lebih (macam nak promote la pulak)
but I memang nak promote sebab rekaannya bagus. OK! apa lagi...beli ...beli...
sumber ---> Heliza Helmi Hijab

::Ubati Hati yang Lara::

apakah perasaan anda sekarang?
sedih, gembira, duka, marah?

pandai2 lah kawal emosi kita kerana kadang emosi yang terlampau akan merosakkan minda kita.
kepada yang sedang berduka lara, ikut petua ni ---> Petua Untuk Hati 
especially for my dear sister, amalkan petua ni ye.
jangan biarkan perasaan rindu dan sayang terhadap manusia melebihi perasaan sayang terhadap Allah  s.w.t.
cinta terhadap manusia adalah sementara.
berkasih sayanglah kepada manusia dengan niat kerana Allah...

semoga kak teh sentiasa tenang menghadapi dugaan dan semoga mendapat suami yang baik dan soleh!

::Dahulu & Sekarang::

Happy week end!!!
today I want to show my new room.
UKM renovate semua bilik yang lama...dah lama sangat bilik tak diubah suai, zaman mak sdare asmaq duk kat kolej ni lagi (Mak cik asmaq pun duk burhan jugak dulu).

BILIK DAHULU

meja tergantung dan panjang, meja antik gitu....my aunty said "kalau malas jugak nak study dengan meja cam ni tak tau la"
mejanya ok, cuma kerusinya la yang buat sakit badan bila duduk untuk study.

ops! kerusi duk kat sini....almari di tanam dalam diniding, jimatkan ruang.
gambar ni ambik waktu mula2 masuk tahun dua sem dua.
bersepah macam kapal pecah.
biasa la baru masuk, tak sempat nak kemas2 lagi di tambah dengan barang2 dinner sem lepas.

BILIK SEKARANG

bilik asmaq di tahun 3 sem 1....bilik yang dimasukkan perabot baru dan cat baru.
tak de dah meja panjang dan tergantung.
cuma langsir je tak tukar, masih guna yang lama lagi.

almari pun baru. asmaq suka almari ni berbanding yang lama...semua perabot besi. and look, my door also new.

perabot tambahan, rak tergantung....I like it (^_^)

my cactus yang semakin membesar...kenangan dari kursus kat cameron

secara keseluruhannya, bilik baru ni saya nak bagi bintang. alhamdulillah dapat perabot baru.
dan peraturannya pun banyak lah. biasa lah bilik baru ni, tak boleh tampal2 di dinding (tapi asmaq dah tampal satu...shhhhh!), tak boleh ubah kedudukan perabot laa...kalau biat jugak bayar denda la jawabnya.
harap2 asmaq tak kena denda....asmaq kurang jelas dengan peraturannya la...hehee....tak sengaja menampal!

#yuran kami naik sem ni sebab renovate bilik...dua kali ganda kot naik

Wednesday, September 21, 2011

::Saja-Saja sPeaking::

Good Morning to all...

baru dua minggu kuliah bermula terasa macam berbulan-bulan.
start doing assignment....i hope this sem I'm not do the work at last minute.
this sem is my last semester and my last study....after this i will to be an employee...
lecturer pulak asyik duk tanya 'what your expected job after graduation'...
actually I don't know what job is suitable and which can I apply  for me as a student of Human Resources Management.

owh! I was very dizzy in applying place for my industrial training.....
I'm also afraid to face for the environment for the work....it's not easy I think...

#start practice using english language.....my english very2 weak lol

Saturday, September 17, 2011

::My New Image::

Salam Syawal....ada lagi yang masih lagi dalam mood raya...."raya kan sebulan"
selamat beraya untuk yang masih beraya lagi di hujung minggu ni.

asmaq pun pegi beraya jugak semalam di rumah famili angkat kat semenyih...
tu je rumah yang paling dekat untuk asmaq kunjungi.
yang paling lucunya mama asmaq tak cam asmaq
sebelum ni pakai spek, tapi semalam asmaq pakai contact lens gituu...

my adopted family....ni gambar awal tahun bukan semalam punya

asmaq without spectacle and with contact lens

semalam tak ambik gambar dengan famili pun....minggu depan nak pi sana lagi. nak tak nak, kena pegi jugak sebab spect asmaq tertinggal lerr...
dan satu lagi asmaq pakai selendang baru...hik3....tudung hitam tertinggal kat rumah, so amaq belilah selendag. bukan gila kat selendang ye. tapi gila lah jugak.
tapi tersalah beli pulak. asmaq tak tau pakai selendang jenis atas tu, tu yang macam serabai sikit.




#biskut yang asmaq buat hari tu tak habis lagi upload.....sangat lembab nk mengupload gambornya

tabung untuk belajar ---->