Pages

Thanks my follower (^_^)


Monday, May 30, 2011

::FaceBook merajuk denganku sudah...::

Amin rajin gosok gigi,
gosok gigi lepas makan,
saya mau ucapkan selamat pagi,
pagi2 berblog sambil makan.

saya nak mengadu ni....nak mengadu pasal FB. FB ku udah merajuk donk....kenapa ya? kenapa?
mentang2 la asmaq ni dah kurang komen & like status orang, sekrang dia tak bagi terus asmaq like & komen. nak buat status sendiri pun tak boleh...nak hantar mesej kat inbox pun tak boleh....nak tengok gambar pun tak boleh...nak bukak chat lagi la tak boleh...tapi kalau conteng kat wall orang boleh pulak. ape ke hey nyerr???

hari ni dah masuk dua hari kot FB buat hal...hanya mampu melihat je aktiviti orang kat home tu. biasanya asmaq bukak FB untuk chatting & balas mesej kat inbox....tapi....tapi....sekarang betul2 merajuk ye kamu. harap2 tak de orang pergunakan FB ku ni. takut jugak den.....

waaaaa....bagus jugak FB ni jadi macam tu. boleh fokus study. fokus la sangat!!!!!
chaiyok....chaiyok....study lah asmaq!!!!!http://www.cute-smiley.com

Saturday, May 28, 2011

::Tension Berlipat Kali Ganda::

ya Allah.....setiap kali mengadap subjek HRP ni, hatiku sering menangis. subjek nya tak lah susah sangat. cuma cara pensyarah tu yang buatkan kami stress dan terasa subjek tu susah sangat2....pelajar yang baru masuk mula2 kelas kami, yang baru kenal kelas kami dulu pernah cakap..."pensyarah ok je, saya suka cara dia. bagus!"...nah! sekarang mereka baru rasa. masing2 dah rasa malas nak gi kelas dah sekarang ni, malas nak berdepan dengan dia. semua dah rasa ke'tension'an tu kan.

asmaq tak nafikan, cara dia memang bagus. memang patut la buat pelajar degree macam ni. dia pernah cakap.. "please la. you all student degree. cuba berlagak macam pelajar universiti"....saya dah cuba berlagak la, tapi tak boleh. asmaq boleh dikategorikan dalam pelajar yang manja juga. semua nak pensyarah yang bagi. betapa tensionnya nak mencari sendiri maklumat dan nota sendiri. hari2 asmaq duk mengadap subjek dia je, macam la asmaq ni tak de subjek lain untuk di'study'.

sem lepas rasa ok lagi cara dia ajar, tapi sem ni rasa stress berlipat kali ganda. setiap kali masuk kelas kami kena terangkan subjek yang akan kami belajar. dah la tak de buku rujukan yang spesifik untuk subjek tu. kalau kami salah bagi maklumat, tak de lah markahnya. dah la kelasnya dua hari dalam seminggu. kuiz pulak akan dibuat bila2 masa je. tiap2 hari la kami kena study subjek dia tu. sampaikan exam subjek lain pun asmaq tak boleh nak fokus sebab asyik duk fikir subjek dia je.

sekarang kami dah start buat projek dan akan dipantau setiap minggu. sampai sekarang asmaq tak jumpa lagi maklumat tu. padahal benda simple je, kena buat pengenalan je baru ambil masa seminggu, ni pun tak jumpa lagi. pelisss la asmaq....set your mind that you can do it. benda yang paling sukar adalah nak setkan maklumat dalam minda ni. kalau dah setkan benda tu susah, memang susah la cik asmaq oii.....

waaaa...tensionnn....aku tension!!!!!

::My GrandPa Miss Me?::

bebola mata ada dua,
tangan ada dua, 
telinga pun ada dua,
selamat bersua (~_0)

nothing to say. i just want to say that my grandfather miss me. ini realiti, bukan perasan. pagi tadi dia call, asmaq terletak panggilannya. bukan sengaja, tapi tengah mamai...hari ni terlajak tidur. teruk kan. pastu dia mesej la "as kenapa tak jawab panggilan tok"....jangan tak percaya atuk asmaq yang mesej tu. hehee

tak dapat nak balas derr mesej dia. tadi dia call lagi. dia tanya asmaq pegi tak perhimpunan hari belia tu. owh! kalau boleh nak je pegi kat situ, tapi asmaq tak suka la nak bersesak-sesak. kenapa asmaq cakap atuk asmaq rindukan asmaq??? sebab dia tercari-cari asmaq dalam berita pasal hari belia tu. kelakar la tuk ayah ni.... nampak sangat rindu kat cucu dia. dah lama asmaq tak jenguk tuk ayah kat kampung. miss u so much tuk ayah.

tambah lagi asmaq jarang terputus top pup. dah banyak hari fon ni tak de kredit. sebab tu lah tak leh nak call balik tuk ayah. tadi dia nak bagi top up dia. biasalah, kalau dia nak bagi tu dia memang nak cucu dia selalu call dia. kalau tak bagi pun, asmaq akan selalu call tuk ayah. al-maklumlah, cucu2 lain kecik lagi....cucu2 yang besar jugak la yang selalu ubatkan kerinduan tuk ayah tu kan.

don't worry grandpa....asmaq dah nak cuti dah tak lama lagi. nanti asmaq akan jenguk2 tuk ayah & tuk wan ye....miss u ollss!!!!

ni la tuk ayah asmaq....masih ensem dan kuat lagi

haa...yang pakai telekung tu tuk wan..yang lain tu abaikan (my sis, bro-inlaw & my nephew)

tuk wan asmaq awek muda kan. dia seorang yang garang sangat. dia suka layan cucu2 yang kecik je. tapi asmaq tak kisah pun. asalkan ada tuk ayah yang selalu menyebelahi kami bila kena marah. bukan marah, tapi dia suka bagi kerepek pedas. hahaaaa!

wah! tak sabor den nak cuti....esaimen banyak lagi tak siap...cam no ni asmaq.

Thursday, May 26, 2011

::Matlamat Asmaq::

shopping baju di hari-hari,
selamat tengah hari.

semalam terasa bertuah sangat dapat jumpa jutawan malaysia. asmaq pun tak tau la ramai ke tak yang kenal dia. tapi asmaq macam pernah dengar nama dia ni, Habin Faisal. semalam dia bagi motivasi secara percuma kepada kami. motivasi ringkas, tapi amat bermakna...bukan senang orang malaysia ni nak kongsi ilmu free2. sebelum ni asmaq join motivasi yang dihadiri ramai orang. tapi semalam tak sangka la pulak dia buat motivasi secara berkumpulan, sikit je orang. bangga sangat dapat jumpa dia. kalau setakat jumpa dalam dewan besar dengan peserta yang ramai, memang tak de la perasaan bangga ni. macam kita tengok artis dalam tv je la kan.

kalau nak cakap pasal perniagaan memang la kami ni lambat lagi kan nak gi ke arah tu. dia cuma mahu kongsi ilmu je supaya minda kami ni celik sikit. kalau nak berjaya tak semestinya jadi kaya raya kan. berjaya di sini adalah berjaya mencapai matlamat. setiap orang mesti ada matlamat...mesti ye...nak dapat dekan pun, itu dah dikira matlamat.

matlamat asmaq adalah nak bukak restoran yang unik, yang tak de lagi kat malaysia ni. restoran bertemakan zoo. asmaq akan capai jugak matlamat tu nanti...eh, silap! asmaq mesti bukak jugak restoran tu. nak bukak bisnes ni bukan senang....kena ada modal. asmaq dah memang ada perancangan untuk semua ni. lepas habis je belajar tahun depan, asmaq akan terus kerja. tak kira la kerja ape pun asalkan dapat jugak kumpul duit daripada tak de langsung.

ustaz habin kata, kalau nak berjaya kita mesti ada keyakinan dalam diri. mulut adalah aset utama. T+F+A=R (talk+feeling+Action=result). untuk mencpai matlamat kita mesti bercakap dengan orang, lepas tu kita akan rasa tindak balas daripada orang dan kemudian kita mula la bertindak untuk capai tujuan kita. itu la yang asmaq faham...entah la orang lain faham ke tak yang asmaq nak sampai kan.

urmmm....itu je kot nak cite pasal matlamat asmaq. tapi tak tau la asmaq akan berkecimpung dalam kerjaya ape esok lusa. ustaz habin tu orang yang ke 99 cakap asmaq jadi cikgu. dari sekolah menengah lagi orang cakap asmaq akan jadi cikgu. asmaq tak minat menjadi cikgu....tak minat dengan budak2, tapi minat mengajar. ustaz habin kata, apa yang kita tak minat tu la kita akan jadi. tak kisah la kalau jadi cikgu pun, asmaq tetap boleh bina restoran tu kan. heheee...

::Penantian Cuti::

pandu kereta biru yang ada sticker ikan,
pandu kereta untuk cari makan,
dah lama tak lepak kat blog ni kan,
sambil lepak bagi la blog makan,

lama rasanya tangan ini tidak meluahkan isi kandungan dalam otak ini. bukan tak de idea....banyak....cuma tak de mood nak menulis.

sekarang asmaq berada di zon tekanan...tekanan dengan esaimen, projek...result pulak nak keluar dah....exam tinggal 3 minggu lagi. ok la tu kan kalau ada perasaan tertekan, ada jugak usaha untuk belajar. tapi kalau tertekan lebih2 susah jugak. boleh makan diri. kalau tak de perasaan tertekan pun susah, sebab kita berada di zon selesa, zon yang tak de usaha untuk study kan. so, bersederhanalah dalam sesuatu perkara tu.

sejak akhir2 ni asmaq memang tak de perasaan...tak de mood....entahlah...fikiran ni asyik duk fikir kat rumah je. sebelum ni tak pernah pulak duk fikir2 cam ni. dalam tengah exam tu baru la excited nak balik rumah. sekarang ni, kalau boleh tiap2 hari nak balik.

itu lah orang kata, bila berjauhan barulah kita rasa siapa yang hargai kita. dan asmaq baru rasa, family banyak ambil berat tentang asmaq. bila asmaq balik, nampak riak wajah masing2, riak yang excited tengok asmaq balik. tiap kali asmaq balik rumah, mesti ada jamuan yang dibuat bersama-sama jiran. tak tau la diorang buat kebetulan atau dah memang dirancang. walaupun kebetulan, asmaq sangat terharu jugak. terasa macam kepulangan asmaq sentiasa disambut dengan gembiranya.

ayah pun dah macam ambil berat dah pasal puteri dia ni. senang banget. cuti ni memang dah banyak plan dalam kepala hotak ni. asmaq tak mau keje. tapi nak menghabiskan masa dengan berjalan-jalan. nak suruh duk diam2 kat rumah tu? sorry la.... 'bapak borek, anak rintik'...asmaq lagi suka jalan2 dari duk rumah.

dan cuti ni jugak kawan lama asmaq nak datang rumah dan bermalam kat rumah asmaq tu. asyikkkk! rindu sangat kat dia. dah lama kami tak jumpa. berubah sangat2 dia ni sekarang. kadang2 malu pulak asmaq dengan dia....huhuuu...harap2 dia jadi datang rumah asmaq cuti nanti.

I'll waiting for U, sahabatku!
http://www.cute-smiley.com

*macam tak de kene mengena pulak entri dengan tajuk ni....lantak ah!

Thursday, May 19, 2011

::Tetiba je Nak Merepek::

Sebelum mata terpejam setiap malam, perasaan takut dan bersalah sentiasa menyelubungi diri. aku lupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah swt, tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab sebagai pelajar.....semakin hari semakin lalai diri ini. padahal kematian itu bila2 masa sahaja akanku alami. 
"bekerjalah seperti anda akan hidup lama, dan beribadat lah seperti anda akan mati esok"
aku inginkan diriku yang dulu....aku inginkan kata2 daripada seseorang yang sentiasa mengingatkanku kepada Allah swt. 
sebelum tidur juga, aku berharap mataku akan kembali celik melihat dunia.

dan setiap pagi apabila mata terbuka, alhamdulillah....aku masih lagi bernafas untuk meneruskan hidup di dunia ini. masih lagi mampu untuk meneruskan impianku yang sangat tinggi. dan yang paling penting aku masih mampu lagi menyediakan bekalan untuk ke alam yang kekal abadi. tapi manusia diciptakan dengan perasaan lupa. lupa tujuan utama hidup. sebab itulah manusia perlu saling mengingati antara satu sama lain. semakin hari, semakin mencabar kehidupan ini. semakin hanyut dengan arus kemodenan di sekeliling. 

A month to go. ingat peperiksaan, ingatlah kepada pelajaran. baca...baca...dan sentiasalah membaca. itulah tugas seorang pelajar seperti aku. kadang-kadang kita inginkan masa itu cepat berlalu...tapi kadang-kadang kita mahukan masa itu bergerak lambat selambatnya...aku takut untuk mengahadapi exam kerana belum bersedia, tapi aku tak sabar nak menempuhi cuti yang panjang. dalam masa yang sama aku takut untuk tamatkan status pelajar...takut untuk menghadapi alam pekerjaan dan alam perkahwinan. semakin meningkat usia, semakin hebatlah cabaran yang akan diterima......

"ingatlah 5 perkara, sebelum 5 perkara"
ya Allah....panjangkanlah umurku untuk menyelesaikan hutang2 yang masih lagi bersisa. amalanku belum lagi cukup untuk ke "sana".

Wednesday, May 18, 2011

:: (^_^) ::

Salam Sore!
nak luahkan perasaan je rasa...
entah kenapa terasa stress sangat hari ni, sampai ponteng kelas sebab magrain...nak demam pun ada.
diriku memang dah tak kuat untuk masuk kelas HRP tu....

sem lepas pensyarah tu OK je mengajar kami. mungkin ni short sem, cara dia berbeza sikit. belajar kena ekspress, pemahaman kami pun kena ekspress.
dia dah cakap sebelum ni, dia tak nak kami stress bila belajar. but, asmaq sangat stress dengan cara dia sekarang. bagus tu bagus la jugak. dia tak mau kami malas sedikit pun. tapi......ah! rasa nak ponteng terus je kelas dia tu.....

dua tiga hari ni pulak ada jejaka tegur asmaq kat FB tu....haish! baru je reda dengan mesej2 sorang jejaka, datang pulak jejaka lain menegur. asmaq bukannya ape, cuma pelik sikit sebab orang yang tak pernah tegur kita, tetiba nak chat kat FB tu...tak selesa pulak rasanya.

asmaq layan jugak sebab kalau asmaq buka chat pun bukannya ramai yang tegur macam dulu dah...sebab tu lah chat tu sentiasa on...mana tau kot2 kawan asmaq ada hal ke nak cakap, tak perlu lah nak mesej2 lagi jimat kan.

tapi kalau orang lelaki asmaq layan acuh tak acuh je. bukan ape, cuma asmaq sekarang cuba menjaga batas2 pergaulan. selagi boleh ditepis, asmaq tepis. kalau tak penting, jangan duk layan. lagippun terngiang-ngiang jugak kata2 seseorang tu..."asmaq jangan cari orang lain tau"...maksudnya asmaq tak boleh terjatuh hati dengan sesapa...perasan la pulak rasanya....hohooooo

asmaq tak berharap sangat pun....kalau dah jodoh tak ke mana nya. selagi asmaq bergelar pelajar, i'll never fall in love....itulah syarat my parents. tyme belajar jangan duk menggedikz dengan manusia yang bernama lelaki. insyaallah....akan asmaq elakkan daripada semua itu. lagipun target kawen pun lambat lagi....dua tahun lagi....hahahaaa

*mereng betul otak ni

Tuesday, May 17, 2011

::Pabila Mood Menghilangkan Diri...::

Selamat Pagi!
alhamdulillah...asmaq masih bernafas lagi untuk membayar hutang kepada-Nya. semakin meningkat usia, semakin malas dan semakin lalai pulak....haish!

Hujung minggu lepas asmaq balik rumah. gediks betul la nak balik rumah, padahal ada esaimen kena buat. dah duduk rumah tu, kompem2 la malas nak bukak buku. tambah lagi kakak pertama asmaq balik jugak dengan baby barunya. itulah tujuan utama balik rumah, nak tengok baby baru.

baby baru (Nurin Nazifa) bersama kakaknya (Nurin Nasuha)

bila nak balik UKM je petang ahad tu, bas buat hal...rosak la pulak. terpaksa tunda ke malam. dah la malam tu bas KB sampai lambat. bas Gua Musang rosak, terpaksa la tumpang bas Kota Bharu. sampai kat UKM pun lambat la jugak. pukul 7 lebih sampai, pukul 8 pulak ada kelas. niat di hati nak ponteng je kelas tu sebab tak prepare untuk kelas tu. bukan tak prepare langsung, cuma tak prepare untuk memahami bab yang akan diajar. bila asmaq call ma, cakap tak sempat nak gi kelas, macam2 alasan asmaq bagi...ma terus putuskan talian. macam tak sedap hati pulak nak ponteng kelas. terpaksa la gerak ke kelas dengan langkah yang berat, mandi pun ak sempat. lantak lah!

masuk je kelas, jantung berdegup kencang. pensyarah masuk lambat lak. ramai la pulak yang tak datang hari tu sebab masalah dengan pendaftaran subjek. bila pensyarah masuk, asmaq mula cuak. macam biasa, dia suruh ceritakan apa yang kita faham. semua berebut keluar untuk cakap, kecuali asmaq dan sorang lagi kawan tak keluar. tak de la markah untuk hari tu. disebabkan asmaq tak mandi, asmaq rasa kurang selesa dengan diri sendiri, nak bercakap pun tak de mood. pensyarah pula macam marah je sebab semua yang keluar tu bagi jawapan yang salah. yang tak keluar? lagi la tak faham kot. bila dia tanya, asmaq bagi jawapan salah. lagi la marah pensyarah tu. maafkan asmaq doktor, di hari guru kami membuatkan doktor hilang mood.
tapi saya kagum dengan cara doktor, tetap sabar dengan kami dan suruh kami ulangkaji lebih lagi untuk faham tajuk tu. kelas hari tu ambik masa yang lama sebab penerangan dia yang panjang lebar.

lepas balik kelas, asmaq call ma balik. tapi dapat cakap dengan kakak je sebab ma asmaq tengah mengurut. sejak akhir2 ni kesihatan ma agak terganggu. ish! ni yang terasa nak balik rumah tiap2 minggu ni.

lepas je mandi, asmaq cuba belek balik pelajaran tadi. but I can't focus to that subject. tetiba rasa down sebab kurang bercakap dalam kelas itu hari. tambah lagi bila teringatkan mood pensyarah. biasanya lepas kelas dia, asmaq akan bersemangat je dengan kata2 nya, walaupun kadang2 terasa pedih. tapi kali ni asmaq kurang semangat. tambah lagi, dia ada sebut pasal result sem lepas. dia tak komen lebih2 pun, tapi rasa macam result asmaq kurang baik je. hilang terus mood fikirkan semua tu!

tengah hari sikit asmaq lelapkan mata. sedar2 je bila fon berbunyi, kawan asmaq hantar mesej tanya pergi kelas ke tak. alamak! lupa la pulak, asmaq ada satu lagi kelas. dah terlajak tidur nak buat maca mana. duk sekejap, ayah asmaq pulak mesej tanya sampai pukul berapa kat UKM. agak terkejut la jugak, terharu pun ada...ye lah, jarang sekali 'perdana menteri' tu tanya khabar puteri dia ni. ego dia sangat tinggi. kalau dia mesej tanya khabar je, air mata asmaq akan mengalir tetiba sebab susah sangat nak berkomunikasi dengan ayah. tanya khabar je pun dah cukup untuk buatkan hati ni rasa senang...gembira...thanks ayah!

hari tu jugak, laptop pulak buat hal, asyik mati je. takut jugak kalau rosak. disebabkan tak tau nak buat apa, asmaq ambik novel kawan yang tebal tu. sehari suntuk dan lebih asmaq ngadap novel je. asmaq bukannya minat sangat baca novel. tapi dah tak de mood nak buat benda lain, baca je lah. bila dah start baca tu, nak baca lagi sebab nak tau cerita seterusnya. sekarang baru separuh buku tu asmaq habis baca. kena ambik satu hari lagi untuk habiskan satu novel tu. parah...parah....
nasib baik doktor tu tak nak mengajar hari ni. kami cuma perlu pegi kelas kat PTSL untuk belajar cari jurnal. yang dah pandai cari jurnal macam asmaq ni (perasan) pun kena pegi jugak.

asmaq harap sangat, mood untuk belajar hari ni akan datang bertandang ke dalam diri ni. tapi pagi2 buta lagi telefon rumet asmaq berbunyi, kuat lak tuh. tak tau la tu bunyi calling atau dia kunci jam. kunci jam pukul 4? asmaq paling tak suka bunyi fon yang kuat dan lama di pagi buta. dan lagi tak suka kalau orang kunci jam pepagi buta tapi tak mau bangun. hilang lagi 10% mood asmaq. tetiba je rasa macam tak suka bila ada rumet. nak duk single roommm...huk3x

astaghfirullah....asmaq...kuatkan semangat. jadikan semua itu satu cabaran. berapa minggu je lagi dah nak final exam. short sem ni tak boleh malas2. semangat, asmaq...semangat!!!!

Wednesday, May 11, 2011

::Melancong Sendirian Boleh Tingkatkan Keyakinan::

Minum air di dalam gelas,
Gelas pulak diperbuat dari kaca,
Buangkan sifat malas,
Amalkan sikap sentiasa membaca (^_^)

dalam kelas hari ni, pensyarah asmaq bagi motivasi lagi.
bagaimana nak tingkatkan keyakinan diri kita...
berdasarkan hand-writing asmaq, dia kata asmaq kurang yakin sebab tulisan kecik.

tadi dia cakap pasal PERSONALIZE...kami kurang faham la kan maksud personalize u.
pastu dia tanya berani tak pergi melancong sorang2, makan sorang2, shopping sorang2?
semua tu kami cakap berani buat sorang2 kecuali ramai yang tak boleh pergi melancong sorang2...melancong ke luar negara.

haaaa...puan dokter tu kata, kalau kita pergi melancong sorang2, keyakinan diri kita tu lebih tinggi tau.
dan dari pengalamannya, orang yang pergi melancong sorang2 ni kan, pemikiran dia berbeza dan lebih luas.
so, katanya pergilah melancong sorag2...kalau tak boleh pergi luar negara, dalam negara pun jadi lah.

hehehe....asmaq pun dulu boleh dikatakan melancong sorang diri jugak dulu.
diusia masih muda, lepas SPM, asmaq terbang sorang2 ditemani 3 jejaka yang asmaq tidak kenali.
hairan jugak kan, parents asmaq main lepas je puteri dia. mereka pun tak kenal jejaka2 tersebut.

asmaq terbang ke mesir untuk jaga anak2 abang long sebab abang long nak gi Mekah dan kak long pulak exam. so, asmaq dihantar kesana untuk jadi baby sitter sambil melancong.
asmaq macam tak de perasaan terbang dengan jejaka2 tu, dah la lebih kurang 11 jam nak sampai mesir tu.
tapi abang long kenal mereka.

asmaq boleh dikatakan sendirian pergi sana sebab yang asmaq kenal abang long je. kak long tu asmaq tak berapa kenal sebab mereka kahwin kat mesir. bila asmaq sampai mesir, tiga hari kemudian abang long bertolak ke Mekah meninggalkan asmaq selama sebulan. duduk la dengan kakak ipar dan berkenalan la dengannya, sambil meneroka perangai anak buah asmaq. tyme tu mereka ada dua orang anak.

anak buah asmaq ketika di mesir....sekarang dah besar (Nuwairah & Nusaibah)

dan asmaq diperkenalkan dengan pelajar2 malaysia lain yang merupakan kawan kak long. kadang2 kami tidur rumah kawan kak long tu. lepas sebulan, lepas abang long balik baru asmaq dapat jalan jauh2 bersama kawan2 kak long. ada diantara mereka, asmaq baru kenal, terus ikut mereka balik gara2 nak berjalan keluar dari rumah abang long, keluar dari cairo. abang long lepaskan je, sebab abang long percayakan mereka2 semua.

pernah sekali, abang long lepaskan asmaq keluar berjalan sendirian tanpa ditemani. tyme tu asmaq nak gi tidur rumah kawan kak long, jauh la jugak dari rumah abang long tu. tapi kawan2 kak long yang lain ada tunggu kat tepi jalan. abang long bagi la kata2 semangat "kalau nak hidup, kita kena berani. kalau dah ditakdirkan kita mati tengah2 jalan, terimalah seadanya. berani, jangan jadi pengecut"....
so, asmaq keluar la sorang2 tanpa pedulikan orang2 arab disekeliling. bahasa arab dah la tak reti, bahasa inggeris pun tunggang langgang tyme tu. dah la ikut jalan paling jauh sebab asmaq masih samar2 lagi jalan2 kat situ. sambil berlari, sampai jugak tempat yang kawan2 tu tunggu. jauh bebb....

tyme birthday asmaq pulak, asmaq tidur rumah kawan2 kak long yang lain pulak. mereka buat kejutan. malam tu pulak asmaq kena jadi imam. tak pernah asmaq jadi imam, dah la ilmu agama kurang. tapi disebabkan kepercayaan mereka, asmaq jadi yakin untuk jadi imam.

kat sana mereka selalu buat satu perjumpaan ilmiah...untuk kongsi2 ilmu. so, asmaq selalu la join mereka walaupun kadang2 tak faham ape yang mereka cakap sebab asmaq tak pernah belajar bahasa arab. tapi best la kan....banyak ilmu agama yang asmaq dapat dari mereka. Syukran semua!!!

~ini dekat Alex....carpet Pooh yang asmaq pakai sekarang, beli kat sini la....cun~

ni carpet yang memberi seribu satu kenangan di Alex....I love Pooh


itu lah kan...memang betul kata puan dokter dalam kelas tadi. kalau kita melancog sorang2, kita boleh membentuk keyakinan diri. kita yakin untuk buat sesuatu, kita yakin untuk bergaul dengan orang baru, kita yakin untuk terima budaya baru, dan kita yakin untuk berdiri di tapak kaki sendiri....INSYAALLAH!
jika ada kemahuan, di situ akan ada jalan.

sekarang terasa hilang dah keyakinan tu. keyakinan boleh luntur ye. nak cakap dengan orang pun asmaq tak yakin. maybe kurang bergaul...haish! kena pergi melancong balik ni. hik3x

Tuesday, May 10, 2011

::Blog berat..seberat-beratnya::

Masak ikan dalam kuali,
Bersua kembali (^_^)

dah lama dah nak cakap pasal ni..tapi tak tertulis-tulis pun.
blog berat? berat macam mana tu ye?

manakah yang berat antara gajah dengan blog?

asmaq dulu tertanya-tanya cam ni la bila ada orang tegur blog asmaq ni berat.
asmaq tanya la dia balik... "berat macam mana?"
dia cakap berat dengan widget2 yang menggunakan flash...
asmaq tak ingat dah sape dah yang tegur tu....itu zaman dulu kala punya teguran.

dulu blog asmaq ni ada hiasan dengan daun maple dan bunga2 yang berterbangan...pastu kat tengah2, asmaq letak yang lip lap tu....lawa je tengok.
tapi asmaq tak boleh tatap blog sendiri lama2 tyme tu...tak sampai 3 minit, laptop terpadam.
bila buang semua tu baru la asmaq boleh lepak lama2 dalam hutan ni....menikmati kehijauan alam sambil melayan cerita2 entah ape2 kat pelayaran kehidupan ni....

terima kasih kepada yang menegur, rupanya laptop asmaq ni tak boleh tampung benda berat2, kejap dia terpadam la sendiri. al-maklumlah la...pakai laptop murah2 je....

ada jugak blog yang asmaq follow tu dia pakai widget2 tu....orang tu kata widget tu semua pakai flash, so lambat sikit la dia nak loading blog kita kan...
asmaq sendiri pun tak boleh nak masuk blog yang ada widget2 tu semua....boleh rosak dibuatnya laptop ni gara2 terpadam je.

nasihat saya, buang la widget2 tu semua kalau niat menulis blog tu untuk sharing some information kat orang. dan buang la lagu2 kat blog tu, bukan semua orang suka dengar lagu yang kita suka kan. kalau blog tu untuk peribadi je tak pe la jugak. ni asmaq cakap yang nak share information penting je ye!

tataaa~

Friday, May 6, 2011

::Mereka sukakan Asmaq::

entri asmaq kali ni sangat perasan...perasan sangat2.
jangan baca kalau anda mudah sangat untuk memuntahkan sisa2 makanan dalam perut tu.
kalau nak baca jugak, sediakan baldi. kang rosak komputer tu sebab terkena muntah....
http://www.cute-smiley.com

PERTAMA, daripada asmaq sekolah menengah lagi, ramai mak2 bapak2 sukakan perangai asmaq. perangai macam mana pun tak tau. dari pandangan mereka, asmaq adalah anak yang solehah dan baik pekerti.... terima kasih ye beranggapan macam tu. Asmaq ni tak suka duk rumah, tapi suka gi menyibuk di rumah orang. kalau mak asmaq nak keluar, asmaq mesti suruh ma hantar asmaq gi rumah kawan. disebabkan selalu asmaq gi rumah dia, mak dia  macam suka dengan asmaq. sampai satu tahap dia suruh kawan asmaq jadi macam asmaq. kawan asmaq tu gila2 sikit. mak dia selalu membeza-bezakan asmaq degan anak dia sendiri. tak selesa asmaq jadinya. urmmm....bila masuk form3 asmaq tak gi dah rumah dia, lost contact terus dengan familinya. tapi masih lagi berhubung dengan kawan tu (^_^)

KEDUA, seorang cikgu sukakan asmaq. jangan salah faham ye, dia seorang perempuan. kat sekolah, asmaq memang rapat dengan cikgu tu, terasa macam mak sendiri pulak. tapi tak la rapat sangat. dalam kelas biasa2 je dengan dia. tapi, asmaq dapat la berita dari jiran asmaq. bila dia ngajor kelas jiran asmaq, dia akan sebut2 nama asmaq...puji-puji lagi (tak payah cakap lah ape yang cikgu tu cakap, kang ada yang muntah darah pulak). tapi hidung asmaq tak kembang pun. sebab asmaq bukannya popular kat sekolah tu. diorang bukannya tahu asmaq ni sape kalau sebut nama pun. 

KETIGA, seorang mak nak menjodohkan asmaq dengan anak dia (ok, muntahlah sekarang). baru2 ni dia berterus terang yang dia suka dengan asmaq. sekali lagi jangan salah faham, dia itu adalah seorang ibu. dia nak jodohkan asmaq dengan anak lelaki dia. owh no! hotnya asmaq dikalangan ibu2 dan bapak2 ni....asmaq tak kenal pun anak lelaki dia, dan may be anak lelaki dia pun tak kenal asmaq.

dan ramai lagi ibu2 bapak2 terpikat dengan sifat asmaq (perasan kan). ada yang cakap, sejuk perut ibu asmaq mengandungkan asmaq. apa lah sangat yang ada kat diri asmaq ni, hanya insan biasa. masak pun tak reti. kalau mak2 bapak2 yang berkenan dengan asmaq, kanapa tak mereka je kawin dengan asmaq. kalau anak mereka kenal asmaq ni sape, mesti tak berkenan kan. asmaq kan sombong.....itulah perkataan yang selalu asmaq dengar dari lelaki. daripada penulisan blog pun orang boleh nilai siapa diri asmaq sebenarnya http://www.cute-smiley.com

akhir kata, asmaq memang HOT dikalangan ibu dan bapak2. jangan jeles beb....akan tiba masanya asmaq perlu membuat pilihan. ada dua tiga parents yang nak jadikan asmaq menantu. aduhai....kesian anak mereka. tapi, asmaq dah cakap awal2, asmaq tak nak fikir pasal benda ni semua walaupun perlu fikir jugak. i need focus to my study (sorry, my grammar very bad).

terima kasih kepada ma, ayah, abang2, kakak2 dan cikgu2 asmaq yang mendidik asmaq dan membentuk peribadi yang baik ni....baik ke...baik la kot sampai depa duk puji2 tuh. tapi dalam hati sape yang tahu kan. 


Thursday, May 5, 2011

::Netbook free satu Pembaziran::

Saya sukakan pantai,
bila entah boleh gi ke pantai,
Selamat bersantai :P

dah lama tak bagi makan blog ni sebab membusykan diri dengan benda lain...
bila tengok famili masing datang jemput untuk pulang minggu lepas, hati saya sangat jeles...tapi tetap bersyukur kakak saya datang menemani di kala saat2 itu...thanks my beloved sister (^_^)

kat atas tu intro je...malam ni nak luahkan pasal netbook yang kerajaan bagi free kat pelajar luar bandar. apakah pendapat anda??? adakah ia memberi banyak faedah???
tujuan PM kita bagi netbook free tu supaya pelajar luar bandar celik komputer....pandai guna komputer kan..


tapi bagi pendapat saya, sebenarnya ia banyak memberi impak yang negetif. 
penggunaan netbook di kalangan pelajar adalah tanpa kawalan kerana ia boleh digunakan di mana2 sahaja, termasuklah dalam tandas.
kat kawasan perumahan saya sendiri boleh lihat, pelajar2 bawak ke hulu ke ke hilir netbook tu....sebab ape? sebab mereka ketagih dengan game, nak tengok video dengan kawan2...yang paling teruk tengok video porno.
dan yang paling teruk giler2, ada pelajar jual netbook tu... bodohnya orang yang beli netbook tu. mereka tak berhak jual netbook tu tau. tapi disebabkan dia tak reti nak guna komputer, dia jual kat kawan dia. baginya duit lagi pentig daripada netbook tu.

mesti banyak kan modal yang kerajaan keluarkan untuk bagi netbook tu. sedih tak bila sesuatu pemberian kita tu disalahgunakan? betapa ruginya modal yang dikeluarkan tu...kenapakah duit itu tidak digunakan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat? masih ada lagi yang tengah sakit, daif...yang memerlukan duit untuk tanggung hidup.
dan kenapa tak bagi netbook free bagi pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke tahap tinggi? mereka semua lebih memerlukan daripada pelajar2 sekolah.

contohnya, seorang pengurus mengadakan latihan pekerja di luar kerja. apabila masuk kerja, pekerja tersebut tidak mengamalkan apa yang dia dapat masa latihan. ini dianggap usaha pengurus itu sia2 dan merugikan.
samalah juga dengan pemberian netbook ni...satu kerugian bila pelajar salahgunakan nikmat itu. adakah kita mahu melihat generasi akan datang rosak pemikirannya???

bagi saya, kalau untuk tujuan pelajar celik komputer, apa guna lab komputer di setiap sekolah? tak cukup ke? untuk hiasan je ke? bukankah lab komputer tu dah cukup untuk pelajar2 kenal komputer....???
 
haish! entah lah dunia, ape la akan jadi di masa hadapan...saya hanya seorang pelajar yang lemah. tak mampu nak komen lebih2. diri sendiri pun kurang maju lagi..mata pun kurang jelas apa yang sedang berlaku.
kadag2 rasa dunia ni dah nak hancur....hancur disebabkan tindakan mausia itu sendiri....

tabung untuk belajar ---->