Pages

Thanks my follower (^_^)

Monday, April 25, 2011

::Dua hari melenyapkan diri::

suspen tak tajuk hari ni....kalau tak suspen, buat2 suspen je la...
2 hari samaq telah melenyapkan diri dari UKM...
tanpa pengetahuan sape2 pulak tu....
tapi asmaq dah bagi tau kat kawan yang jumpa asmaq hari tu...

terasa macam 'diculik' je....
famili angkat asmaq tetiba nak datang ambik malam semalam.
disebabkan asmaq dah lama sangat tak jumpa mereka, asmaq ikut je la dan terpaksa cancelkan perbincangan dengan budak hebat tu...maaf jugak kepada ladida terpaksa tinggalkan anda sorang2 di PaTSeL.
mereka kata nak pinjam diri saya ni satu hari je, tapi disebabkan masing2 penat tak sanggup pulak nak suruh depa anta malam tu jugak....dengan sehelai sepinggannya saya menginap di rumah kak yong.

but i'm happy with them...al-maklumlah dah lama tak jumpa macam2 cerita mak asmaq tu nak cakap. dan asmaq pun macam2 nak citer kat sini pasal peristiwa 2 hari tu...
panjang citernya...lain kali je lah den cito...

hari ni kena berdiskusi balik dengan budak hebat tu...tapi perut pulak buat hal...
dah berapa kali asmaq masuk tandas hari ni, tak larat den....
takkan nak calcelkan lagi kot diskusi tu...lusa dah nak exam....

urghh...nak nak gi masuk tandas lagi....we will be continue..insyaAllah 

Saturday, April 23, 2011

::Kau ajar aku, Aku ajar kau, Boleh???::

Suara kamu sangat lantang...Selamat petang (^_^)

kat luar dah stat hujan...hujan tu bagaikan merasai perasaan asmaq sekarang...
bukan sedih...cuma stress...nak nangis rasanya sebab baca buku dari tadi lagi, tapi pahamnya sikit je. gap exam panjang, tapi asmaq kena habiskan baca hari ni jugak sebab esok nak kena ajar oarang. eh, macam pandai pulak nak ajar orang....dia yang kena ajar asmaq laa...

pak, tolong ajarin ini subjek. saya nggak reti nih

nak cakap pasal mengajar kawan ni kan...selalu je kalau kita suruh kawan kita ajarkan sesuatu subjek tu, dia akan tolak sebab tak pandai katanya...betul tak???
hello kawan, takkan tak pandai langsung kot.
asmaq pun tak pandai jugak nak mengajar orang ni kan...tambah lagi nak suruh ajar subjek yang asmaq tak suka.
kita jangan tolak bila orang suruh ajar tu. kalau tolak kang, orang kata kedekut ilmu plak.. so, ambil lah kesempatan dari kawan kita tu (macam jahat je bunyi ayat tu), kita jadikan macam perbincangan, dia ajar kita, kita ajar dia. asmaq sangat seronok kalau ada orang nak belajar sama2. tengok lah esok....dia yang akan ajar asmaq, sebab dia lebih pandai.

sebab ape asmaq kata dia pandai? sebab dalam kelas dia selalu dapat jawab soalan pensyarah dan sem lepas dia dapat dekan. sangat rendah diri bila budak dekan nak suruh kita ajar dia (walaupun asmaq lebih tinggi dari dia), dia dah cukup pandai pandai daripada asmaq. tapi asmaq dah cakap awal2 kat dia, asmaq tak reti nak mengajar, kalau nak buat perbincangan tu boleh je.
mana tau kan aura dekan dia tu menyerap kedalam diri asmaq sem ni (perasan).

bubyeee....nak gi mandi hujan boleh tak....beshnya!!!http://www.cute-smiley.com

Friday, April 22, 2011

::Kenapa berblog? tak de koje?::

bangun..bangun....tak baik tidur lepas subuh..rezeki laghi kang...
SELAMAT PAGI semua !!!!!


Jika dulu, fesbuk jadi keutamaan asmaq, tapi sekarang dah beralih kepada blog.
ada jugak yang perasan asmaq ni duk post hari-hari kat blog ni, macam tak dok koje lak kan...dah la musim2 exam...
you know why??? kenapa ramai yang berblog??? masing2 ada alasan tersendiri kan...
dah setahun lebih asmaq berkecimpung dalam bidang ni...tapi baru2 ni baru asmaq betul2 serius...
dulu, blog ni sekadar tempat luahan perasan, bila marah je terus post, bila sedih pun tersu post....sekarang asmaq dah cuba buat entri yang lebih kepada cerita...secara keseluruhannya pasal diri asmaq.

antara sebab berblog:-

(1) asmaq duk bilik single, sangat kesunyian. tambah lagi asmaq ni tak suka bergayut kat fon. cakap dengan family pun berapa minit je. dan asmaq tak pandai nak bersosial dengan orang. masuk kelas tanpa ucap 'hi' @ bagi salam, terus duduk...habis kelas terus keluar tanpa pedulikan orang (sombong kan)...dan asmaq tak de tempat untuk bercerita. nak buat buku cerita kanak2 pun belum tentu bebudak nak baca. untuk luahkan perasaan, asmaq akan chat dengan kakak & kawan rapat asmaq. tapi nak bercerita, rasa macam tak de orang nak dengar je. so, asmaq jadikan lah blog ni tempat bercerita...citer pasal rusa dan buaya....

(2) masing2 ada hobi kan?? hobi ni kita jalankan tyme kita free atau tempat lepaskan tension. jika dulu, hobi asmaq melukis. tyme boring asmaq akan melukis, tyme stress pun asmaq akan melukis. itu dulu, sekarang dah tak reti nak melukis. blog ni dah jadi macam hobi asmaq. ada waktu lapang je asmaq lepak2 kat sini, bercerita kat sini, layan blues pun kat sini. tempat syok sendiri pun kat sini jugak...

(3) disebabkan asmaq ni kurang bersosial, komunikasi pun kurang. dalam seminggu tu boleh kira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut ni...saya seorang pendiam, tapi kalau dengan orang yang sebati jiwa dengan saya, macam 'bertih jagung' je mulut ni (bertih jagung tu ape maksud dia??? hentam je la labi). bila nak bercakap dengan kawan kan, terasa berbelit-belit lidah ni sebab jarang komunikasi. so, asmaq buat alternatif untuk selalu berkomunikasi dengan blog. bukan tulis dengan tangan je, mulut pun duk pot pet sekali.

(4) menulis kat blog ni juga dapat approve our writing & tambahkan pengetahuan...bab2 nak tulis esei ni, ayat asmaq mesti tunggang langgang. pensyarah pun susah nak faham.dan dengan menulis blog ni, terasa minda ni terbuka sikit...ececee..sebab kalau ada perkataan atau fakta yang kurang pasti, asmaq akan search google je. kecuali yang pasal peribahasa & simpulan bahasa tu, asmaq hentam je...heheeeee

(5) akhir sekali, abaout nuffnang. tau tak ape benda nuff ni? sebagai seorang student sepenuh masa, mesti susah nak buat part time job kan. kita dah la perlukan duit banyak untuk tampung pelajaran. nak harapkan pinjaman/biasiswa, tak cukup kalau orang macam asmaq ni (bukan boros, tapi tak tau melayang ke mana duit tu...ahakksss). nak harap kan duit parents? kena temuduga dula la jawabnya baru masyuukkk... ape yang saya tengok dah ramai student berblog untuk dapatkan pendapatan. saya pun nak jugak rasa macam mana perasaan orang yang dah dapat earning dari nuff tu....rasa tak sia2 kan berblog ni. tapi agak susah jugak sebenarnya nak dapat earning ni kalau tak de peminat kan. tak pe asmaq, nuff bagi sikit2 tu pun dah jadi. saya tak kejar sangat peminat dan follower. u follow i, i follow u. tapi asmaq sangat menyampah kalau orang suruh follow dia, tapi dia tak follow pun kita. asmaq akan sukarela follow orang jika dia menulis pasal pengalaman atau yang berilmiah. kalau baca oarng yang tengah citer pengalaman dia ni kan, terasa macam kita pun tengah merasai pengalaman itu jugak.

akhir kata, jangan abaikan pelajaran. ingat asmaq ni 24 jam ke ngadap benda alah ni? 24 jam ke kita baca buku? mesti ada waktu nak restkan minda kejap kan....daripada main game, baik den layan blog.


setakat ini sahaja citer rusa dan buaya asmaq hari ni. tak kesah la korang nak cakap ape pun. yang penting asmaq tak gila duk sorang2 ni. saya tak mau tinggal kat tanjung rambutan. kalau makan rambutan best la jugak...


TERIMA KASIH SUDI BERSAMAhttp://www.cute-smiley.com

::Butanya manusia, Bodohnya kita::

merenung sejenak...apa yang berlaku di sekeliling kita?
kenapa saya cakap manusia buta???
marilah kita melancong skejap --> KLIK
kita luangkan masa di situ. buka minda, celikkan hati 

marilah sama2 kita baca entri itu...penting untuk semua manusia...tak kira lah daripada bangsa mana, agama mana...asalkan bergelar manusia....

entri dia panjang sikit...asmaq dah sejam habiskan masa kat situ, sekarang ni pun tak habis lagi....
dah macam2 gaya duduk sambil baca  benda tu....
sampai pertengahan je, hati rasa berdebar, cuak, takut.....macam2 lah...
baca ayat dia sikit, pastu asmaq tarik nafas...baca sikit tarik nafas lagi sebab nak tenangkan hati ini....

Bodohnya asmaq ni, pasal makanan tu pun asmaq buat tak kisah. hentam je ape yang ada, asalkan halal. tapi disebaliknya???? bacalah sendiri.... asmaq nak gi lepak lagi kat web tu....nak tau jugak, dengan sape penulis tu borak....menakutkan betul lah....
Sharing is caring (^_^)

Thursday, April 21, 2011

::HARAM dipegang, HARAM jugak untuk dimakan::

hari ini hari jumaat,
penghulu segala hari,
saya cuma nak ucap salam jumaat,
bila nampak hantu jangan lari.

jual pantun lagi....mai la beli...mahal! mahal! mahal!

OK, tak mau intro lebih2. asmaq nak cakap pasal babi...semua kenal kan??? orang islam diharamkan menyentuh babi, apatah lagi kalau nak makan....kena sisa dia sikit pun dah tak boleh makan.
setiap yang dilarang pasti ada hikmahnya kan? dulu asmaq duk pikir jugak kenapa...mak kawan asmaq ada jugak cakap, binatang tu diharamkan sebab ada bakteria dalam badan dia...
tapi asmaq tak puas hati dengan jawapan dia...cari punya cari, akhirnya asmaq jumpa juga sebab musabab dia --> KLIK SINI

setiap kali terjumpa binatang ni kat UKM ni, memang binatang tu akan selongkar sampah...buat parti bersama puak2 dia...tapi bianatang ni jarang datang kolej asmaq...



berita gumbira: kakak asmaq dah selamat lahirkan baby girl...alhamdulillah....
(lepas ni akan biasakan diri ini dengan ASMAQ pulak...kembali ke asal)

::Malu tahap kucing::

selamat petang...
balik exam terus update blog kan...eh, solat dulu laaa...
lepas solat..terus ngadap laptop......
tak boleh simpan lama2 dalam otak ni...nak citer jugak...kalau simpan kang berkulat pulak...
blog la teman saya untuk mendengar luahan hati ini...cayang blog lebih2 :>

tadi kan..kan...sebelum gi exam kan...macam biasa la kan...kalau dah bukak tenet, saya akan tanya kabar blog saya dulu dah makan ke belummm...
pastu gi melawat blog orang...blog Abang pemalu yang menarik perhatian saya sebab dia update pasal segmen semalam....walaupun saya dah tau, saya ni kompem2 akan direject dari segmen tu...tapi hati ni terdetik jugak nak cek, sebab nak tengok la jugak kan kekreatifan blogger wat segmen tu....

tapi bila dah cek tu, tak jadi nak gi melawat blog orang lain....tergelak besar dibuatnya..terus hilang segala guruh gemuruh dan kilat yang sedang menyabung diri ini tyme tu sebab berapa jam je lagi nak exam (terima kasih..hilang nebes jap)....
tyme tu jugak rasa nak menyorok bawah katil je...tapi tak muat (bukan gemuk, tapi katil ni rendah sangat)...blushing blushing...sekarang saya pulak yang malu...lepas ni kena letak gambar macam dia lah (gambar pandang kat lain)...malu-malu kucing gituu...

nak tau sebab ape?? sebab dia letak link saya pasal segmen semalam (tengok sini) tapi tak boleh bukak pun link tu...tapi tetap rasa malu sekejap.....sekejap je...bukannya orang kenal saya ni sapa kan....dan bukannya saya buat salah besar....kata buat segmen suka-suka kan...saya join pun suka-suka la...hentam kromo je...

lain kali kalau nak join segmen tu, baca betul2 arahan tu cik asmaq oii...ni idok, confident je buat....saya perasan saya menyimpang sebab lepas siap publish post tu....saya jenjalan la kat blog orang yang join segmen tu..heran jugak kenapa mereka guna gambar yang sama...then, saya baca balik arahan dia...heheeee....kalau dalam exam ni tak baca arahan betul2 memang kompem2 fail...

walaupun tersingkir awal2 lagi dari segmen tu (sampai tarik beg macam pelajar AF tersingkir), saya dapat award jugak...award istimewa....award la jugak tu kan.....thanks abang pemalu...eh! lupa..sekarang ni saya yang pemalu....http://www.cute-smiley.com

hari ni dia hidangkan segmen lagi (segmen sketsa)...macam best je...tapi tak boleh join laa...saya perlu makan ayat2 HR dulu, esok ada exam lagi....


tadi asmaq dapat berita daripada famili, kakak asmaq masuk hospital sudah...tapi tak tau la dah bersalin ke belum...tak sabar rasanya nak dengar berita seterusnya dari famili...semoga kakak dan bayi dalam kandungan selamat dan diberi kesihatan yang baik (tetiba je biasakan diri dengan nama pulak, apa kes???)

Wednesday, April 20, 2011

::SEGMEN DIALOG BLOGGER BERSAMA PEMBAWA WACANA::

burppp...perut kenyang diisi dengan segmen Abang Pemalu (sebab dia letak gambar pandang kat lain)
sedap kan menu petang saya....
jom jom sape nak menjamu selera sama-sama --> Klik Sini
kenapa setiap kali nak join segmen, kena letak header tuan punya segmen? 

terpaksa besarkan tahap gajah sebab nak bagi nampak tulisan...malas dah nak edit balik...
gambar ni kenangan masa hari raya ke-2 tahun lepas.
tyme ni adalah majlis perhimpunan keturunan Omar Sa'adiah

kepada pelakon2 dalam gambar tu, jangan marah...suka-suki je (^_^)

Tuesday, April 19, 2011

::Cafe Bohan dan Polisterin terbakar::

selamat pagi semua....ini bukan baru bangun pagi tau....
saya bangun dari subuh lagi (budak baik kan)....lepas subuh baca la HR kejap...
tapi dapat masukkan input sikit je....banyak sangat kot ilmu kat dalam otak saya ni...
apa lagi...saya nak keluarkan ilmu tu sikit kat sini...ilmu ke???

saya nak cakap pasal cafe Bohan...ni cafe kat kolej saya....
bukan saya nak buat ketupat hangit....saya cuma nak bakar satay kajang je....lagipun raya lambat lagi nak buat ketupat ketupat ni (merapu habis)http://www.cute-smiley.com

pasal cafe ni kan, memang tak ramai peminat...saya pun tak suka kat cafe ni, dari tahun satu lagi..
setiap kali gi beli makanan kat situ, mesti saya akan komen tak sedap la..mahal la..ada something dalam makanan la (tapi terpaksa beli jugak sebab lapor)
 akhir tahun satu saya tahun lepas, pejabat keluarkan la borang untuk komen pasal cafe ni...memang ramai la komen buruk-buruk...ingatkan dia buat kaji selidik tu sebab nak tukar tender cafe tu...ghupenya macam tin kosong je kaji selidik tu (main hentam je guna simpulan bahasa).

tapi tahun ni ada perubahan sikit dari segi masakan dia..OK laaa, daripada tak boleh telan makanan dia tu, sekarang dah boleh telan sikit2..harga pun naik sikit...hampeh tol!
saya jarang beli masakan siang hari, saya akan beli masakan panas dan bungkus.....yang selalu saya order nasi goreng pataya je...tak berani nak cuba masakan mereka yang lain....itu je yang saya boleh telan...

tapi setiap kali saya beli untuk bungkus, polisterin dia terbakar sikit, mungkin kena kuali....bukan sekali tau, selalu je...kalau polisterin biasa pun, bahan kimia stirena boleh diserap oleh makanan, apatah lagi kalau polisterin tu terbakar sikit...

polisterin ni bukan bahaya kat alam sekitar je, malah boleh mendatangkan kanser jugak...stirena ni merupakan mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan getenik yang berupaya merosakkan sistem pembiakan (ada gaya macam saintis tak...SUMBER).....stirena ni juga boleh menyebabkan gangguan haid, sebab dia dapat mengurangkan sel darah merah.

hari tu UKM ada buat contest untuk mengurangkan penggunaan polisterin ni..

Banner contest snap & win....contest ni dah ditamatkan...harap maklum!

lepas contest ni berlangsung, saya tengok ramai yang guna tupperware sendiri bila nak tapau makanan (pensyarah saya kata kalau lebih dua orang tu ramai la...so, kalau kita ada follower lebih dari dua orang tu dah kira ramai la kan)...tapi yang ramai tu chinese je, kaum lain tak de kesedaran ke (termasuk saya)??  saya tak de tupperware la, tupperware hilang sebab kena ambik kat monyet (serius)....

tapi saya dah jarang pakai polisterin, saya pakai plastik sebab saya akan beli lauk pauk je kat cafe kolej sebelah....dah merajuk dengan cafe kolej sendiri...dan nasi saya masak sendiri...boleh la jimat sikit sebab beras tu di sponsor oleh MaYah (ma & ayah saya lorr)....saya sanggup jalan beribu batu jauhnya untuk beli makanan dan saya sanggup ikat perut (asalkan ada roti)....saya tak mau beli kat cafe sendiri dah (akan beli jugak kalau terdesak)...harap2 tahun ni dia tukar tender tu....

tapi senior saya ada cakap "kalau tukar tender baru pun, kita tak tau kan tender baru tu OK ke tak...may be tender baru tu akan lebih teruk dari tender sekarang"...akak, belum cuba belum tau...kalau tender baru teruk, kita boikot balik...do I care????

kepada pembaca2 semua marilah kita selamatkan bumi kita ni dan jauhkan diri dari penyakit berbahaya...
SAY NO TO POLYSTYRENE!!! kita akan menangis bila kepanasan dan hampir terbakar...begitulah juga bumi yang sedang kepanasan sekarang...cuaca panas sebab siapa? nak salahkan siapa? tampar pipi, tanya lah minda yang bijak tu....
Bunny ni dibuat dari polisterin...cutenyerrr




*dah ada lompang dah kot sikit memori saya ni, nak masukkan ilmu HR pulak....
esok, lusa, tulat, tulen, tolong ada exam lagi (x_x)
http://www.cute-smiley.com SELAMAT MEMBACA SEMUA! MEMBACA ADALAH AMALAN YANG MULIA!!!

::Familiku, Famili mereka dan Tarikhmu::

assalamualaikum pembuka bicara,
salam dihulur kepada semua saudaraku,
inginku memulakan bicara,
bicara tentang famili mereka & pengiraanku,

saya jual pantun tu dengan harga RM1 juta...ada orang nak beli???

jika dulu otak kiriku aktif bermain dengan formula...
jika dulu otak kiriku gembira bermain dengan nombor...
tapi kini otak kiriku lemah gemalai ditinggalkan oleh formula....
tapi kini otak kiriku juga tertekan melihat nombor...
wahai tuan punya otak kiriku...
bagilah sedikit bius kepada otak kiriku...
kembalikan keaktifan itu supaya otak kiriku gembira kembali bersama nombor.

nah! sajak yang paling best di abad ini...yang ni tak boleh jual...

hari ni saya nak bermain-main dengan nombor supaya otak kiri ni  cerdas seperti dulu.....
kita main-main dengan nombor 19.14.2011 lah ye...
itu adalah tarikh hari ni ye....ada yang lupa tu tarikh ape....

saya nak bercerita sambil mengira...dengar baik2 ye anak-anak....

=> saya baru melepasi paper yang ke-3 dalam exam hari ni...ada 3 papers lagi yang sedang menanti...my niece dah berumur 3 tahun tau (3+3+3=9)
=> my niece tu adalah satu-satunya anak saudara lelakiku....1 je heroku..huk3x
=> saya ada adik beradik 8 orang...parents ada 2 je...ma dan ayah (8/2=4)
=> jika dicampurkan semua family saya...parents+siblings+anak2+ipar2....semua adalah 19 orang...insyaallah akan hadir lagi sorang hujung bulan ni...kiranya 20 la kan termasuk baby dalam kandungan kakakku tu...
=> satu-satunya adik saya tu dah berumur 14 tahun...anak sedara saya kat KB tu plak dah 2 tahun lebih umornya...sungguh pantas bumi berputar...(14-2=11)

nak dijadikan ceghita, once upon a time, Satu (1) berkahwin la dengan Nine (9)....setahun kemudiam mereka dapat anak kembar iaitu Dua (2) dan Zero (0)....dua tahun kemudian mereka dapat lagi anak kembar, Wahid (1) dan Wan (1)....empat beradik tu semua lelaki tau...disebabkan si ibu tu nak sangat anak perempuan....si bapa pergi la ambik anak yatim perempuan sorang kat rumah anak2 yatim, dan namakan dia sebagai 'Arbaah (4).
setiap kali hari raya menjelang, mereka takkan lepaskan bergambar bersama sebagai kenangan..

gambar candid mereka masa hari raya tahun bila entah.....
~Family 19.4.2011~
Tamat sudah kisah mereka http://www.cute-smiley.com
secara kesimpulannya, sebenaunya nak cakap hari ni my little prince, Muhammad Al-Hafiy genap 3 tahun sudah umornya....
acik Ah doakan semoga Hafiy membesar dengan baik dan menjadi mujahid yang soleh....
nanti besar tu jangan lupa baca kisah kat atas tu...penat tau cik Ah lukis...

~Selamat Hari Lahir Hafiy~




### exam PKK tadi dapat jawab teori je...otak kiriku tetiba blurr bila bebola mata tertumpu kepada nombor ###
http://www.cute-smiley.com

Monday, April 18, 2011

::Sangat manthop Kutukan kau::

OK, dah jumpa blog gurl tu......KLIK SINI
walaupun dia cakap tak semua, tapi jangan la bodoh sangat letak tajuk macam tu....
memang la akan menyentuh sesitiviti orang kelantan...
letak la tajuk "kawan2 aku tak beradab ke".....
saya tak mau komen panjag2 sebab saya dah komen kat post sebelum ni
dan kata last dia tu memang tuju kat semua orang kelantan....

jap...jap..jap...
saya nak komen sikit lagiii..
untuk pengetahuan anda...memang majoriti orang kelantan berpuak-puakan...
saya pun tak tau kenapa...mungkin senang untuk berkomunikasi...
pensyarah saya pun ada cakap tahun lepas.."saya sering perhatikan rakyat kelantan kat UKM ni...dan kebanyakan mereka mempunyai ikatan silaturrahim yang kuat....kalau mereka diberi pilihan untuk bersama dengan orang mane, mereka akan pilih kawan yang satu negeri dengan mereka, iaitu dari kelantan.."

itu memang betul...majoriti memang macam tu...adakah itu dianggap tidak beradab?
saya pun selesa bila berada bersama dengan kawan dari kelantan...rasa macam adik beradik kita je....
kalau orang luar dengar slang kami, memang dengar macam kasar....(kalau tak faham jangan komen)...
paham ke ape yang kami cakap tu, sampai kata kami ni guna perkataan kasar....itulah bahasa ibunda kami....

THE END, orang kuno nak sambung study....sep2 kitow wat cool jah deh!
tok soh caro la gapo hok oghe kato, kitow jange jadi bodow duk 'ngatow lagu tu!
kitow laye jah lagu anok 'tupa...dok pung lagu ewa buley...lagi sedak ^^

::Jangan Nilai Personaliti Orang Berdasarkan Negeri::

hati ku begitu panas bila ada orang menghina orang kelantan....
fokusku tiba-tiba bukak langkah seribu untuk lari dari diri ini....
tadi blogger2 heboh duk katakan pasal perempuan yang menghina orang kelantan melalui penulisan kat blog dia....nama blog pun dah gedikz....tangan aku pun gedikz, saper suruh cek blog sebelum study...kang dah lari fokus tu

saya tak tahu la dia hina ape... tajuk dia 'benarkah anak muda perempuan kelantan xde adab?'..
saya sempat baca intro je....tak sempat baca isi sebab dia dah terlebih dahulu delete kot....sampai blog dia pun dah tak de...kenapa delete? takut ye?
ingatlah...kata-kata lebih tajam daripada pedang....terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya...tapi terlajak mengina di blog masih boleh delete....
jangan main cara kasar la ye....dan jangan nak cari populariti murahan macam tu...kalau kau tak delete kompem traffic kau naik tinggi malam ni kan.....

saya sedar, sering kali orang pandang hina orang kelantan? kenapa? ada kajian ke yang menunjukkan orang kelantan ni paling teruk perangai nya?
matang la sikit wahai manusia, saya tak pernah pulak dengar orang buat kajian personaliti berdasarkan negeri.
mungkin kami orang kelantan dipandang sebegitu sebab kebanyakan orang yang dia jumpa tu tak bermoral...mungkin....dan mungkin dia benci kami sebab hanya seorang sahaja orang kelantan yang buat jahat kat dia...inilah dikatakan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga....lagipun rakyat kelantan ni ramai dan bersepah kat seluruh negara....so, nak tak nak akan jumpa jugak orang kelantan kan.....
kawan saya kat matrik dulu pernah kutuk orang kelantan kat facebook sebab pak we dia yang asal dari kelantan tu telah main2kan dia....dari situ dia anggap semua orang kelantan sama....lepas tu ape lagi, saya block terus dia dari facebook tu (walaupun kawan sendiri)..
habis? orang negeri lain ni berperangai elok ke?

cergaskan badan dan cerdaskan minda anda ye....rasa garam mungkin sama, tapi ragam manusia tak sama...
semua manusia berbeza perangainya tak kira di mana mereka berasal....
kalau nak kata kami orang kelantan bodoh, kenapa saya diterima masuk ke universiti?
jangan gaduh2 ye...bersatulah kita sebagai saudara seislam...
kalau ada yang silap, salinglah nasihat-menasihati....
semoga perempuan tu dah sedar dengan kegedikan dia yang menghina orang kelantan tu....
cermin diri dulu sebelum mengata orang
mengata dulang serpih, mengata orang, dia yang lebih (eh, betul ke peribahasa ni)
sep kitow, gi manow2 jange 'pecoh....buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali...sayang lah negeri kita...jagalah tingkah laku kita



selamat bermuhasabah diri la ye semua....
saya mau kejar fokus yang lari tadi
fokus ku sayang...tunggu...!!!
jangan lari...exam tak habis lagi =,=

::Dukun Popular akan Bertunang dengan Bakal Doktor::

selingan untuk hari ni, sebelum study PKK..
Dukun akan bertunang dengan bakal doktor laaa...
mesti peminat2 incik dukun ni frust menonggeng kan....lagi frust bila dia nak berhenti berlakon...
sape dukun yang saya maksudkan??? ce teka...ce teka....
http://www.cute-smiley.com
jeng...jeng...jeng...

dukun Asyraf Muslim laa...bang, pinjam gambor sat naa
(tetiba je panggil abang....hakkksss)

sape tak kenal artis ni kan...artis popular tu....saya kenal pun sebab dia popular dan mase tengok wayang 'aku masih dara'
tahun lepas, roomate saya selalu duk sebut nama dia....dalam hati tyme tu duk bisik laki mane la yang duk teruja sangat depa2 ni
ghupenya jejaka hensem ni lorhhhh

nah! sekali dia nak bertunang daaaa...ape perasaan anda???
jangan frust sampai nunggeng nyo plak (maksudnya, frust sampai menonggeng kelapa).....tonggeng kelapa takpe, dapat jugak minum air...kalau tonggeng motor, minum darah la jawabnya.....think positive OK.
lagi pun dia suka cik bakal dokter tu sebab baik hati, solehah dan yang penting suka bagi nasihat...bukan memuji (kadang2 pujian ni boleh menjatuhkan iman seseorang tau)

untuk abang asyraf (eh, abang lagi)...tahniah saya ucapkan
semoga dipermudahkan segala perjalanan urusan pertunangan Incik Asyraf .

syoknya kawin...saya pun nak kawin jugak

THE END, jom study...esok exam (^_^)>




Saturday, April 16, 2011

::Cikgu Syida Masuk Paper::

Cikgu Syida ni cikgu sape??? saya tak pernah ada cikgu yang bernama cikgu syida.....tapi saya suka cikgu ni...eh, kalau tak pernah ada cikgu bernama syida macam mana saya boleh suka?? tak kenal, maka tak suka........kome-kome kenal tak sape Cikgu Syida ni....???? haaa... kalau tak kenal memang rugi laa....
saya kenal cikgu ni masa kawan saya selalu duk tengok youtube lagu berpacaran tahun lepas
mula2 buat dek je la....dah dia hari2 duk tengok video cikgu syida, rasa macam nak tengok jugak
ingatkan cikgu syida guna dua tiga orang dalam video tu, ghupenya cikgu sorang je...sangat manthop!!!
sekali tengok nak tengok lagi tau....hahaaa
suka tengok mimik muka dia....secara otomatik saya suka lagu berpacaran tu
lagu berpacaran dah memang ramai yang suka.... adakah sebab cikgu syida???
saya suka lagu tu lepas tengok video cikgu syida laaaa.....
http://www.cute-smiley.com
sekarang dia dah mempunyai ramai peminat woooo
dari karier cikgu terus dia melonjak jadi artis popular.....cayalah! tahniah cikgu!
ape2 pun dia tetap akan menabur baktinya kepada anak bangsa kita
saya harap lepas ni cikgu buat la video baru lagi...yang boleh bagi pengajaran kat budak2 sekarang...
tapi lagu berpacaran tu memang memberi nasihat dan pengajaran pun...

hari tu saya tengok dia dalam tv....dia ditemuramah dalam rancangan ape ntah...lupa
boleh pulak hos rancangan tu tanya pasal bakal suami...pastu dia tanye bro omputih (lelaki yang popular dlm ape ntah....sy fokus kat cikgu syida je...hik2x) tu 'minat tak perempuan macam cikgu syida'
setiap orang berbeza perasaannya...mesti ada punya jejaka yang suka kat cikgu....
cikgu tu tak la kasar sangat...cuma perangai dia tu slamber badak sikit...
saya suka tengok gelagat slamber dia mase ditemuramah tu....heheee

dan hari ni cikgu syida masuk paper Metro pulak....saya baru tau dia ni dah jadi artis...dapat undangan berlakon...dapat jemputan dari artis popular pulak tu
beshnya jadi cikgu syida...dapat jemputan dari dato Siti lagi....
kalau dah jadi popular macam ni, mesti ramai orang kutuk cikgu kan???
semoga cikgu tabah dalam mengharungi perjalanan kehidupan ini....
saya salah seorang peminat cikgu dalam berjuta-juta tu
dia sangat manthophttp://www.cute-smiley.com

ambik gambar kat web metro...pinjam sat naa
(cikgu Syida)

Friday, April 15, 2011

::BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !::

sepanjang berblog, saya tak pernah nak join contest....selalu je tengok blog wacanaku duk join contest Ben Ashaari...macam best je...nak join jugak ah, bleh?

kalau anda..anda...dan anda boring meh la join contest encik Ben ni....

APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA
saya memang minat tengok kartun dari kecik sampai sekarang...yang paling minat? urmmm... karektor ke citer yang abg ni nak tanya sebenaunya? lantak ah...dalam banyak2 kartun yang saya tengok, saya suka karektor dalam citer Kampung Boy


kenape ye? sebab utama adalah saya suka karektor2 dia la..saya suka tengok gelagat mat yang bijak, tapi dia tak pandai bab2 kat sekolah ni....ayah dia pulak suka reka benda2 pelik, pastu suka cari pasal....mak dia sangat bijak, mak dia la yang selalu menyelesaikan masalah dalam famili tu....adik mat nama ape ye? lupa....nina kot...ape2 je lah....dia suka main pondok2....
yang paling best, saya suka dengar cara cikgu mat cakap....hahaaa
lagi satu, citer ni suasana kampung...bagus sangat untuk kanak2...dapat jugak saya mengimbas dan mengetahui ape yang ada kat kampung....al-maklumlah, zaman sekarang dah banyak berubah....kampung sekarang tak sama dengan kampung dulu

Dan APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK
kartun yang paling saya tak minat nak tengok adalah naruto


saya pun tak tau jalan citer naruto ni macam mana....karakter kartun dia nampak macam ganas sangat, sebab tu saya tak berminat
kalau untuk lelaki tu sesuai la kan
lagipun saya tak suka kartun2 yang keluarkan kuasa ganas2....hak3x


Jika aku SUPERHERO ,AKU NAK JADI ...
if i'm a SUPERHERO, I want to be.....jeng...jeng..jeng...Boboi Boy!!!


jika dulu saya nak jadi superman, tapi bila dah muncul kartun Boboi Boy ni, saya nak jadi macam dia
dia ada kuasa yang kuat...boleh guna tanah, boleh guna angin, boleh guna air...bla...bla..bla...pokoknya, apa yang ada kat bumi ni dia boleh gunakan untuk melawan robot2 jahat tu...
yang paling best, dia boleh jelmakan diri jadi tiga badan...ni kuasa dia yang paling kuat
suka...suka...suka (^_^) saya pun nak jadi macam Boboi Boy jugak....

~syelonoknya main jawab2 contest ni...thanks abang Ben~

Thursday, April 14, 2011

::Saya Sayang Gigi Saya...How About U?::

betapa semangatnya hari ni turun naik bukit bohan yang tak berapa nak tinggi...
walaupun tak berapa tinggi tapi penat jugak tau....
kalau tak kerana ada date dengan dentist saya takkan main ulang-alik turun bukit bohan tu..

bagusnya saya kan selalu je buat dental check up (^_^) puji lah diri sendiri, sape lagi nak puji kita kanhttp://www.cute-smiley.com
how abaut you? how often you see your dentist to check up and cleaning?
'tepuk tangan, tanya lah memori'....jangan buat dek je pasal gigi ni, entah2 dah banyak sarang ulat dalam mulut kita tu....euuuwww!!!

eh! kenapa saya cakap ulang-alik naik turun bukit tu? lupa lak nak bagi tau...
my appointment 9.45a.m...so, turun la dalam waktu tu...sampai je kat PK, tengok macam tak de orang...tolak punya tolak pintu, ghupenya dia kunci...dan terbaca la note panjang kat pintu tu...ringkasnya "Pusat Kesihatan ditutup dari 8.30a.m-10.30a.m....ada perhimpunan JPPel"
huh! nasib baik kolej saya tu depan PK je...balik la bilik...10.30a.m turun balik..OK, dah bukak...terus ke kaunter
"ye dik, ada ape?"
"ada appointment" sambil bagi kad hijau, bukan kad merah tau
tetiba muka akak tu pelik semacam "adik duduk sekejap ye"
dia pun cek laaa...cek ape ntah...tak done panas punggung saya duduk, dia panggil namaku
"siti...siti...asss...maq" susah sangat ke nak sebut nama saya yang simple mimple tu
"adik punya appointment pukul 9.45 pagi tau..kami ada call adik rasanya" sambil belek buku dan tunjuk nama saya
"ya, dua hari lepas ada naik no tak kenal, tyme tu saya tengah exam"
"owh! tak tau lak tengah exam...so, adik kena tangguh la tarikh ni"
"urmm...miggu depan boleh? isnin?"
"minggu depan dah penuh la dik...adik bila cuti? selepas exam tu?"
"errr...cuti dua bulan lagi....26 @ 27 april boleh?"
"ha? bukan cuti ke lepas exam? 26,27 pun penuh...adik dengan doktor perempuan kan? kalau 29 boleh?"
29 aku nak dating dengan sis aku laa "saya cuti bulan 7, ada shortsem (sambil senyum kambing) kalau dengan doktor lelaki pun boleh je (dalam hati tak mau)....bila free nye? bulan 5?"
"sebelum ni adik dengan doktor pompuan, dengan pompuan la ye senang...ok, bulan 5 free...biler?"
"hari selasa pagi?"
"pagi penuh, petang la dik...pukul 2 @ 2.30?" sambil dia duk catat dalam buku
petang aku ada kelas laa "ok, pukul 2"
"ok, pukul2 ye, 2.15 baru stat" atoyai akak ni...penat saya layan akak
"terima kasih kak..." sambil senyum manis dan ambik balik kad hijauku

nice teeth...ni lah senyuman manis

ini kali ke berapa entah saya gi jumpa dentist sepanjang duk UKM ni....
1st tyme pegi swasta tampal gigi yang pecah gara2 gigit obat yang keras dari PK
mahal nak mampos pegi tampal gigi kat swasta...melayang seratus duitku hanya kerana 2 batang gigi....

2nd tyme pegi jumpa dentist kat PK sebab tampalan gigi swasta tu tak kemas...berapa bulan je pakai, dah kena tukar balik...aduhai duitku.....
membazir je duit haku tau!
nak ganti yang tak kemas satu, dan nak tampal satu lagi yang berlobang....
tyme tu doktor laki yang tampalkan...tapi dia tukar tampal je, satu lagi dia suruh datang lain kali....atoiiii....kenapa tak buat terus? menyusahkan betul la?

kali ketiga pegi untuk tampal yang berlobang tu, dapat doktor perempuan....
kasar betul doktor pompuan tu....dah siap tampal, dia pegi cuci pulak gigi saya
dengan slambernya dia cakap "gigi adik ni tak bersih la, kita cuci dulu ye"...ahakkksss!
sakit woooo dia cuci...sampai keluar air mata....dan hampir sesak nafasku dibuatnya
bila dia tengok saya tak boleh bernyawa, dia berenti kejap "adik...bernafas ye...jangan tahan je nafas tu"
saya memang tak reti nak kawal nafas...tengah mandi pun kadang2 terasa nak lemas....teruk betul!
tengah berenti tu, saya bukak la spek sebab tak mau terpecik air dia tu
"adik...pakai balik cermin tu...tak perlu bukak" atooooiiiii...tak paham saya dengan dentist ni
dah siap cuci tu, dia bagi la nasihat "lepas ni buat pemeriksaan enam bulan sekali ye...pastu guna berus gigi yang lembut sikit..bla...bla...bla.." macam tau2 je saya ni guna berus gigi kasar
enam bulan kemudian, hari ni saya pegi la balik...betul2 ikut cakap dia...saya memang budak yang suka dengar nasihat orang! perasan

nasihat saya kepada pembaca2 semua, you should see a dentist for a regular cleaning and check up every sixt month...don't be lazy-lazy OK...nanti kang sonok pulak ulat kat dalam mulut tu duk berparty...
haaaa...sebelum jumpa dentist, jangan lupa breakfast dulu (kalau jumpa pagi) saya pun tak tau kenapa kena makan dulu...masa kecik2 dulu, dentist selalu suh saya makan dulu sebelum cek gigi...
lepas makan tu cek la sisa2 makanan kat gigi tu...malu lah kalau doktor tengok ada sisa makanan kan..
pastu cek lobang idung...kot2 ada taik idung...malu jugak kan...
kalau yang pompuan tu tak payah la nak pakai lipstik gi jumpa dentist...nanti abis comot sebab kena air dia tu....malu tak kalau comot?

penat dah menaip! sekian sahaja citer pasal gigi (^_^)
gigi mencerminkan penampilan kita....
gigi yang cantik akan menambahkan lagi seri wajah kita
"gigi sihat, otak cerdas"

jangan biarkan gigi kita jadi ceng gini

janngan sampai terpaksa pakai gigi palsu pulak


::Segalak-galak Anjing, Akhirnya Masuk Perangkap Jua::

terdengar sayup-sayup suara anjing.... "alah bisa, tegal biasa"
anjing selalu je jaga kolej ni....tak kira orang asing ka, penghuni kolej ni ka...semua dia hambat...saja je kot nak takut-takutkan orang...
tapi hari ni agak hairan...biasanya kalau hujan anjing tu entah hilang ke mana
hujan hari ni turun dengan diiringi salakan seekor anjing
intai punya intai...ghupenya dia termasuk perangkap
tak perasan pulak kat blok tu ada orang letak sangkar
tapi anjing kecik je yang masuk perangkap....
kesian pulak tengok si anjing tu, duk tengah-tengah hujan
semakin lebat hujan, semakin kuat dia menyalak...kali ni bunyi salakan sedih
biasanya bunyi salakan garang bila duk hambat orang
walaupun dia duk main2kan orang, ada jugak dua insan yang nak tolong dia
sanggup redah hujan yang lebat tu...tapi tenaga perempuan yang kechiknya tu tak mampu nak tarik sangkar tu ke tempat teduh

meh kita imbas kembali ape yang anjing ni dah buat kat penghuni bohan

=> masa musim anjing ni tak hangat lagi, saya & fren buat pertama kalinya terkena....tyme tu awal2 pagi lagi kami nak gi trip....lalu la depan beberapa anjing yang tengah tido dan ada sekoq macam baru bangun
tyme tu berpegang kepada kata2 'kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita'
sekali dia menyalak dan berlari ke arah kami...apa lagi...lariiiii!!!!!
sorang lompat ke arah tangga, sorang lagi jadi superman terbang ke bukit yang tinggi....
yang parah turun kat tangga...sampai terseliuh kaki....


=>kali kedua, dia masuk blok saya....pastu tak reti nak keluar
tyme tu saya baru balik kuliah...bukak je pintu nampak sekoq anjing...dia pun kalut duk cari jalan kuar sampai terselisih dekat denganku...tak tau la kena ke tak baju saya tyme tu...rasanya dia kering waktu tu...kalau kering tak perlu samak la kan.......huhuuuu
nasib baik tak terkejut beruk....hati tyme tu tenang je dan boleh pulak bukakkan pintu suruh dia keluar


=>kali ketiga, terserempak sekoq anjing masa nak gi kuliah....saya ni suka berjalan tunduk kan...al-maklumlah nak jaga pandangan la katakan....sekali angkat kepala ada ajing, dah la dekat giler2...apalagi...
omakk!!!! lari...tyme nak lari tu ada chinese girl kat belakang saya tu, "jangan takut ma, dia tak kejar punya, tengok" (sambil melihat anjing tu pusing dan melintas jalan)
malu pulak pulak bila tengok kat belakang saya, rupanya ramai orang...hahaaaa


=>biasanya kalau dengar anjing menyalak dan bunyi orang menjerit, itu biasa...hampir tiap2 hari bunyi cam tu...hari tu pernah sekali saya dengar anjing tu menyalak tak berhenti...waktu tu saya tengah tido, jam menunjukkan hampir pukul5 pagi...dalam salakan dia tu, terdengar la pulak suara pelik...saya bingkas la bangun nak tengok apa yang terjadi....rupanya sorang chinese girl kena kepung dek tiga ekoq anjing....chinese girl biasanya tak lari kalau tengok angjing. nah! sekali kena kepung daaa...nampak gaya dia menangis....saya hanya melihat je, otak pula berpusing ligat duk piki cam ne nak tolong...anjing tu pulak semakin dekat dengan girl tu....bila anjing tu nampak gaya macam nak terkam, girl tu terlebih dulu mengamuk sambil bunyikan "shuh...shuh..shuuuhhh"...pastu libas2kan sweater dia, dan buat lagak nak baling2 enset ke arah anjing...
lari lintang pukang anjing tu dibuatnya...
gitu lah caranya nak halau anjing...jangan takut maa

segalak-galak anjing, akhirnya masuk perangkap jugak.....harap2 lepas ni dapat la perangkap anjing besar pulak
terima kasih MPKJ......amanlah hidup kami tanpa anjing di sini
~photoni  di ambil dari k.zaty tanpa izin~
eh! baru je nak tamatkan penulisan ni, tiba2 ternampak pulak anjing dalam sangkar tu melarikan diri.
agak mustahil kalau dia boleh bukak sendiri sangkar tu...mesti ada orang bukakkan ni....haish!
sape la yang baik hati sangat gi lepaskan anjing tu...sabor je la~

Wednesday, April 13, 2011

::Tell me Why? What Happen?::

tell me why??? why??? why???
ni tajuk lagu la....suka dengar Declan Galbraith nyanyi lagu ni
suara nya lunak dan tinggi
lirik lagu ni pun best
sungguh menusuk kalbu...kalau betul2 hayati, rasa mengalir air mata ini
ape sumbangan kita terhadap orang yang dalam kesusahan???
kita makan mewah..kadang2 kalau tak habis, buang...mereka?? kebuluran....
kita tidur lena dengan tempat yang selesa...mereka? sentiasa di selubungi ketakutan, tak lena tido
kita lupa yang kita juga sebenarnya telah terlibat dengan kezaliman ke atas mereka....makan mcD yang paling femes kan...kita telah menyumbang kepada penjenayah untuk beli bom, beli senjata api....sedar kah kita???
lepas ni tak mau dah makan mcD....harap2 ramai orang kita yang dapat boikot mcD & coke...
itu je yang mampu kami bantu untuk rakyat palestin sekarang.....semoga mereka sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan agama Islam.......


In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green
And laughter is the language of the world
Then i wake and all i see
Is a world full of people in need

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Everyday i ask myself
What will i have to do to be a man?
Do i have to stand and fight
To prove to everybody who i am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(together) just tell me why, why, why?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why(why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?
(why,why do we say we care)
Tell me why(why,why do we stand and stare)
Tell me why(why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die?
(why,why if we're all the same)
Tell me why(why,why do we pass the blame)
Tell me why (why,why does it never end)
Can some one tell us why we cannot just be friends?
Why,why



::Ah Chum! Leave me, please!!!::

di kala musim exam ni kan...ade je ujian
saya menyampah dengan Ah Chum!!!!
dia buat hidup saya tidak tenang...dah la selalu ganggu orang nak study
tolonglah Ah Chum, saya tak mau kawan dengan kamu....leave me alone
i want focus to my study.....don't disturb me laaa...aku stress sama kamu.
kalau lah bleh dipukul ni...saya mau sepak..tendang2...dush3xhttp://www.cute-smiley.com

macam mane la Ah Chum ni boleh ikut saya sampai ke bilik...
kau adalah tetamu yang tak diundang
dah la semalam saya terpaksa tidur awal sebab serabut tahap jagung dengan si Ah Chum ni
bangun2 je pagi tadi, terasa berat giler kepala ni...kalau berat dengan ilmu tak pe jugak
ni berat dengan ape ntah...wahai Ah Chum, ape yang kau buat dengan kepala ku ni???

Ah Chum....Ah Chum....Ah Chum....
tiap kali saya bergaduh dengan kamu, saya akan sebut nama kamu je...tak de perkataan lain
salah saya jugak kot, sampai dia ni melekat dengan saya hampir dua hari
nak tau cam ne dia boleh follow saya??? gini ceghiternyaa...
hari pertama exam, hujan lebat sangat2x....nasib baik bawak payunghttp://www.cute-smiley.com
tapi pakai payung pun macam tak berpayung...habis basah kuyup
esok hari exam lagi.....pagi tu la saya mula bergaduh dengan si Ah Chum ni...
nak gi exam, hujan lebat lagi...cam biasa pakai payung macam tak berpayung....jawab exam dengan basah kuyup......terpaksa la kuar dewan awal2...tak tahan sejuk
balik bilik je bergaduh lagi dengan Ah Chum sampai la malam...kali ni bergaduh teruk dengan dia.....bergaduh sampai tertido saya dibuatnya....

aduhai Ah Chum...nasib baik saya tak de exam hari ni...cam ne ye nak halau kamu ni?
kalau halau macam zalim je bunyi nye kan....

tolonglah Ah Chum..pegi main jauh2....lepas exam nanti saya belanja Kay Ep Si nak??
dah2...gi main jejauh nun....saya nak cetadi nih

::Wanita Sering Timbulkan Kontroversi::

dah dua minggu berlalu ABPBH ni...saya dapat tengok separuh jalan je waktu kat rumah famili angkat...tak larat nak abiskan separuh lagi, mata ni berat dengan permata kot tyme tu, tak boleh nak celik....

tiga hari lepas tu terdengar la khabar angin....miera leyana timbulkan kontroversi.
mula2 buat dek je la kan, sebab tak kenal miera tu sape
rupanya dia artis baru la jugak...muda lagi....muka pun cun
ape yang dia buat sampai heboh media duk citer pasal dia????

ghupenya pasal baju yang dia pakai masa malam ABP tu....
seksi bebbb.....orang lain seksi jugak, tapi dia seksi lagi
gambar dia, saya tak mau upload kat sini sebab mengambil gambar orag yang tidak menutup aurat adalah haram hukumnya, apatah lagi menayangkannya kan... nak tau lebih lanjut pasal hukum gambar ni??? klik sini

berbalik kepada si miera tadi, kalau nak tengok baju dia pakai cam ne, search la sendiri kat google tu
bukan nak mengata tapi nak ceghita...mengata la jugak kan...atoiii asmaq!!! nak kata sikit je
dalam galaksi, miera cakap "nampak sikit je"...dalam melodi, "saya cuma ikut kehendak designer...lagipun pkl7 malam tu baru outer baju tu"
urmmmm....kakak saya pulak cakap "ek eleh...budak kecik pun tau tengok sama ada baju tu seksi ke tak...ni ape tah lagi kita yang dah besau....tak reti nak bezakan dah baju tu sesuai ke tak...."

maaf la ye miera...bagi pandangan saya, kita nak jaga maruah atau nak ikut kehendak designer? nak hormat la kononnya kehendak pereka...
tapi maruah kita juga yang terjual.....betapa murahnya harga diri kita kan
orang tak pandang designer tau, tapi orang pandang kita yang memakai baju tu
nak terkeluar semua biji mata yang tengok malam tu....huhuuu

saya pun perlu cermin diri jugak kan sebelum kritik orang ni???
tapi ini entri khas untuk artis je sebab mereka sentiasa diperhatikan dan merupakan model kepada peminat masing2....sebagai artis, jadilah contoh pemakaian yang baik.......
sekarang miera dah jadi popular kot sebab pemakaian dia malam tu
senang je nak dapatkan populariti ni kan.....

kalau nak cakap pasal seksi ni ramai je perempuan yang seksi sekarang, dah majoriti kot...
inilah dunia akhir zaman
dimanakah maruah seorang wanita???
mahkota (rambut) mereka pula ditayang secara murah-murahan....ini lah yang perempuan sekarang tak sedar....

tak mau cakap lebih2...nanti blog asmaq pulak yang jadi kontroversi
sedarlah wahai wanita....jaga lah maruah kita....pertahankan maruah kita
jangan gadaikan maruah semata-mata untuk mengikut kehendak orang lain


"bimbinglah aku menjadi wanita solehah"

tabung untuk belajar ---->