Pages

Thanks my follower (^_^)


Wednesday, March 30, 2011

::Masa itu Penting Bagiku::

"MASA IBARAT EMAS YANG SANGAT BERNILAI"
"MASA ITU EMAS"
"TIME IS MONEY"
banyak lagi peribahasa pasal masa ni....so what???
~kita tidak mampumegundurkan balik masa~

saya paling tak suka orang tidak menepati masa kalau buat perjanjian atau perjumpaan.
dari kecik, abang saya ajar supaya tepati masa...kat sekolah kena disiplin dengan masa
sekarang my uncle cakap guna masa betul2, dan dia pantang orang lengah2kan masa.
 cakap pandai  je asmaq ni kan, diri sendiri pun tak dapat nak tepati masa....
ya, kadang2 saya tak dapat tepati masa but sekurang-kurang2nya i'll inform that i akan sampai lewat....tapi kalau saya ni pernah tak tepati masa may be saya ada hal atau saya ikut masa orang

itulah dunia sekarang....janji pukul 11....11.30 baru nak datang....dah jadi satu fenomena pulak
kata orang...alaaahhh...biasalah kalau dah janji pkl11...tak semestinya pkl11 datang, janji melayu lah katakan
bagi saya itu tidak biasa, melayu ke, india ke, cina ke, sama je...kalau dah janji pkl11....pkl11 la datang!!!!!! jangan buat orang tunggu berjam-jam sorang2....i don't like that.

walaupun saya dah tau orang tu selalu tak tepati masa, saya tetap dengan masa yang dijanjikan.
tapi apa reaksi anda bila kena tunggu orang hampir sejam lewat? 15 minit lewat pun kakiku dah rasa nak balik tinggalkan temujanji tu......susah sangat ke nak tepati masa.....sebab tidur lewat semalam???
hey! ingat aku ni tidor awal ke....ingat aku ni tak de koje lain ke nak tunggu2 orang.....
kalau tak reti nak hargai masa sendiri, hormatlah masa orang lain.......
tolonglah...tolonglah....tepatilah masa....kita yang perlu kejar masa, bukan masa yang mengejar kita
masa bergerak pantas....kita??? nak bergerak macam siput ke???

maaf kalau ada yang terasa. entri ni sangat kasar rasanya. saya sangat panas sikit bila ada sorang junior ni nak jumpa, ingatkan hal penting, nak tanya pasal major ke ape.....rupanya nak bagi talk pasal bisness dia. dah la datang lewat setengah jam, nak menangis rasanya bila dia buat macam tu. dia yang nak jumpa kita, tapi dia yang lewat, padahal naik motor. kalau naik bas sekalipun, bertolak la sebelum masa yang dijanjikan tu.
tolonglah wahai manusia....ubahlah persepsi yang janji melayu selalu lewat
melayu sering dipandang negatif
pesanan ni untuk asmaq jugak, saya akan cuba tepati masa yang dijanjikan
insyaAllah.....

::Kalau tak Minat Jangan Jadi Guru::

kita melabelkan guru ni adalah pekerjaan yang mulia
sebab dia mencurahkan ilmu kepada anak muridnya
ramai yang memilih untuk menjadi guru sebab tiada pilihan lain
adakah kita pun bercita-cita untuk menjadi guru???

hari ni saya ingin ulang balik kata2 pensyarah teori saya
dia tidak benarkan kami jadi guru melainkan jika kami betul2 minat
jika kami jadi guru jugak, dia sendiri akan suruh kami berhenti
dia jugak tak mau tujuh keturunannya diajar oleh kami, jika dia tahu yang keturunannya tu diajar oleh kami....dia akan suruh kami berhenti jugak....hahaaa
kenapa macam tu???

sebabnya dia tak mau kami rosakkan anak bangsa....
kenapa? cuba tengok guru yang tak berapa nak minat jadi guru
kita semua tahu tugas guru adalah mendidik, bukan sahaja mengajar
setiap sekolah akan ada guru yang tak minat jadi guru
mereka jadi guru tu pun may be terpaksa atau banyak cuti
lelaki pun kalau boleh nak cari isteri yang kerja sebagai guru

banyak ke cuti???
dulu memang......tapi zaman sekarang tak sama dah
mereka perlu pergi sekolah awal pagi lagi dan balik sama macam waktu pejabat walaupun proses P&P tamat awal petang....
cuti sekolah pulak, memang guru ni cuti, tapi dia akan ada kursus @ atau kena tanda kertas exam atau kerja2 sekolah yang bertimbun-timbun.....mengajar bukan satu kelas
ini terjadi sendiri dekat makcik saya, kalau balik kampung mesti bawak kertas exam bebudak untuk ditanda
kadang2 kena pergi kursus sana, kursus sini....anak tinggal kat mak dia atau suami
sama je kan dengan kerja pejabat????

guru lah kerja yang paling tension.....nak kena layan kerenah pelajar2, nak kena pastikan markah mereka ni tinggi untuk jaga nama sekolah....kalau marah sikit pelajar tu, nasiblah kalau kena mengadap parents mereka
paham2 lah macam mana kerenah kita dulu2....semua pernah menjadi pelajar sekolah kan.
balik rumah pulak kena layan suami/isteri dan anak2....stress lagi kalau mereka ni nakal.
teringat dekat kakak saya sorang yang pernah jadi guru dulu, sekarang dah kerja kat pejabat.
dia...balik sekolah je menangis...balik je menangis.....mana taknya, budak nakal, tak mau dengar cakap lak tu.

kalau guru tu tak endah langsung ape yang pelajar dia buat, ponteng ke, tak buat kerja ke.....ni lah guru yang tak minat jadi guru....dia tahu mengajar je
mengajar memang senang, tapi bukan senang untuk mendidik.
jadilah guru yang profesional yang dapat menjadikan pelajarnya seorang manusia dan berjaya....
kalau tak minat, jangan jadi guru.....saya tengok budak2 sekarang dah semakin berani lawan cikgu...haish!


Terima kasih guru2 yang telah mengajar saya dulu
kerana mereka, saya ada di tempat sekarang
kerana mereka juga impian saya untuk menjejakkan kaki ke universiti tercapai
THANKS A LOT!!!!!

::Antara Projek dan Thesis::

Antara projek dengan thesis, yang mana anda rasakan senang???
mesti la projek kan....
projek ni macam mana? thesis ni pulak macam mana?

what i know about thesis, mereka kena pilih satu tajuk dan buat secara individu.
buat macam mana i don't know la, kerja mereka akan dibukukan

~thesis oh thesis~

tapi nampak macam susah je nak buat thesis ni. buat sorang2 mesti stress kan
dah la buat mase kita last sem
pastu thesis tu kena sentiasa di'cek' oleh pensyarah
kalau pensyarah tak puas hati, kena lah baiki balik.....susah kan
tengok senior2 kat burhan ni semu stress termasuk sedara saya sorang tu
nak tegur pun takut
dorang kena anta thesis last jumaat ni
bekerja keras la dorang...tdor tak cukup, makan tak sempat, mandi tak basah
dah macam jatuh cinta dengan thesis plak kan.....
kalau tak dapat siapkan, tak grad la depa ni
susah kan....kesian tengok depa

alhamdulillah....kos saya kena buat projek, tak perlu buat thesis
kat UKM ni rasanya kos accounting & business je kot yang kena buat projek
tapi tahun depan akan berubah, kos bisnes dah kena buat thesis....syukur sangat2 terlepas dari perubahan ni
setiap subjek major kami ada projek.....kalau subjek major lima, lima lah projek yang kami kena buat
setiap projek kami  kena interview syarikat untuk dapatkan maklumat, then buat report
interview bukan satu company setiap projek....kalau projek IR, kami kena interview at least dua jabatan
projek paling besar untuk majoring HR adalah projek subjek teori organisasi
kami kena cari syarikat yang melakukan Joint Venture dan buat lawatan sambil interview
group saya pilih syarikat scomi

~lawatan ke scomi~

bunyi macam senang je kan...buat inetrview je, pastu buat report
tapi part yang paling susah nak dapatkan kerjasama darida syarikat tu yang susah
terutama syarikat besar2 macam scomi
selagi kami tak dapat interview, tak dapatlah nak gerakkan report tu
dan interview ni makan kos yang banyak juagak....minyak keta lagi, nak beli cenderahati lagi, bayar tol...
untuk projek besar ni, ada satu group tu baru dapat interview syarikat hari ni
report dah nak kena hantar jumaat ni....semoga mereka sempat siapkan semua
tapi yang senangnya kami buat projek secara kumpulan
yang tak sukanya kena present pulak projek tu...
subjek IR la yang tak tahan nak kena present minggu depan
senior cakap, pensyarah akan tanya bertubi-tubi pasal hasil kajian kami tu
markah kami paling banyak terletak kat projek
harap dipermudahkan segala usaha kami

for my opinion, project is better than thesis.....better untuk kos bisnes la
sebab projek kita buat secara praktikal dan mengikut teori yang kita belajar
dengan interview, komunikasi lebih baik dan kita lebih yakin berdepan dengan orang atasan
kita juga dibiasakan dengan berhubung dengan orang2 atasan seperti pengurus
dapat la tambah pengalaman....dan senang nanti nak gi interview untuk dapatkan kerja

secara kesimpulannya, nak cakap minggu ni adalah minggu yang busy sebab masing2 kena hantar projek dan thesis
orang2 yang saya jumpa minggu ni semua dengan mata yang bengkak sebab tak cukup tidor
terpaksa korbankan masa tidur untuk siapkan semua sebelum due date jumaat ni
dan tyme2 ni la pensyarah sibuk nak buat kuiz kan
good luck for all...
moga semua berjalan lancar seperti apa yang dirancang
stress adalah perlu....yeah!!!!



Monday, March 28, 2011

::stUdy weeK di mAna???::

beberapa hari lagi kami akan berjihad di medan perang. minggu depan merupakan minggu study week.
seminggu wwoooo....nak kena cover enam subjek termasuk empat subjek major.
padan muka, sapo suh amik banyak2 subjek major....huhuuu

dalam perancangan saya, saya tak mau habiskan study week di kolej ni
x suka...x suka...terseksa...terseksa....
duk bilik single ni kadang2 best kalau kita busy....tapi kalau kita tak busy???
kalau tak busy saya rasa saya nak berbual-bual dengan yang bernama manusia bukan dengan cicak
boring kan duk singgle room ni...tapi kalau duk dengan roomate yang macam 'tunggul' baik tak payah

arghhhh! tak boleh study week kat sini. kalau sakit cam ne? nak makan pun malas nak turun...kuang3x
tapi....antara dua, study week kat rumah atau balik putrajaya?
kalau kat rumah tak pasti boleh fokus ke tak sebab siang hari budak kecik sorang tu ada
boleh ke study dengan dia? kalau masak tu boleh la...
kalau kat rumah pak cik plak boleh je nak study...siang hari semua keje, anak dia plak skolah
malam pulak depa tido awal......tapi satu je masalahnya. saya tak selesa kalau duk rumah orang dengan goyang kaki je.....nak tolong masak, tak tau nak masak cam ne....dah la tak leh masuk dengan mak cikku sorang tu...anak2 laki dia lagi la...malu2 je bila saya ada....haish!

tadi call mama, dia suh study week kat rumah dia.....urmmmm....tapi mama cakap terpulang la. asalkan kita selesa. tak boleh la mama....saya takut duk kat rumah tu sorang2...siang hari semua tak de. dah la rumah jauh dengan jiran. untuk melepaskan rindu, saya akan balik rumah mama ujung minggu ni....weeeee~~

~my adopted family~


kakak saya pulak senget, suh saya study kat shopping mall atau kat panggung wayang....boleh je kalau nak gagalkan result kan....jangan marah kakakku yang senget....hahaahaaaa
nanti kita berbulan madu di jakarta sama...mau nggak (^_^)

Sunday, March 27, 2011

::prasiswazah tak pandai membaca???::

prasiswazah tak reti membaca???
itulah realitinya....masuk universiti pun pensyarah masih mengajar pelajarnya cara2 membaca
hairan kan....kalau tak pandai membaca macam mana boleh masuk U

tak percaya??? sayalah salah seorang yang tergolong dalam kategori tu....
haish! malu kokrang je la...budak tadika sekarang dah pandai membaca...
mula2 masuk U, tahun satu dulu memang pensyarah ajar cara2 membaca
sekarang pun diajar lagi cara membaca sebab sesetengah manusia ni bagaikan pahat dengan penukul

jangan silap ye...pensyarah ajar cara2 membaca, bukannya ajar membaca
yang tu pun nak kena ajar ke???
ye, perlu.... pelajar universiti macam saya ni bukannya pandai sangat nak membaca
lagipun buku rujukan universiti semua buku international punya....yang local tu untuk sampingan je
dalam satu buku yang tebal tu takkan la kita nak baca semua....nak baca semua memang boleh
tapi boleh paham ke??
itulah yang pensyarah ajar....kita kalau baca buku biarlah paham....apa guna baca buku kalau tak faham???

bagaimana ye cara2 membaca???
1st of all...kat setiap buku kan ada objektif kan...baca objektif tu, then baca lah isi yang berkaitan dengan objektif tu....senang kan?
tapi saya tak amalkan pun......semua isi berkaitan dengan objektif, ape lagi...baca la semua (memang saya tak pandai membaca)

secondly, pensyarah cakap baca yang depan2 je...maksudnya, dalam satu tajuk tu kan (tak kira la tajuk kecik ataupun tajuk besau), baca yang awal2 je...yang akhir2 biasanya tak penting sebab conclusion.

thirdly, baca ape yang berkaitan dengan silibus je....yang ni opkos la kami tahu....

forthly, bagi subjek pengurusan gaji...kami perlu baca ape yang di beritahu oleh pensyarah je....
subjek ni best sikit....setiap kelas dia suruh tanda yang mana penting....supaya mudah untuk kami baca
yang tak ditanda kena baca jugak sebagai pengetahuan katanya.....kami akan baca kalau berminat ye tuan pensyarah......heheee

conclusionnya, baca ape yang ditekankan semasa kuliah...jangan baca semua...nak baca semua boleh, sebagai pengetahuan. baca ape yang penting untuk kita mudah faham. sebab tu lah kita tak boleh jawab exam sedangkan kita dah baca buku. padahal kita tak pandai membaca......

waaaarrrrrrrrghhhhhhhhhhhh!!! sebenarnya nak cakap yang saya ni tak suka membaca. stress gilerr.... minggu lepas kena marah dengan pensyarah sebab tak baca buku, padahal dah baca buku. then, dia nak potong markah saya sebab bagi jawapan yang salah bila ditanya. ah! next week nak senyap je. orang jawab nak potong markah pulak. nak suruh student bercakap dalam kelas....bila dijawabnya kena bebel sebab jawapan tak betul. kompem markah saya dalam IR rendah sebab selalu kena potong markah....banyak cakap pun salah...tension giler dapat pensyarah cam gitu......short sem ni kena belajar dengan dia lagi..... arrggggghhhhhhh

aku stress! aku stress! aku stress! dari semalam lagi duk baca IR, but still tak leh fokus. peristiwa minggu lepas sangat menyentuh perasaan ini. saya SUKA giler pensyarah tu.....terima kasih puan pensyarah.

Saturday, March 26, 2011

::menghaYati liRik HELAH::

lagu HELAH ni dinyanyikan oleh Indie Mice. bagi saya suara dia tak best pun....dan lagu dia pun membosankan
tapi cik fazlini kata lirik dia kaw2 gitu.....hari ni baru saya hayati lirik dia. marilah sama2 kita hayati lirik ini


setelah ku sedari,
betapa sukar diri ini,
untuk memiliki,
hidup yang abadi,
beratnya bahu ini,
memikul beban yang hadir,
segala yang getir,
akan kuhadapi..

jangan fikir yang mudah,
nasib malang akan menimpa,
jika kau tidak bersedia,
musnahlah dan sia- sia,

segala kisah yang kau simpan,
tuk miliki segala yang ada,
mengertilah dan fikirlah,
supaya helah takkan mengena…

yaaa....lirik dia memang best kan.....ada pengajaran di situ
kita sentiasa diberi ujian
hadapilah sesuatu ujian itu dengan tenang dan sabar
hidup di dunia hanya lakonan semata-semata
manusialah pelakonnya yang mempunyai pelbagai watak
renung2kanlah dan fikir2kanlah
kita milik Allah s.w.t 


::huJung mingGu & buBur naSi~

Hujung minggu datang lagi.....seronoknya dapat bermalas-malasan di bilik sampai lenguh2 badan.
tapi bagi saya yang suka jalan2 ni, sangat boring terperap dalam bilik macam kena kurung dalam sangkar
boring....boring...boring... nak gi jalan2, tapi tak tau nak gi mana....
tapi esok plan nak gi shopping sikit...barang mandian hampir kering, muka ni pun dah lama tak pakai pencuci...balik rumah minggu lepas lupa nak beli.....ingat kat beras je

hari ni baca buku berapa minit je...hadoiiiii...teruk...terukkkk
yang selebihnya basuh kain....kemas bilik.....tengok cite yg dah tengok....basuh kain lagi...lapar...masak

haaaaa...cakap pasal masak...i make a new recipe again
beberapa hari lepas saya ada buat bubur....nak katakan sup nasi pun boleh jugak kot
cara2nya....masak nasi jadi bubur, then letak la pati ayam knorr tu, and last taruk telur sebiji
untuk pengetahuan anda, terutama untuk tengku farha, telur tu ada expire date jugak laa...sbb tu ang punya telur rosak...nak lebih tahan letak dalam peti ye
bubur tu best.....tapi tak best sangat, sederhana je
~sekadar hiasan~

hari ni plak i make a porridge again....bubur susu...hahaaaa...pelik kan
cara2nya masak nasi sampai menjadi bubur, then masukkan susu tepung, pastu letak garam sikit dan letak gula sesudu
rasanya??? yarkkk....bleh la  telan...saya dapat makan beberapa suap je
dan paksa mulut untuk habiskan bubur ni, tapi nak termuntah rasanya http://www.cute-smiley.com
alih2 sekut tawar jugak menjadi santapanku...kakakku macam tau2 je saya ada simpanan sekut tawar, dia suh saya makan sekut tawar untuk alas perut.

conclusionnya....bubur nasi yang paling best adalah guna instant sup (resepinya ada saya postkan dulu2).
ah! esok nak kuar gi beli instant sup and my pencuci muka.....jom sapa nak ikut~
http://www.cute-smiley.com lalaalaaaa~

Thursday, March 24, 2011

::kaNta leKap & huKumnYa::

Ustaz Ahmad Adnan yang di petik dari blognya menjelaskan tujuan pemakaian kanta lekap adalah terbahagi kepada dua iaitu : 
1. TUJUAN PERUBATAN- bagi orang yang memakainya kerana masalah mata yang di hadapinya  memakainya sebagai ganti cermin mata.Hukumnya adalah harus dengan syarat  tak mendatangkan mudarat.
2.TUJUAN PERHIASAN-bagi  yang memakainya sekadar suka-suka bukan kerana keperluan (bukan masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan.Perhiasan di haruskan selagi tidak melanggar syarat iaitu : 
  • tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj (merupakan perhiasan & segala yang mengundang syahwat lelaki)
  • tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain
  • tidak mengubah ciptaan Allah
  • tidak merupa penipuan atau pemalsuan
  • tidak menyerupai perbuatan orang kafir
  • tidak berkebihan
  • tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat -syarat di atas sebahagian ulama telah memfatwakan haram memakai kanta lekap yang berwarna (mengubah warna mata yang asal)kerana ia mengubah ciptaan Allah,berupa penipuan ,pelmalsuan dan meniru perbuatan orang kafir serta membawa kemudaratan sebagaimana yang telah di sahkan oleh doktor.
Ditambahkan lagi bagi perempuan boleh mendatangkan fitnah iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya.Bagi penggunaan kanta lekap dalam pengambilan wuduk,solat dan puasa tidak menjekaskan ibadat.Bahagian dalam mata tidak wajib di basuh atau di sampaikan air kepadanya dan yang wajib hanya diluar sahaja iatu kelopak mata.Begitu juga dengan puasa.Menurut ulama memasukkan sesuatu kedalam mata tidak membatalkan puasa.Solat juga tidak terjejas kerana memakai kanta lekap.

copy & paste dari borak kosong

sumber dari  http://ilmudanulamak.blogspot.com

Wednesday, March 23, 2011

::jOm maKan keRepek Asmaq::

manusia diciptakan dengan sifat lupa
so, saya sentiasa lupa....mudah lupa
dan saya pun tak kisah jika dilupakan

manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan
saya juga ada buat kesilapan
tegurlah diri ini jika tersilap kata @ perbuatan

akhlak manusia tidak sempurna seperti akhlak para rasul dan para nabi
akhlak saya juga tak sempurna
kejap baik...kejap hipokrit...kejap ego...kejap sombong....kejap zalim (zalim kat diri sendiri)

setiap manusia diciptakan dengan perasaan
saya juga ada perasaan
benci??? marah??? sedih?? gembira??? suka??? cemburu?? sayang??
so what????

manusia yang sempurna sifatnya mempuyai hati
jagalah hati sendiri supaya tidak kotor dan busuk
nak jaga hati orang lain memang susah

setiap pertemuan akan ada perpisahan
perpisahan lah yang tidak sanggup dilalui oleh manusia
sangat pahit untuk ditelan

dan setiap kehilangan akan ada penggantinya
moga pengganti itu akan lebih baik dari sebelumnya
sabarlah wahai hati....

#kerepek apakah yang aku makan malam2 ni....tidoooo#


http://www.cute-smiley.com lu pikir la sendiri!!!

Tuesday, March 22, 2011

::deMam::

setelah sekian lama tidak demam...akhirnya hari ni, eh semalam (dah pagi la) badan ku lemah longlai sebab demam. terasa nak balik sangat2.terbaring je keja bila demam...terlebih tido plak, sebab tu la badan lemah. abang saya kata, kalau demam kuatkan diri dan bergerak aktif untuk dapatkan tenaga. tapi bang, kalau dah demam, kompem tak larat nak bergerak. sampai kelas hari ni pun terpaksa ponteng tanpa mc. padahal PK kat depan kolej je, pun saya tak larat nak jalan.

tapi alhamdulillah. sekarang dah ok sikit. latihan kebakaran punya pasal, saya terkejut dari tido. igatkan malas nak turun...tapi badan mula rasa panas sebab dia tutup semua letrik. terpaksa la turun dengan kepala yang pusing2. kalau tak turun kang. saya jugak yang susah kalau ada kebakaran betul2. tapi latihan tadi kurang memuaskan pihak bomba...banyak kelemahan....tak yah la cite pasal tu.

berbalik pada demam tadi. ada hikmah disebalik demam atau kesakitan ini. Allah s.w.t. menurunkan kesakitan/ bala adalah sebagai cara untuk menghapuskan dosa2 kita.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


jadi, janganlah rasa kesal dan nak marah bila kesakitan melanda. kesakitan adalah satu nikmat bagi kita. tabahlah menghadapi kesakitan fizikal.


duk sorang2 cam ni, sangat mencabar bila sakit. takut terjadi apa2 tiada siapa yang tahu. dan saya tak pernah buat stok panadol sebab jarang demam dan tak suka makan ubat...hehheee
dalam kepala duk ingat kat famili je...family lah pendamping setia bila sakit...tapi kalau dah jauh cam ne nak mendampingiku. alahai...inilah nasib anak perantauan...
now, terasa lapar bangat. satu hari bertaha dengan roti. tu pun paksakan diri untuk makan. owh...i'm starving. ma, ayah, kakak, abang, adik...lapor!http://www.cute-smiley.com
beberapa jam lagi kuiz...tak baca ape2 lagi...huhuuuu...chow dulu. hope i'll do the best for tomorrow!

Thursday, March 17, 2011

::back Home.....asyikkk!!!::

dua, tiga hari ni sedih sangat
fobia dah nak keluar sorang2....tapi terpaksa jugak keluar kalau ada hal macam tu
i don't want kawan2 teman  because saya tak sedap hati kalau ada yang merungut keletihan sebab teman saya
ulang alik keluar masuk UKM uruskan itu dan uruskan ini sorang2 memang menakutkan dan memenatkan
tyme aku menangis ada la plak yang baik ati pujuk
bukan menangis, tapi air mata keluar dengan tak sengaja (ada ke) sebab tyme tu aku takut, lapar, penat, hilang arah
macam bodoh je rasa
tapi alhamdulillah....kesedihan tu sementara je...semalam ada orang baik ati sponsorkan tiket untuk balik hari ni
dan dia akan taja makan tengah hari sekali......asyikkkk!!!
tapi opkos la ada udang disebalik batu
balik sebab ada hal yang perlu diselesaikan
ape la sangat maknanya kalau balik dua hari tu
tapi tak pe la...asalkan ada makna bagi my parents & orang yang taja tiket dan makan saya hari ni
http://www.cute-smiley.com
harap benda macam tu tak kan berulang lagi
i wanna go back to my home
i want release segala kedukaan di hati
selamat tinggal UKM....!!!!

Tuesday, March 15, 2011

::I waNt to Say tHat c****m mEngOm::

Hari ini dalam sejarah
kena marah
http://www.cute-smiley.com
my bonda marah sebab minta duit dengannya
sedangkan ayah yang akan bagi duit
my bonda cakap, ayah selalu marah2 bila cakap saya tak de duit (marah2 sayang)
ayah nak saya mintak sendiri dengan dia
ayah...asmaq bukan tak de mulut
cuma takut nak cakap....hehee
sekarang tengah fikir ayat untuk anto mesej kat ayah
my ayah is like prime minister
kena bagi ayat formal sikit.....hohohoo

I need money....I need money....
I need to pay debt of my sis tomorrow (satu koje plak nak cari tempat bayar berukband ni)
I was so depressed when celcom call me (celcom mengom)
pagi tadi siap ugut aku lagi...nak gandakan hutang la....pastu bawak ke mahkamah laa...
saya menci c****m..!!!!!
nak potong berukband hari tu...dia suh tunggu sampai bil satu lagi, padahal beruk tu dah tak leh guna
aku yang jadi mangsa....because that berukband atas nama aku
huh! enough...i don't want use my name again to buy something for someone (broken english)
don't lend my name again~~~
although I use celcom number, I tetap nak cakap...celcom mengom!!!
http://www.cute-smiley.com

::Welcome Back to FB::

HAR...HAR....HAR....HAR...!!! 
welcome back! your account has been activated....
i can't off my account la..because i've group discussion on that FB
but when i want to check what information that they post...uwaaaaaa
tak de laaa...semua group tak de dah...
should i ask to join back????
nyesal betui diactive ni.....tak tau la plak jadi cam ni
sekarang satu hal plak tak jumpa cari group discussion for my project
apsal la korang letak nama pelik2 haaa....
but...when i click the button ask to join the group
keluar la "the user already in the group"
but why i can't open the wall of group...???
ah! malas pikir ah...
lantak lahhh... lagipun dicussion tak aktif pun, cuma dorang buat announcement je
kalau aku tanya soalan kat situ pun, bukan ada orang jawab pun
macam tak de orang je kat group tu.....
biorje laaa ye.....
but I hope I not active in my FB
nothing for me right now......
I want to focus my blog yang sentiasa menambahkan akaun ku....
HAR,,,,HAR....HAR....HAR....!!!!

Monday, March 14, 2011

::Deactivate FB::

I'm in trouble~~
for the 1st time I was detective my FB
I'm not sure whether i'll active back my account or not
I'm sorry for that
Can contact me trough my Skype or my phone
Thank You!!! http://www.cute-smiley.com

::kiSah seRam::

hari ini dalam sejarah....berlakunya peristiwa hitam....
peristiwa hitam.??? mengarut ah...
sebenarnya hari ni entah kenapa nak tercabut jantungku
ketakutan menguasai diri
malam ini bukan pertama kali saya melalui bukit belakang burhan tu sorang2
dan bukan pertama kali saya pergi PTSL malam2 sorang diri
tapi tadi...7.50p.m, kakiku melangkah keluar dari bilik dan ambil jalan dekat untuk ke PTSL, iaitu bukit belakang burhan
aku menyusun langkahku dengan teratur sekali....dalam hati takut bertembung dengan anjing atau binatang berbisa
bila sampai je kat kawasan gelap, bulu romaku mula meremang
masih berfikir positif...may be hanya khayalan je
dah sampai FSSK....melalui sekelompok jejaka yang sedang bermain ping pong dengan mulut yang bising sedang orang di masjid tak habis lagi berjemaah (harap2 dorang dah semayang)
lebih kurang 8.03p.m....jejakku hampir sampai ke tandas FSSK, sebelum membelok ke kiri, aku pandang cermin............sekali lagi bulu roma ku menegak...kali ni berfikiran negatif
dalam cermin itu, aku ternampak satu bayang2 yang bergerak
subhanallah...bila bayang2 tu melalui bawah cahaya lampu, rupanya2 manusia betul la, seorang jejaka
tapi aku masih dalam ketakutan, sekarang aku berjalan dengan diikuti oleh jejaka itu di belakang
ya Allah....lambatnya nak sampai pusan....takut banget!
dah sampai pusan! alhamdulillah.....rasa selamat bila tengok ada beberapa orang....
aku berjalan mengikut jejak jejaka itu, sebab dia jalan laju sangat la
rupanya2 dia nak gi PTSL jugak laa...
wah! legaaaa sangat bila dah sampai PTSL (^_^)

syaitan sentiasa cuba mencari peluang untuk mengganggu kita
kuatkanlah iman dalam diri
takutlah kepada Tuhan sahaja 

::kiSah seRam::

hari ini dalam sejarah....berlakunya peristiwa hitam....
peristiwa hitam.??? mengarut ah...
sebenarnya hari ni entah kenapa nak tercabut jantungku
ketakutan menguasai diri
malam ini bukan pertama kali saya melalui bukit belakang burhan tu sorang2
dan bukan pertama kali saya pergi PTSL malam2 sorang diri
tapi tadi...7.50p.m, kakiku melangkah keluar dari bilik dan ambil jalan dekat untuk ke PTSL, iaitu bukit belakang burhan
aku menyusun langkahku dengan teratur sekali....dalam hati takut bertembung dengan anjing atau binatang berbisa
bila sampai je kat kawasan gelap, bulu romaku mula meremang
masih berfikir positif...may be hanya khayalan je
dah sampai FSSK....melalui sekelompok jejaka yang sedang bermain ping pong dengan mulut yang bising sedang orang di masjid tak habis lagi berjemaah (harap2 dorang dah semayang)
lebih kurang 8.03p.m....jejakku hampir sampai ke tandas FSSK, sebelum membelok ke kiri, aku pandang cermin............sekali lagi bulu roma ku menegak...kali ni berfikiran negatif
dalam cermin itu, aku ternampak satu bayang2 yang bergerak
subhanallah...bila bayang2 tu melalui bawah cahaya lampu, rupanya2 manusia betul la, seorang jejaka
tapi aku masih dalam ketakutan, sekarang aku berjalan dengan diikuti oleh jejaka itu di belakang
ya Allah....lambatnya nak sampai pusan....takut banget!
dah sampai pusan! alhamdulillah.....rasa selamat bila tengok ada beberapa orang....
aku berjalan mengikut jejak jejaka itu, sebab dia jalan laju sangat la
rupanya2 dia nak gi PTSL jugak laa...
wah! legaaaa sangat bila dah sampai PTSL (^_^)

syaitan sentiasa cuba mencari peluang untuk mengganggu kita
kuatkanlah iman dalam diri
takutlah kepada Tuhan sahaja 

Sunday, March 13, 2011

::riNdu+maLas+bOring::

malam ni hati ku meronta-ronta untuk balik rumah
miss so much to my family
bilakah ada peluang untuk ku balik rumah???
tak balik rumah, dapat balik rumah pak cik pun jadi la
tak suka duk di sini....i'm so stress!!!
tapi kalau balik rumah pak cik lagi stress
goyang kaki je aku kat sane
tak reti nak tolong mereka sekeluarga

a special thanks to my friend, ita because temankan saya berbual malam ni
berlakunya sesi luahan perasaan ye kita
but i'm still can't focus to my study lol
malam2 ni terasa nak kuar jenjalan plak
nak makan kek, makan ais krim, nak makan.....

ah! asmaq...esaimen banyak lagi tak siap
siapkan esaimen...siapkan esaimen.....


::aDa maSa::


Ada masE kite peRlu menAngis agar kiTa tahu duNia nie bUkan haNya untUk ketaWa.
adA masE kite perlU ketaWa agAr kita tahu beTapa bern!ilainYa setiTis air matA.
adA masE kte perLu ada seoraNg teMan agaR kita tAk kesUnyian..dan 
adA msE kesunyian memBuatkan kite tAk kan peRnah lupA betApa bernilainYa SEOraNG teMan




Saturday, March 12, 2011

::Malapetaka Jepun adalah Suatu Ketetapan Tuhan::

1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 


3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam. 


Friday, March 11, 2011

::beTapa teRukNya diRiku::

10 mac 2011, khamis...

hari khamis merupakan hari yang penuh dengan kelas....selepas kakiku melangkah kelas kedua dan ingin berkejar-kejar ke kelas seterusnya (HR)...
asmaq menagjak nad ke kelas sama2 "jom kelas nad"
nad jawab "eh, dah siap report gaji? dah lepas kan present HR?"
dengan slamber nya asmaq jawab "belum..tak stat ape2 lagi."
muka nad terkejut, "orang tak gi kelas ni, nak siapkan report, lambat jugak la nak siapkan benda ni, satu malam je baru satu page"
asmaq "hah? huhuu...nak ponteng jugak la..." mula cuak, padan muka ko asmaq
nad mula menghasut "tak payah gi...lagipun grup asmaq dah present. siapkan report la, esok nak anta dah. sempat ke"
asmaq jawab sambil kaki ikut rentak nad, yang menuju ke kolej bukan ke fakulti "urmmm...huhuu..takutnya"
dalam hati (insyaallah sempat siap)
nad gelak "hahaa...berjaya mengahsut asmaq untuk ponteng"

********
smapai je bilik, laptop dibuka tapi utamakan solat dulu dan makan kebab yang dibeli (hampir hari2 makan kebab sebab tak de selera nak makan nasi)
malam menjelma, saya dapat siapkan pengenalan je.....kemudian terus bersiap untuk postmoterm dinner pulak. kata sekejap je, tapi ambik masa hampir 2 jam jugak...pastu uruskan pasal borang stay kolej (kena settlekan awal2 sebab esok nak balik)...pastu singgah kafe nak beli burger, tapi xde..terpaksa la beli nasi jugak sebab perutku meminta-minta, tu pun makan separuh je.
sampai bilik terus gelabah buat report sambil minum pearl kafe...tak tido buat benda tu....

11 mac 2011, jmaat

argghhhhhhh! ada berapa jam je lagi untuk hantar report...tenang asmaq, tenaang...lepas subuh badanku mula penat...sekali lagi buat air pearl kafe (kononnya nak tambahkan tenaga)...memang bertenaga lepas minum pearl kafe....
8a.m.....kelas gaji...!!!!!! report 80% siap. then, tangan ini laju menaip mesej kepada kak kum "faz tau tak last anta esaimen pkl brape?"
kak kum jawab "tak tau la" 
tanganku menaip lagi "kalau lecturr ada bagi tau last pukul berapa, bagi tau ye...saya tak gi kelas ni"
kak kum jawab kemudiannya "kami dapat 10%..yang tak anta hari ni dapat 5%"
arghhhhh.....sabar2...ada masa lagi untuk hantar sebelum kelas habis....
tengah syok menaip, tiba2...tup!...laptop ku mati
http://www.cute-smiley.com tak sempat nak save...tapi separuh je yang tak save...itu lah last minit buat koje. padan muka. laptop saya ni bukan boleh guna 24 jam tanpa henti, mati la dia.....uwaaaaaa!
akhirya saya memutuskan untuk hantar minggu depan sebab nak taip balik banyak jugak...
disebabkan hari ni nak balik, baru teringat nak beli tiket....
tangan ini menekan butang telefon "salam..abg denan ada no transnasional tak? nak booking tiket ni, takut tak sempat jah"  (abg denan ni jiranku yang paling banyak membantu)
abang denan  balas "nak bila...boleh tolong beli...malam ni dah habis"
asmaq balas balik..."petang ni? pkl3..."
abang denan "dah habis jugak la dik...cuti skoloh ni"
haaa??? cuti skolah, tak tau pun..padan muka sekali lagi sebab tak ambik tau pasal dunia luar UKM.
jariku masih menaip mesej "xpe2...nanti asmaq try tengok ketapi plak"
cepat2 saya mesej kat ita untuk dapatkan no KTMB pulak...lepas call, orang tu cakap tak boleh booking, ada kerusi tambahan, cik terus ke kaunter ye!
apa lagi....cepat siap2 untuk beli tiket, tapi bila tengok dalam purse, ada 20 hengget je....terpaksa la pegi pusan cucuk duit dan beli pendrive for my lil bro...pastu terus tunggu rapid...dalam rapid, fikira ku berlegar-legar....nak pegi ktm kajang dulu @ nak gi hentian kajang? ah! alang2 naik rapid, gi hentian dulu la, tengok tiket kota bharu ke....

************
sampai je semua tiket dah habis, semua jenis bas dah tanya...huhuuu
tunggu rapid lagi untuk ke ktm pulak.....punya la takut nak gi ktm kajang tu, dah la sorang2....ada kelompok mamat india pulak kat lorong nak ke ktm, dah la ujan...teragak-agak lak nak teruskan ke @ nak patah balik? ah! tiket punya pasal redah aje (dalam hati takut jugak kalau kena culik)....tapi alhamdulillah, selamat!
sampai je kat kaunter "bang, tiket ke gua musang malam ni ada?"
abang tiket jawab "dah habis. awak ni boleh dikatakan orang yang terlambat. pkl9 td lagi dah habis"
asmaq balas "tape la, bagi tiket ke UKM" (dalam hati: disebabkan tak mo digelarkan sebagai orang yang terlambat, beli je tiket ke UKM)http://www.cute-smiley.com
then terus anta mesej lagi kat abg denan, saya balik sebab dia yang suruh untuk sambut birthday anak dia. as a maker of cake, i very important when they want to celebrate birthday...hehehee (perasan).
tengah tunggu komuter, kepala ku mula pusing...jam menunjukkan hampir 12p.m.....semalaman tak tido dan brekfast dengan air je. nasib baik tak lama tunggu komuter...sampai je stesen UKM, terus gi beli donut singgit. nasib baik ada bas UKM, kalau tak pengsan aku nak tunggu rapid jauh2.....
samapi je bilik terus isi perut dengan donut dan mula masak nasi dan call my bonda, tapi my sis yang angkat sebab my bonda duk masak..terdengar lak kat belakang tu suara anak buah ku duk bising2...rindunya mereka.

*********** 
tak sempat nak tunggu nasi masak, mataku terus tertutup sambil perut berbunyi-bunyi.....nasib baik tido sejam je sebab tak solat zohor lagi. solat zohor dengan badan yang tak bermaya...kompem la tak khusyuk. then, terus masak nasi goreng sambil tangan terketar-ketar...lepas makan tido lagi...hadoiiihttp://www.cute-smiley.com
malam tu pulak saya mula berfoya-foya tengok youtube video budak2...terhibur hati ni bila tengok telatah budak kecikhttp://www.cute-smiley.com

12 mac 2011, sabtu

lepas solat subuh, terus merebahkan balik badan ni ke katil..perasaan malas menyelubungi...tengah berfikir-fikir untuk plan cuti hujung minggu...rasa nak gi jalan2 tapi semalam baru je dapat arahan untuk ke pej imegresen untuk buat appoinment....disebabkan grup saya tu dah banyak buat keje calling2 orang ni, so dia paskan la kat saya kononnya saya ni tak pernah buat kerja calling2 (ayat perli)...padahal sem ni la paling teruk saya guna kredit. tengah2 tido... my bonda pulak call..risau dia sebab dia ingat UKM pun cuti juga...pastu tanya ada kawan2  yang tak balik ke...huhuu...memang la ramai tak balik kalau bukan cuti panjang....malu ransanya sebab suara macam duk tido...saya sangat jarang tido lepas subuh....
lepas letak panggilan tu, terus sambung tido sebab malas...malas....beberapa minit pulak kawan saya pulak yang call...tanya tak balik ke? tak gi pwtc...? skang ada pameran pendidikan..heeehhee...saya tak tau ape2 la pasal event2 kat sini...teruk kan...rasa nak pegi, tapi kena pi hentian kajang la....malas pulak nak gi jauh2 ni....
so sekarang masih malas lagi nak bergerak...pegi lepas zohor je la ye!

moral of the story: janganlah buat keje last minit....walaupun sesibuk mana kita pun, cuba gagahkan diri untuk siapkan esaimen. jangan jadi macam asmaq, kan dah rugi markah....
satu lagi ambil la tahu ape yang berlaku kat luar UKM tu...termasuk la cuti sekolah. kan dah padan muka tiket habis.
sekian sahaja cerita yang panjang ini....wassalam~

Tuesday, March 8, 2011

::Segenggam Tabah::

sedangku melayan perasaan...telingaku dialunkan dengan lagu segenggam tabah, nynyian dari kumpulan nasyid In-team....mata yang basah semakin basah kuyup....bimbinglah aku......pimpinlah aku....

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

::laRa di haTi::

astaghfirullahal'azim.....kenapa??? kenapa???
ya Tuhan...sesungguhnya aku tidak dapat menanggung beban2 ini
sesungguhnya aku insan yang lemah

malam ini saya cuba bersabar....sabar asmaq...sabar.....
betapa berat hati ini untuk menanggung semua kesakitan
hati semakin membengkak...bengkak yang lama belum pun sembuh
fokus saya hilang tetiba
betapa bodohnya asmaq.....membazirkan mutiara2 jernih semata-mata kerana sikap manusia http://www.cute-smiley.com

ya! saya memang bodoh...bodoh sebab tak kenal hati manusia
sedangkan hati sendiri pun saya tak kenal...nak kenal hati manusia?
macam mane nak berkenalan...hati duk kat dalam tubuh, kne bedah la dulu baru boleh kenal

perasaan sekarang...saya tak mau berdamping dengan sesapa
I need sometimes alone (but i'm always felt alone actually)
maaf...saya yang memilih untuk keseorangan sebab saya tak mau menyinggung perasaan orang
saya dah penat....saya tak sanggup.....'kau ingat aku suka hidup macam ni'

maaf kawan2ku a.k.a adik2ku....saya hanya dapat menolong dari belakang...
ada yang lebih berkuasa daripada saya
so, kalau ape2 terjadi lepas ni, saya harap kamu bersabar dan tidak menyalahkan sesape
i'll not give up....because of u help me dulu....saya juga akan tolong kamu semua
sekarang hanya menunggu keputusan.....saya akan pertahankan kamu semua
insyaAllah

kita hanya dapat melihat keburukan.....sedangkan disebalik keburukan itu telah ada kebaikan
saya cuba untuk tidak bermain dengan api kerana api kelak dapat membakar diri kita juga

dan saya mahu ingatkan...jangan fikir kita sorang je banyak kerja, banyak masalah....
setiap yang bergelar pelajar pasti ada bertimbun2 kerja...dan setiap manusia pasti ada masalahnya
jangan setkan dalam minda kita bahawa kita mempunyai banyak masalah...sedangkan masalah itu kita yang "reka" sendiri....dan jangan biarkan diri kita hancur kerana tidak dapat mengawal emosi

saya doakan agar kawan2 saya sentiasa diberi kejayaan dalam mencapai impian dan semoga kamu semua sentiasa diberi kebahagiaan sama ada di dunia atau di akhirat....
ya Allah janganlah dipesongkan hati mereka....dan tunjuklah mereka jalan yang benar, jalan yang lebih selamat untuk ke dunia sana.....
sesungguhnya saya tak sanggup melihat mereka alpa dan hanyut dengan kenikmatan dunia

TABAHLAH WAHAI HATI DALAM MENEMPUHI MEHNAH UJIAN 

tabung untuk belajar ---->