Pages

Thanks my follower (^_^)

Saturday, February 26, 2011

::suAtu keJadiN::

selama beberapa bulan saya berkhidmat dalam dua program.....salah satu program telah ditundakan tarikh kepada sem depan....lama tuuu.....amat terkejut dan terkilan dengan keputusan itu. 
tapi apakan daya kita hanya manusia biasa yang mampu merancang, tidak mampu melihat apa yang berlaku di masa hadapan.....mereka ada alasan tersendiri. kewangan?  ahli tak buat kerja? takut tiada sambutan?
saya juga seorang pengarah dalam satu lagi program. dan saya sentiasa mendapat tunjuk ajar supaya menjadi pelajar yang profesional dalam mengurus seseuatu program.
mengenai kewangan.....semua MT perlu bekerja keras dalam menolong pengarah pemasaran untuk mendapatkan dana ( buat jualan, servis, & cari sponsor). pengarah pemasaran tidak mampu untuk bergerak sorang2 dan bukan senang untuk berhubung dengan orang luar.
mengenai ahli tak buat kerja....apa yang dinasihatkan oleh felo saya, ahli tak buat kerja bukan salah mereka. salah kamu semua (ketua2 pengarah). kita sebagai ketua perlu jaga anak buah supaya tidak lari. bukannya biarkan mereka tanpa dilayan dan sentiasa memberi tunjuk ajar kerana anggap mereka tak tau ape2. kalau ketua senyap dan sentiasa tidak update ape2 yang penting, mereka akan rasa diri mereka tidak berapa penting dalam menjalankan tugas. mereka bekerja secara sukarela dan tidak dibayar. nak kata ikhlas, memang tak boleh. ikhlas bukannya lahir dari perkataan. tapi keikhlasan lahir apabila seseorang buat kerja dengan hati yang senang dan happy. inilah yang saya belajar sepanjang menjadi pengarah. saya sentiasa update kepada anak buah walaupun mereka susah untuk bagi respon. tapi alhamdulillah mereka memberi komitmen yang baik walaupun separuh jalan je.
~itu lah nasihat untuk pembaca blog ini~
esok akan berlangsungnya program dinner kolej. sudah beberapa hari kami bekerja keras, tidur tak cukup, makan ala kadar  je....disebabkan ahli2 semua tak dapat bekerjasama, kami terpaksa bekerja keras. alhamdulillah, sejak akhir2 ni MKT semua bagi kerjasama dengan baik. anak buah masing2 entah hilang ke mana. padan muka kami sebab tak jaga anak buah....anak buah saya pula 2,3 orang je yang tolong, yang lain tak nak tolong sebab mereka fikir mereka dah penat mencari dana. saya tau mereka penat dan saya tak boleh nak paksa mereka.
semoga program kami esok akan berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya. saya harap penghuni kolej berpuas hati dengan pengurusan kami. kami hanya insan biasa yang sentiasa membuat kesilapan.

~semoga muka2 ceria ini akan sentiasa ceria~

Saturday, February 19, 2011

::teMan raPat::

Terkelu lidah...terpanaku sendirian bila seseorang tu tanya saya siapa teman rapatku di UKM dan teman yang minat dalam perniagaan. 
"ambik bidang perniagaan kan...mesti ada kawan rapat dalam kos yang sama" kata orang itu
tergagap-gagapku menjawab soalannya
"teman rapat? errrr....teman ye? urmmmm....semua orang kat UKM ni teman saya....tapi teman rapat tuu...entah laa" jawab ku
"hahahaaa.....tak pe lah. nanti cari la teman yang minat dalam perniagaan jugak" kata orang itu lagi
"urghh....ok" jawabku dengan nada slow

dan sampai sekarang saya masih tercari-cari. teman rapat? yang minat dalam perniagaan? 
urmmmm...i'm not sure about this
memang la majoriti yang kos sama dengan saya tu cita-cita nak bukak bisnes sendiri.....tapi kalau kawan saya yang minat dalam perniagaan tu ade je. tu diorang punya future life....bukannya nak meniaga sekarang.
mereka tak sama dengan saya....memang saya nak memulakan perniagaan sekarang....dan sekarang saya tengah mencari idea. kua2x.....idea dah ada, cuma tak gerak lagi....memang patut la dia suruh saya cari teman yang sama pemikiran. bukan senang bro! saya masih tak kenal manusia di sisi saya....dan saya masih belajar memahami perasaan dan kehendak mereka.
seriously, saya tak tau saya ni ada teman rapat ke tak kat UKM ni....rasanya tak de. kalau kawan rapat tu ada laaa.....
I hope dia lah orang yang pertama & terakhir tanya soalan ceng gini kat saya
saya tak tau jawapannya
sekian, terima kasih!

Friday, February 18, 2011

::titiPan bUat WaniTa::


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

::caTu bAb maKan::

Hallo2 Hao...lame tak dapat udate blog ni, tenet kat UKM sangat la ngok ngek, lepas tenet OK, saya pulak ngok ngek sebab exam berderet-deret. yang paling ngok ngek bila dapat exam mengejut. terkejut monyet dibuatnya. kalau dah nama mengejut tu hentam je la labi...dah la esei....huhuuuu

Entri kali ni saya pun tak tau nak tulis ape...tapi macam nak buat luahan hati. tapi malas pulak.
sem ni banyak dugaan yang saya hadapi. sangat2 mencabar. tapi sekarang dah OK sikit, OK dalam 20% kot. hari tu punya la nak pecah kepala saya tanggung masalah, dan saya tak tau nak citer kat sape. saya rasa macam orang lain pun ada masalah sendiri jugak. saya OK sebab saya telah citer kat orang yang bagi masalah pada saya. semua saya lemparkan kat dia.... alhamdulillah, dapa penyelesaian sikit. pengajarannya, kalau kita ada masalah dengan manusia @ ada yang tak puas hati ke, jangan mengumpat belakang orang tu, cakap terus terang je depan dia. insyaallah....... hati akan tenang. 
tapi saya masih tak tenang sebab ramai yang kena marah dengan saya sebelum ni....ya Allah, bodohnya saya tyme tu duk marah2 orang sekelilingku yang tak bersalah. sekarang saya cuba mencari balik kesabaran yang hilang itu.....
~wasalam untuk luahan hati~

yang ni pulak saya nak citer pasal pengelaman. hik3x....sem ni jugak saya meghadapi cabaran dalam menggunakan wang. bukan tak de duit, cuma duit sekarang tak dapat nak menampung keperluanku (cikgu saya tak bagi cakap tak de, walaupun ada seposen, ada jugak kan). dan saya jugak bukannya boros sangat kan....selepas cuti midsem hari tu, saya berjaya masak sendiri selama seminggu lebih. kalau dah masak sendiri tu paham2 je la, bukannya makanan sihat2 semua. masak nasi dengan telur, kadang2 makan bubur nasi je. alhamdulillah, badan saya ok, walaupun terasa pening, may be tak cukup zat. ada orang tegur saya, dia cakap saya tak cukup zat bila tengok air muka saya....hahahaaa...macam mane nak cukup zat, asyik makan karbohidrat je. tido plak tak ikut waktu. 
semua ni  kerana terpaksa, saya terpaksa catu makanan saya sendiri, duit saya banyak dihabiskan kepada program yang saya pegang. tapi saya takkan menyeksa diri. semalam pun saya dah beli nasi di cafe. sekarang saya plan,  beli nasi sekali seminggu je. OK tak?
bunyi macam terdesak je kan....sebenarnya ayah saya kadang2 masukkan je duit untuk perbelanjaanku, tapi duit tu saya nak beli telefon. telefon saya dah ngok ngek. bila2 mase je dia akan mati. maaf ayah! terasa macam tipu ayah pulak. bila ma tanya ada duit ke tak, saya cakap tak de & ayah terus masukkan. tapi dia masukkan duit untuk makan je. hahahaaa....maaf sekali lagi ayah, ma! saya terpaksa catu makanan.
~that's all for today~
shhhhhh......ini rahsia, jangan bagi tau kat my family...kih3x

Thursday, February 3, 2011

::berubah??::

sejak akhir2 ini saya rasa diri ini sangat2 berubah...walaupun saya tak pernah dengar kawan saya cakap saya berubah, tapi melalui tindakan seseorang mungkin diorang rasa saya berubah.
manusia.....mulut kata lain, hati pulak tafsir lain (dituju untuk saya juga)

saya sekarang suka luahkan depan2 ape yang tidak puas hati
saya juga suka hentam orang di FB
kalau sape2 tengok fb saya sekarang, memang penuh dengan luahan perasaan
tindakan saya ni memang ada yang tidak senang kan
insyaallah.....saya akan cuba kawal diri lepas ini

berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata
biarlah hati kita bengkak, jangan biarkan hati kawan kita terluka

saya rasa saya sangat beremosi sem ni
banyak benda yang saya perlu fikirkan dan selesaikan
pertama, saya pegang dua program....stress giler!
tahun 1 saya pernah jugak terlibat dalam program
stress memang stress...tapi tak stress macam sekarang
mungkin tyme tu saya boleh kawal emosi sebab saya dibantu oleh senior2
penat memang penat tyme tu...penat kami penat sama2...sedih kami sedih sama2
tapi sekarang saya memang rasa saya tak dibantu...walaupun ada orang yang membantu
MySpace
saya berubah sebab sem ni banyak projek daripada esaimen....dah rasa macam orang bekerja pulak
masuk kelas je kena buat kes...kena kaji syarikat laa...
sekarang stress saya membuak-buak sebab duit sudah hampir kering
duit saya banyak habiskan kepada jualan dinner
bila entah diorang nak bagi balik duit saya tu
kalau bagi pun duit saya masih tinggal ciput
sem ni saya tak belanja banyak pun untuk diri
cuma berkorban untuk dinner je
beli top up..tambang...dan ada yang berhutang...huhuuu~
harap2 orang yang berhutang ingat hutang dia....
nak mintak dengan ayah segan pulak sebab bulan 4 ni mesti dia nak guna banyak duit....kakakku dah nak kawin
maaf la kepada kawan2 yang terasa dengan perangai saya sekarang
saya memang tak peduli orang sekarang ini
saya memang tak mahu di ganggu dengan beban yang baru

dan saya mudah sensitif dengan perkataan @ perbuatan seseorang
lemah betul hati ini...huhuuu~
saya juga suka mensensitifan orang
baru2 ni saya mudah marah dan mudah untuk tinggikan suara
tengoklah mesej2 yang saya hantar dekat kawan2 saya....perkataan yang tak pernah saya guna, saya telah guna
perkataan saya memang biadap kan sekarang???
saya memang biadap....saya bukan budak baik lagi  
MySpace
saya tak suka dengan sifat saya sekarang
bantulah saya kembali kepada jalan yang benar
apa yang salah tolong perbetulkan
segala kritikan saya akan terima untuk betulkan diri ini
saya tak mau bergelumang dengan emosi buruk ini

MySpace

tabung untuk belajar ---->