Pages

Thanks my follower (^_^)

Saturday, January 22, 2011

::sp0ns0r owh sp0ns0r::

tension banget ni....di mana mau ku cari sponsor??? betapa susah nya nak cari orang sponsor program ni...dah la aku ni tak kenal ramai orang.
orang lain pulak nampak kami macam tak buat kerja.....ingat senang ke nak mintak2 ni....jadi pengarah pemasaran ni, terasa jatuh "saham" aku. muka dah memang tebal berinci-inci...nama aku pulak terlalu murah, jaja kat company. tapi diorang susah nak bagi feedback.....memang rasa terhina!!!
kalau masuk meeting, nak je aku cakap 
'tak payah buat program kalau tak de duit'
tapi inilah satu2nya program untuk bagi anugerah dan meraikan student2 yang cemerlang dan yang menaikkan nama kolej
juga ini lah satu2nya program yang dapat kumpulkan semua warga kolej dalam satu masa
kalau tak berkumpul mesti ada yang tak kenal felo...jaksa kolej ni sape...kalau tak kenal pengetua tu memang teruk la, tak layak duk kolej ni....dan orang yang cemerlang tak dihargai...
dan tanpa program ni kami takkan berpeluang untuk jadi pemimpin
tapi orang yang hanya menjadi peserta takkan rasa ape yang kami rasa
penat lelah kami nak buat program ni siapa tahu???
menyesal???
sesalan tu tak pernah timbul dalam diri ini....
cuma terkilan denga sikap segelintir manusia
waktu ni la kita dapat tengok siapa kawan, siapa sahabat, dan siapa binatang bertopengkan manusia
aku terasa bodoh je...bodoh sangat2...
secara jujurnya saya nak cakap, saya takkan pegang pos ni lagi
saya mau pegang pos lain...bagi la kat  orang lain pulak rasa ape yang saya rasa sekarang
"seronok" sangat2 jadi pegarah pemasaran ni

pengalaman itu sangat berharga
pengalaman juga mematangkan kita
bukan senang untuk dapatkan pengalaman ni

::hAti-haTi cIntA::



Buat hati-hati yang belayar di samudera cinta...

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah al 'Adzim...
Alladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa-atubu ilaih...

Terasa hati ini kian lama kian gelap diselaputi dosa...
Pelbagai dosa...
Yang tersirat, mahupun yang tersurat...
Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja...
Kian lama, kian parah...

Dan kini, kesannya mula terasa...
Diri kian lalai...
Fikiran sering memikirkan perkara-perkara yang lagha...
Semuanya berpunca dari hati...

Benarlah sabda Nabi,
"Dlm diri manusia ada seketul darah, bila baik ia, 
maka baiklah seluruh (anggota badan),
bila rosak ia, maka rosaklah seluruh (anggota badan),
ketahuilah, itulah HATI.."

Dunia remaja, dunia yang sering memberi begitu banyak ujian pada hati..
Dan ujian terberat, yang amat sukar ditangani 
Dan tak dapat lari dari diri remaja ialah,
ujian cinta...

Ujian inilah yang sudah banyak menumbangkan pemuda-pemudi 
yang asalnya hidup berlandaskan Islam, 
mengikut sepenuh ajaran Islam, 
tapi akhirnya hanyut, hanyut & terus hanyut... 
Hinggalah terjunam ke dalam lembah yang amat hina..
Na'udzubillah...

"Janganlah kamu mendekati zina, 
Sesungguhnya ia adalah perkara yang terkutuk dan jalan yang keji"
Maknanya, jangan ada zina mata, zina telinga, zina mulut, zina hati....
Kerana semua ini adalah perkara-perkara yang mendekati zina 
atau jalan yang menuju ke lembah zina...
Maka, hindarilah...!!

ya Allah! jauhilah hambamu ini daripada kemaksiatan
jauhilah hatiku daripada mencintai insan bukan muhrim

Thursday, January 20, 2011

::tenSioN tAhaP ciPan ah...!!!::

boleh tak saya nak sumpah orang??? boleh tak saya pukul orang??? boleh tak saya nak tikam orang??? boleh tak saya nak terajang2 orang??? boleh tak saya......

ahhh....tension tahap cipan dah ni. cipan pun tak pernah tension rasanya. saya nak marah kat sape pun tak tau. anak buah? sebab ko-k? pengetua?

pertama..saya memang tension dengan anak buah saya. eh silap! anak buah saya ok. yang anak buah pemasaran 2 & anak buah pemasaran 3 ni haa yang problem sikit. kira anak buah saya jugak la kan. HUH! memang tension giler2 ah. hari ni paling sikit yang datang meeting. saya dah banyak berhabiskan duit untuk anta mesej kat sorang2...diorang??? nak anta satu mesej pun susah ke? nak bagi sebab tak datang pun susah ke? tapi lepas ni memang tak anta mesej dah kot. main post kat FB je. orang suruh join group kat FB pun susah ke? nak klik tu susah eh...urmmm....saya tak tau la nak cakap ape pasal anak2 buah ni. kalau boleh nak je berpecah. biar saya handle anak buah saya je. tapi disebabkan tak cukup ahli, kami terpaksa bergabung tenaga....huhuuuu

kedua....saya memang tension dengan ko-k kali ni. secara jujurnya saya buat benda ni memang sebab ko-k semata-mata. nak dapat 'A' untuk ko-k. tapi kadang2 tu saya seronok jugak buat benda ni, dapat banyak pengalaman. apa yang saya tak setuju diorang jadikan benda ni sebagai ko-k. so, yang join benda ni sebab ko-k. minat takde. sebab tu la kot diorang macam buat dek je dengan program ni. dah la kitorang ni orang penting dalam jayakan program. HUH! (mengeluh je keja aku)

saya nak cakap kat sini, saya juga seorang pelajar yang ada esaimen perlu siapkan....yang ada exam perlu hadapi...yang ada projek perlu dibuat....ada discussion tiap2 masa.....dan dalam masa yang sama saya perlu selalu contact company untuk cari sponsor. nampak saya ni senang je keja kan? macam tak cari sponsor je. ye! sebab benda ni saya buat sorang2. anak buah saya bagi keja yang simple, at least bagi jugak. yang orang nak tau, dah dapat ke sponsor? ingat senang nak main mintak2 ni.

walk in tadi pun dah dapat feedback yang tak baik dari masayarakat. 1 malaysia konon. disebabkan kami ni semua melayu dan yang berniaga ni ramai yang cina, memang diorang susah nak tolong. yang kedai besar pun susah jugak nak tolong. yang baik hati nya sape??? penjual dari negara lain, sheikh. paling terharu penjual goreng2 yang kedai kecik tepi jalan tu jugak yang bagi. walaupun mereka anggap kami ni pengemis, tapi terpaksa....terpaksa!!!!!

tapi kami seronok jadi 'pengemis' ni. sungguh2 menguji kesabaran dan sungguh mencabar. kalau yang maki tadi tu rasa nak maki je balik....HUH!

Wednesday, January 12, 2011

::mEnanGis dAlam MeetIng::

tangan rasa gatal je nak menaip. tapi tak tau nak tulis ape....urmmmm....nak buat luahan hati lah sikit...boleh kan...boleh laa....

dua tiga hari lepas saya sibuk dengan meeting. malam ni je free. dan dalam satu meeting tu telah membuatkan hati ini terluka. saya cuba mengelakkan daripada benda tu berlaku. tapi malam tu tak tau kenapa hati ini lemah sangat dan...dan...air jernih keluar mencurah-curah melalui mata ini. ape yang telah terjadi???
MySpace

yang berlalu biarkan berlalu. buang yang keruh ambil yang jernih. malu je tyme tu. berpasang-pasang mata tertumpu pada diri ini. tapi saya memang tak boleh lupakan peristiwa ini. apa yang dilihat sekarang adalah lakonan sahaja. empat orang cuba memujuk, tapi maaf. terus terang saya cakap, saya memang tak kuat. saya boleh kawal emosi sekarang sebab kata2 seseorang tu.

jika kita membiarkan tekanan bermaharajalela dalam diri kita, pasti kita akan musnah dan menjadi lemah...semakin lemah...
banyak benda yang kita dapat daripada pengalaman. pengalaman yang menyakitkan tu akan membuatkan kita semakin kuat jika kita sentiasa berfikiran positif. rugilah seseorang tu jika tiada pengalaman. thanks bro bagi kata2 semangat dan sudi menceritakan masalah bro!!!

dan malam tu ada jugak orang buat lawak. sebab dia la saya tunjuk balik muka tak malu ni dekat team dinner.   entah kenapa lancar je mulut ni meluahkan ape yang tidak puas hati dan ape yang telah membuatkan saya menangis. tak putus2 dia suruh saya berselawat untuk meredakan tangisan. dan saya berjaya kembalikan senyuman malam tu. tapi hanya di depan kamu sahaja. saya memang tak boleh lupakan. saya tetap lemah. 
jika kamu rasa nak pukul orang bila stress, saya pulak rasa nak bunuh diri. tyme tu memang give up. malam tu saya nak mintak tarik diri, dan saya sanggup repeat ko-k. tapi disebabkan lawak kamu & kata2 semangat tu yang membuatkan saya masih teguh berdiri dalam team dinner.

sekarang saya masih lagi dalam tekanan. stress sangat2....selagi budget untuk dinner tak tercapai, selagi tu lah saya resah gelisah. tapi alhamdulillah, felo tak bagi tekanan kepada saya. malah nak membantu lagi. dan saya juga dapat tahu pembantu pengetua pun akan cuba membantu saya. takkan nak kena menangis dulu baru nak bantu. 
terima kasih lah kepada yang ingin membantu saya. semoga kerja2 kita berjalan lancar. harap dinner kali ni akan nampak pembaharuannya. 

MySpace HIDUP MALAM ANUGERAH!!!

Sunday, January 9, 2011

::haDiah saYa Laaa::

huh! huh! huh! nasib baek den tak balik minggu ni...waaa...hari minggu pun rase sibuk jugak. ape yang saya buat pun tak tau la sampai nak baca buku pun tak larat. tak larat ke???
malam ni ada meeting... malam esok meeting dengan felo...malam lusa meeting dengan anak buah..malam tulat meeting lagi...meeting..meeting..meeting....bunyi macam simple, tapi sangat penat dan stress je dengar perkataan meeting ni. but i'm still enjoy...enjoy...sebab tu la kerja saya tak nampak & macam tak bergerak. teruk betul la kan...

tapi coretan kali ni saya nak cakap yang saya dapat banyak birthday gift. saya dapat kawan baru yang sama kos....saya dapat sahabat yang baik...saya dapat doa daripada kawan2....saya juga dapat binatang hijau tu (lupa name ape) kawan kolej yang bagi...thanks to izzat, shaz & adaa...terharu sangat dan terkejut sangat2 masa korang buat surprise (perasan tak air mata saya keluar).nasib baik tak terkejut macam beruk kan... binatang hijouw tu comel sangat, dan yang paling penting saya suka sebab warna dia hijouw...my peberet kaler tuu...

ini lah binatang hijouw....cumil saya 

dan yang paling terharu, ada orang buat entri khas untuk saya kat belog dia....blog kayu, dulu nme blog gula kapas. sekarang tukar kepada kayu plak. ape maksud tu??? terima kasih penulis blog kayu. siap ambik gambar kita lagi ye. dan dia jugak lah kawan satu kos sekarang. terima kasih sudi berkawan dengan saya. semoga persahabatan kita akan kekal buat selama-lamanya...

dan ada jugak org bagi hadiah melalui skype. walaupun tak real, tapi dia bagi banyak2....thanks penulis belog bila hati berbicara. kami dah kembali aktif berskype...suka2x...peneman saya di kala kesunyian...

TERIMA KASIH SEMUA!!! LOVE U ALL!!!!

Thursday, January 6, 2011

::21 tAhuN hidUp akU::

saya suka tarikh semalam, 6 january. nak tau kenapa....pada 6 januari 1990 lahirlah seorang puteri di bumi kelantan, dan di beri nama siti asmaq, name dipetik dari name asma' abu bakar as-sidiq.

semalam birthday saya lorhhh...alhamdulillah sudah 21 tahun saya merasai kenikmatan hidup di dunia ni. tiada ape yang istimewa di hari lahirku kali ni. kelas yang padat dan sibuk dengan kerja2 dinner membuatkan saya lupa semalam birthday saya. semalam saya ada photoshoot untuk dinner. mula2nya fikir malas nak bergaya, tapi untuk memuaskan hati sendiri saya bergaya la...pakai selendang je. tapi terasa bergaya. ni bukan 1st tyme pakai, cuma hari2 tertentu je saya pakai selendang. selendang pinjam plak tu.. terima kasih izzat bagi pinjam selendang....suka3x
ayu kan...hahaa
sebahagian daripada family dinner KBH
kami team marketing !!!
disebalik photoshoot...giliran tuan KP

sampai lewat malam kami bergambar....hehee...banyak songeh la korang. malu la. tak tau nak posing cam ne laa..hahahaa
tapi bila cameraman balik, pandai plak posing. sape ye? agagaaa~

lepas balik malam tu, terus saya bukak facebook. rupanya ramai yang bagi wish.
degan mata sepetnya, terpaksa la balas wish semua tu, maaf la lambat balas, tak sempat nak bukak fb.
satu lagi, saya dapat percuma panggilan drpd celcom, biasalah tu kan. tapi, saya tak pernah guna, sebab free untuk no upax je. kawan sy bukannya ramai pakai upax.
tambahan lagi saya ni  bukan jenis suka bergayut.
kita semua pun tau kan, getaran fon tu sangat kuat, boleh merosakkan saraf. kita tak nampak kesannya sekarang, tapi akan effect dalam masa yang panjang.
tapi dalam keadaan yang semakin maju ni, fon tu sangat penting kan.

hari ni saya plan nak balik rumah, nak sambut my birthday dan buat marketing kat rumah. tapi bila nak gi ambik surat kat pejabat tadi, staf tu cakap surat saya dah tak de, may be ada orang ambik. DAMN!!!!
hilang semangat nak balik. tak boleh buat la marketing kalau tak de surat tu. 
uwaaaaaaaaaa~ saya nak nangis puas2
MySpace
di hari birthday ku banyak memberi masalah.......ma nak balik!!!!!

Sunday, January 2, 2011

::ketahuilah wanita, lelaki mudah terangsang::

coretan kali ni untuk kongsi dan memberi peringatan kepada kaum wanita dan diri saya juga...bukan coretan, copy & paste kat iluvislam, bekas budak UKM yang tulis menda nih..ramai sangat wanita yang terlupa dan ambil mudah pasal ni...mari lah kita renung2kan dan insafi kesalahan yang dilakukan....

1. 
Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, 
tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai
 jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai 
kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai 
kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah?  Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi 
bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 
‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai 
kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki 
tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki 
mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari
Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. 
Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....
PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi 
tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki 
sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja??  Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai???  Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#) 

wallahua'lam

::jiMat & seLamaT::

tadi kan..gi cafe kan...cafe kolej sebelah, uo nun jauh disana...niat di hati ingin membeli beberapa biji nasi untuk diisi dalam perut ni....tengah2 syok pilih lauk dan ambik nasi buh dalam polistrin, nak tau ape yang saya nampak??? malu je rasa diri ni.
sekadar hiasan...sedapnya nampak..

ada dua chinese girl bawak tupperware sendiri untuk tapau nasi. wahhh! baagus lah budak ni. sebelum ni pun pernah je ternampak student tapau dalam tupperware sendiri. tapi tadi rasa touching dan malu. kalau lah ramai yang buat macam tu kan bagus, can save our budget. bumi kita pun selamat daripada pencemaran dan sekaligus dapat jaga kesihatan badan kita. polistrin tu banyak bahan kimia, sangat berbahaya. ya! memang saya tau semua tu. tapi kenapa tak bawak tupperware sendiri??? alasanya malu dan tak ramai yang buat macam tu, lagi pun nak kata leceh bawak, tak jugak kan...urmmmmm

tapi saya tetap menyokong seruan kerajaan, 'saturday without plastic'....kalau nak gi beli belah, saya biasanya akan bawak plastik sendiri. bukan hari sabtu je, hari lain pun. niat di hati nak jimat dan save our earth. plastik ni ambik masa bertahun lamanya untuk dilupuskan tau.

dengan ini saya asmaq nuzam ingin menyeru pembaca-pembaca blog supaya selamatkan bumi kita dengan kitar semula atau guna semula. jangan biarkan bumi menangis keraa perbuatan kita. kelak kita jugak yang akan merana dan menerima padahnya. ayuh! kita bergabung....

Saturday, January 1, 2011

::buMi dAh tUa::

waaaaa...baru berapa hari tak bukak blog, apetah lagi nak update, terasa macam setahun...hari ni dah 2 januari 2011...dah 2011 ye?? tak perasan pun...hehe

~SELAMAT TAHUN BARU~

dunia kita semakin meningkat usianya dan bila2 masa je dia akan hancur kan. bagaimana dengan amalan kita setakat ini??? alhamdulillah kita masih bernyawa lagi dan masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat dunia, tapi jangan lupa menyediakan bekalan untuk ke 'sana'.....jangan terleka walaupun sesaat...

"kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargainya dan menyedarinya"

tahun ni tak perasan pulak orang duk sambut tahun baru, mane idoknye...saya sibuk keluar jenjalan, motip bukan menghabiskan duit, tapi untuk meluangkan masa bersama orang yang jarang bersama dengan saya. malam tahun baru tu saya tido awal sebab penat sangat setelah seharian suntuk jenjalan di midvalley bersama ita & ain...ramai gilak orang. tapi kami lepak kat MPH je. dan duit pun habis kat situ je...habiskan duit untuk mencari ilmu tak pe kan.. (^_^)

keesokan harinya pulak...keluar jenjalan lagi...kali ni keluar dengan kakak angkat saya dari qlate. kami gi jalan TAR & sogo. ramai sangat2 orang...jalan berhimpit-himpit je. I don't like that situation. nasib baik kakak saya belanja semuanya termasuklah tambang..hehee....tapi yang tak tahannya saya kena habiskan makanan yang dia order, kalau sikit takpe jugak. huhuu...terasa dah gemuk je diri ni. dan disebabkan dia belanja saya, dengan rela hatinya saya membawa barang dia. banyak jugak lah dia shoppim. biasalah orang berniaga kan....
btw, i'm happy with u sis...sebab duit tak banyak keluar...hehe...mood tahun ni nak jimat laa...kalau boleh nak buat simpanan sikit...sikit pun jadi lah...

semoga tahun ni asmaq nuzam menjadi insan yang terbaik daripada yang baik. insyaallah...nak berubah jadi budak baik dan menjadi lebih matang dari segi pemikiran. sebenarnya tahun baru islam hari tu dah tanam azam, dah naik pucuk dah pun skit. semoga azam saya tu membesar dengan baik dan menghasilkan buah yang elok dan manis dirasa.

tabung untuk belajar ---->